Selasa, 30 September 2014

MELAYU BODOH, BERGADUH SESAMA SENDIRI REBUT KAWASAN TANAH DI TANAH MELAYU SENDIRI!!

…PEMIMPIN PAS SEBENARNYA TIDAK TAHU APA DAN SIAPA YANG MENDORONG MEREKA UNTUK MAHU TUMBANGKAN UMNO, PARTI DISOKONG OLEH KEBANYAKAN MELAYU DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Takde pasal, cari pasal; orang yang terlibat dengan politik tidak tahu rapatkan saf dan perpaduan Bangsa Melayu di Tanah Melayu, akhirnya yang untung orang lain.

Dan Malaysia akhirnya juga menjadi negara Islam yang tidak baik, bukan contoh untuk negara Arab lain yang bercakaran yang mahukan contoh baik untuk mereka tiru.

Iran negara Islam yang paling sesuai untuk negara Arab dan Islam lain ikut, bukan Malaysia, bukan Indonesia.  

UMNO menang dengan jumlah yang lebih besar di Kawasan negeri N01 Pengkalan Kubur pada 26 September lalu. Even from the beginning PAS knew they did not have much of a chance to wrest the state seat from Umno.

PAS tumpas dengan jumlah yang besar. Ini amat memalukan sebab ia adalah di dalam negeri Kelantan yang dikatakan sebuah kubu PAS.

Memang Melayu suka bercakaran sesama sendiri dengan yang menang rasa bangga dan yang kalah rasa benggis.

PAS parti picisan. Umno lebih besar, dan sudah lama wujud dan tidak mungkin tumbang.

Malah dalam pilihanraya umum 2008 dulu, Umno menang dengan mendapat 88 kerusi. Inipun dengan kurang mendapat sokongan dari undi Cina dari MCA yang berpaling tadah sokong Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar dan bertarung diatas logo parti sendiri.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak berani daftar parti utama ini sebab mereka akan berbalah dalam masa dekat dan Pakatan Rakyat akan terkubur.

Mereka tidak rasa kukuh kalau Pakatan Rakyat didaftarkan seperti Barisan Nasional yang bangga dengan mendaftar parti utama ini.

Jadi Melayu bergaduh sesama sendiri dan yang ruginya Melayu juga.

Dan yang untung ialah DAP, parti Cina yang mengguna bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi parti dengan Bahasa Melayu diguna semasa hari pertama persidangan mereka.

Jadi ahli DAP keturunan Melayu dan India ternganga tidak faham apa yang dikatakan oleh pemimpin dan perwakilan Cina yang bercakap berdekah-dekah setiap kalai diadakan mesyuarat dan persidangan tahunan mereka.

MCA lain; mereka adalah parti Cina, jadi tidak salah mereka guna Mandarin, walaupun ada ahli mereka tidak faham bahasa ini selain dari dialek masing-masing.

PAS hanya wujud untuk hancurkan Umno dan bukan untuk bangunkan negara Islam.

Kalau PAS beria-ia mahu bangunkan negara Islam, mereka sudah lama berani bergabung dengan Umno dan tidak DAP.

Macam mana ada Melayu rasa selesa PAS bergabung dengan DAP yang terang-terang tentang hasrat PAS untuk bangunkan sebuah negara Islam?

Pemimpin dulu dan lama mereka Karpal Singh pernah dan rasa bangga berkata, ‘negara Islam atau Hukum Hudud hanya boleh diwujudkan di atas mayatnya’.

Sekarang Karpal Singh sudah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Jadi adakah DAP sekarang mahu benar PAS sambungkan hasrat mereka untuk bangunkan Malaysia sebagai negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud?

PAS masih tidak berani. Mereka masih menuggu macam buah tak jatuh.

Dalam pada itu, PAS kalah teruk di Pengkalan Kubur.

Sebenarnya apa yang berlaku baru-baru ini di Pengkalan Kubur amat memalukan Melayu dan Islam sendiri. Ia menunjukkan Melayu gemar bergaduh sesama sendiri dan ada orang sanggup guna Islam untuk melaga-lagakan Umat Islam di Malaysia.

Malaysia bukan sebuah negara Islam yang baik. Ia bukan Negara Islam Mithali. Ia beri perangsang dan semangat kepada orang Arab di Dunia Arab untuk bergaduh sesama sendiri.

Mereka ikut apa yang telah lama berlaku di Malaysia apabila politik boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memecah-belahkan umat.

Dan inilah strategi Zionis dan CIA untuk memecah-belahkan Umat Islam di negara-negara Islam, seperti yang berlaku juga di Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin, Mesir dan Libya dan sebagainya.

Zionis dan CIA tidak boleh berjaya memecah-belahkan Umat Islam dan orang Arab dengan mengguna cara luar; jadi mereka guna cara dalam mendapatkan orang Arab dan Melayu atau Islam sendiri mencari pasal dengan orang sebangsa dan seugama dengan mereka dengan Zionis dan CIA berpeluk tubuh melihat gelagat bodoh mereka semua.

Di Malaysia, orang Melayu sememangnya bodoh sebab mereka tidak dapat lihat tindakan luaran yang telah dilakukan untuk memaksa mereka bergaduh sesama sendiri.

Di Malaysia cara politik dan berpolitik dianggap cara yang paling sesuai digunakan oleh mereka. Dan mereka telah berjaya selagi PAS wujud.

Malaysia dan Tanah Melayu tanpa PAS adalah sebuah negara Islam dan negara Melayu yang hebat.

Dan lebih teruk lagi ialah pemimpin PAS tidak tahu apa dan siapa yang mendorong atau memaksa mereka untuk tentang Umno, parti yang disokong oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia, yang mana harus diberi sokong padu oleh semua Melayu.

Kalau ini tidak dilakukan kaum kurang jumlahnya khususnya Cina akan ambil kesempatan.

Yahudi-Zionis dan CIA juga akan ambil kesempatan untuk memastikan yang Malaysia berpecah dan pertumbuhan ekonomi tergencat dan tidak sehebat seperti yang diharuskan.

Oleh sebab itu sehingga ini PAS hanya telah berjaya menjalankan usaha untuk memecah-belahkan kaum Melayu di Malaysia, walaupun mereka sedar bahawa sokongan yang mereka telah dapat dikalangan Melayu berpunca dari usaha mereka untuk mengalak orang benci Umno dan tidak mahu lihat Umno main peranan yang lebih penting dan berkesan untuk bantu Melayu seluruhnya, sambil menepis segala tohmahan dan tindakan kaum Cina atau pihak chauvinis dikalangan kaum Cina yang tahu mengambil kesempatan untuk mendapat itu dan ini dari perpecahan Melayu.

Apa yang telah berlaku dikalangan Melayu sejak PAS ditubuhkan sehingga sungguh jelas; mereka tidak boleh tubuh negara Islam ala PAS atau melaksanakan Hukum Hudud tanpa mendapat sokongan kebanyakan Melayu.

Jauh sekali dengan mendapat sokongan dari DAP yang terang-terang tentang hasrat mereka, kecuali Umno yang mahu bermesyuarah dan berbincang untuk cara jalan tengah untuk akhirnya menujadikan Melayu kaum berkuasa dan berpengaruh di Malaysia.

Inilah yang amat pelik dengan pemimpin PAS yang dengan rela hati bersekongkolan dengan parti yang terang-terang dan jelas tentang pendirian PAS tetapi PAS tetap mahukan sokongan dari mereka sebab PAS tahu tanpa DAP, PAS tidak akan berjaya merampas beberapa kerusi dari Umno.

PAS dan juga PKR yang mengkukuhkan DAP yang sepatutnya boleh lumpuh tanpa sokongan dari mereka.

Ini bodohnya Melayu dalam PAS dan PKR.

Pengkalan Kubur N01 juga membuktikan Melayu sanggup bergaduh dengan Melayu hanya untuk merampas sebuah kerusi di Tanah Melayu sendiri.


Dan segala hasrat pemimpin PAS untuk memperkukuhkan kedudukan Islam, ternyata tamat di Pengkalan Kubur dan dimana-mana kawasan parlimen dan negeri yang parti ini bertanding dengan juga sanggup mengenepikan hasrat mereka untuk menubuhkan ‘negara Islam’ dengan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia. 

Tiada ulasan: