Sabtu, 13 September 2014

SUDAH LIMA-PULUH-TUJUH TAHUN MEREDKA TETAPI CINA DAN INDIA DI MALAYSIA MASIH BELUM BERANI TULIS NOVEL, PUISI DAN LAGU BERTEMAKAN PATRIOTISME DAN NASIONALISME… KENAPA?

Oleh Mansor Puteh


Lima hari sahaja lagi tinggal untuk Malaysia merai ulangtahun kelima-puluh-satu Hari Penubuhan Malaysia. Dan Malaysia baharu sahaja merai ulangtahun kelima-puluh-tujuh Hari Merdeka 31 Ogos dulu.

Suasana sehingga kini masih muram, tiada sebarang acara rasmi dan khas akan diadakan untuk merai Hari Malaysia. Kemungkinan perayaan rasmi akan diadakan di Kuching atau Kota Kinabalu, seperti lazimnya, seperti Semenanjung Tanah Melayu harus beri laluan kepada Sabah dan Sarawak untuk acara ini.

Tetapi yang lebih penting dari itu ialah semangat dan jiwa rakyat Malaysia berbilang kaum, siapakah yang lebih Malaysia dari siapa?

Ternyata rakyat berbabgsa Melayu lebih menghayati perayaan Kemderdekaan dan Hari Malaysia, berbanding dengan kaum Cina dan India, kecuali kaum di Sabah dan Sarawak yang menerima kemasukan negeri-negeri mereka ke dalam Persekutuan Malaysia dengan senang hati.

Walaupun ada beberapa orang yang mengaku berasal dari Sabah atau Sarawak yang mahukan supaya negeri-negeri ini keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mereka beri alasan yang pada mereka baik dan betul. Tetapi siapa mereka yang boleh dan berani bercakap demikian?

Sedangkan mereka masih berselindung dibelakang nama samaran dan menulis dari jauh dan tidak pasti siapa mereka, dari nama yang mereka guna.

Rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia rata-ratanya mendapat semangat Kemerdekaan dan Malaysia dari peristiwa yang berlaku dan yang menimpa kepada mereka.

Dan kini hampir semua mereka yang terlibat dalam perjuangan Kemerdekaan sudah tiada; yang tinggal hanya sanak-saudara rapat atau anak-anak mereka yang kini sudah meningkat dewasa dengan cucu-cicit mereka hampir sudah terlupa dengan perjuangan yang dilakukan oleh datuk-nenek mereka.

Ramai juga yang tidak mahu tahu tentang Merdeka dan bacaimana Malaysia dapat capainya dengan begitu mudah ‘tanpa membuang setitik darah’, seperti kata Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan.

Sebabnya ialah ramai dari mereka itu mempunyai datuk-nenek yang terlibat dengan perjuangan komunis.

Mereka tahu datuk-nenek mereka tidak pernah memperjuangkan Kemerdekaan negara; mereka bersekongkolan dengan pasukan komunis untuk menghancurkan negara.

Oleh sebab itu mereka rasa malu untuk merai Kemerdekaan. Dan anak dan cucu mereka juga rasa segan melakukannya.

Jadi yang tinggal untuk meraikan Kemerdekaan hanyalah anak-anak dan orang Melayu sahaja.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Dataran Merdeka pada setiap hari Kemerdekaan atau dimana ia diadakan, dan kita dapati bahawa orang yang meraikan upacara ini hampir semuanya adalah Melayu.

Yang bukan-Melayu terdiri dari pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan, atau yang terpaksa datang sebab mereka pegawai kerajaan dan ahli kabinet.

Orang awam yang ada hampir semua adalah Melayu dengan sedikit dari kaum India. Kaum Cina boleh dikira dengan jari.

Semua lagu patriotik dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

Tidak ada lagu patriotik yang dirakam dalam bahasa Mandarin atau Tamil.

Tidak ada novel tentang perjuangan kaum Cina dan India yang telah ditulis dalam bentuk novel, cerpen dan juga sajak.

Mana ada drama pentas dalam bahasa Mandarin dan Tamil tentang perjuangan Kemerdekaan diterbit?

Tidak ramai anak keturunan Cina dan India yang kenal siapa Tunku Abdul Rahman dan yang tahu atau mahu tahu bagaimana mereka boleh berada di Malaysia, sedangkan mereka sering diingatkan bahawa keturunan mereka berasal dari Negeri Cina dan India.

Oleh sebab itu dan juga oleh sebab mereka dihantar ke sekolah Mandarin dan Tamil maka mereka tidak bergaul rapat dengan anak-anak Melayu dan kaum bukan-Cina dan bukan-India lain.

Kerajaan mungkin tersiap sebab mereka tidak jemput pelajar-pelajar dari sekolah Mandarin dan Tamil untuk meraikan perayaan Kemerdekaan dan Malaysia setiap tahun dengan setiap mereka melambai bendera kebangsaan ‘Jalur Gemilang’.

Dan kerajaan juga tersilap sebab tidak jemput perwakilan dari Dong Zong dan Hindraf untuk berarak pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia, supaya kita boleh lihat siapa dari kumpulan ini yang beria-ia mahu terlibat dengan acara ini.

Atau apakah kerajaan tersilap sebab telah ‘pinggirkan’ kumpulan-kumpulan perkauman seperti ini yang menyebabkan mereka dengan sendirinya rasa terpinggir, termasuk anak-anak dari sekolah vernakular Mandarin dan Tamil?

Ini mungkin berlaku.

Itulah mungkin sebabnya sehingga kini tidak ada lagu-lagu patriotik dalam bahasa Mandarin dan Tamil serta buku dan novel serta cerpen serta drama pentas yang menggunakan tema patriotik telah dipentaskan oleh pelajar-pelajar sekolah ini.

Ada seorang pegawai parti bukan-Melayu marah bila dia terdengar orang lain kata Melayu sahaja yang memperjuangkan Kemerdekaan.

Dia kata ramai orang Cina dan India turut terkorban semasa Zaman Penjajahan Jepun dulu.

Tetapi apa orang ini tidak tahu ialah, orang Cina dan India yang terkorban itu bukan oleh sebab mereka tentang Jepun, tetapi oleh sebab Negeri Cina dan Jepun berbalah dan apabila Jepun kawal Tanah Melayu, mereka jadikan orang Cina di sini sebagai sasaran mereka.

Tidak ramai orang India yang terkorban oleh Jepun sebab mereka tinggal di ladang getah dan jauh dari kawasan pertempuran.

Ramai yang ditangkap dihantar untuk bina Landasan Maut atau ‘Death Railway’ di Siam dan Burma dulu.

Orang Cina dan India yang terkorban bukan dari pertempuran atau perjuangan untuk mempertahankan negara, tetapi dari keadaan.

Oleh sebab itu sehingga kini tidak ada sebarang buku, novel, cerpen atau drama pentas jauh sekali filem dan juga dokumentari dan lagu patriotik yang menunjukkan ada orang Cina dan India yang terlibat dengan pembebasan negara.

Malah orang di Sabah dan Sarawak juga boleh dikatakan tidak terlibat dalam usaha mencapai Kemerdekaan sebab negara-negara ini belum lagi berserta dengan Persekutuan Tanah Melayu mahu capai Kemerdekaan dari Malaysia.

Tetapi mereka bangga dapat berserta dalam Persekutuan Malaysia sekarang sejak 16 September, 1963 dulu apabila kedua buah negara ini termasuk Singapura bersetuju untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu tubuh Persekutuan Malaysia.

Namun dalam tahun 1965, Singapura diusir oleh Tunku Abdul Rahman untuk keluar dari Malaysia yang membuat perdana atau ketua menterinya, Lee Kuan Yew menanggis bila dia buat pengumuman dalam televisyen tentang berita ini.

Mengikut Mahathir Mohammad, Kuan Yew menanggis sebab dia gagal menjadi pemimpin atau perdana menteri Malaysia, sebuah negara yang besar berbanding dengan dengan Singapura, yang ketika itu dan sehingga kini hanyalah sebuah negera yang kecil.

Alangkah malangnya kalau Singapura terus dibenar berada dalam Malaysia sebab jumlah penduduk Cina di Malaysia ketika itu besar dan ia boleh diperbesarkan untuk akhirnya menjadi kaum terbesar di Malaysia.

Singapura sejak dikeluarkan dari Malaysia telah berjaya mengekalkan peratusan penduduk Melayu di negaranya di tahab empat-belas peratus sahaja.

Pemimpin mereka tidak benarkan jumlah penduduk Melayu meningkat untuk akhirnya menjadi kaum yang lebih ramai berbanding dengan Cina.

Dan ramai orang Cina dari Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina diberi taraf kerakyatan atau penghuni tetap untuk memastikan kaum Cina kekal sebagai kaum terbanyak di Singapura.

Bayangkan apa yang boleh berlaku di Malaysia kalau Singapura masih berada di dalamnya sekarang?

Sudah pasti Kuan Yew boleh jadi perdana menteri dan sudah pasti jumlah penduduk Cina akan menjadi lebih besar dari sekarang dan Melayu akan terpinggir dalam semua bidang, seperti yang dapat dilihat di Singapura apabila sukar untuk mendapati Melayu berpendidikan dalam bidang-bidang pelajaran dan profesional.

Malah, Melayu juga tidak ada yang menjadi juruterbang.

Yang Melayu di Singapura ada hanya lagu kebangsaan, ‘Majulah Singapura’ yang terus dinyanyi dalam bahasa asal, Bahasa Melayu walaupun ramai rakyat Singapura bukan-Melayu khususnya tidak faham apa yang mereka nyanyikan.

Malaysia sudah lima-puluh-tujuh tahun Merdeka dan lima-puluh-satu tahun menjadi Malaysia, tetapi berapa ramai rakyat Malaysia khususnya yang bukan-Melayu tahu kisah sebenarnya tentang usaha pemimpin Melayu capai Kemerdekaan dan apa sebabnya Sabah, Sarawak dan Singapura mahu tubuh Malaysia dan kenapa Singapura diusir dari Malaysia?



Tiada ulasan: