…TETAPI
KENAPA DUNIA ISLAM KHSUSUSNYA DUNIA ARAB BERPECAH-BELAH DAN HAMPIR HANCUR?
Oleh
Mansor Puteh
Ramai Umat
Islam ada ilmu sedikit tetapi berlagak pandai laksana; mereka tidak sedar
bahawa ilmu yang mereka itu ada hanya sedikit dari keseluruhan ilmu yang ada di
muka bumi, yang seharusnya diguna secara bergabung untuk memberi keuntungan dan
faedah kepada Ugama, Umat dan Bangsa, dan bukan untuk seseorang itu bergelar
ustaz, ustazah dan ulamak tersohor sedangkan Dunia Islam hancur.
Dan di
sinilah masalahnya dengan beberapa orang Islam yang mengaku pandai dan mereka
sahaja yang tahu bagaimana untuk bangunkan Ugama dan Bangsa, walaupun
tindak-tandok mereka telah terbukti berjaya melakukan sebaliknya dengan Umat
Islam berpecah-belah dengan segala helah mereka berceramah dan berpolitik
dengan memberi pendapat songsang dan sempit.
Dunia
Islam mempunyai lebihkurang 1.6 bilion umat. Dan dari kalangan ini terdapat
ratusan ribu pakar dalam semua bidang termasuk bidang ugama atau ulamak
diantaranya dianggap yang paling tersohor di seluruh dunia.
Dan
dikalangan lima-puluh-tujuh ketua negara di Dunia Islam yang menjadi ahli
Pertubuhan Negara-Negara Islam atau OIC, berapa orang yang dianggap penting dan
bijak? Tidak.
Dulu ada beberapa orang Arab yang berlagak penting; tetapi mereka – Saddam Hussein dan Muamar Ghadaffy telah dihapuskan oleh Zionis dan CIA, dengan cara licik.
Mereka
bodoh sebab mereka pentingkan diri sendiri dan galak anak-anak mereka turut
berlagak. Mereka tidak guna otak hanya perasaan.
Kini
Dunia Islam tidak ada pemimpin tersohor dalam bidang politik. Dunia Islam tidak
berani menonjolkan orang angkuh seperti Saddam dan Ghadaffy lagi sebab mereka
takut akan dapat nasib sama seperti mereka.
Oleh itu
Dunia Islam atau Dunia Arab lahirkan beberapa orang biasa untuk menjadi ketua
gerombolan termasuk ISIL yang bertujuan untuk menyatukan Orang Arab tentang
Zionis di Timur Tengah.
Mereka
akan gagal sebab Zionis dan CIA akan dan sudahpun dapat sokongan dari beberapa
negara Barat dan Arab lain untuk hancur mereka.
Usaha
untuk merampas tanah untuk berkuasa dan tentang Zionis di Timur Tengah dengan
kekerasan salah dan juga tidak berkesan.
Orang
Arab yang ada yang berani hanya berbakti kepada diri sendiri dan tidak kepada Islam.
Mereka yang hanya timba ilmu untuk mendapat jawatan besar dan gaji tinggi?
Jadi
soalannya di sini ialah: Apakah pakar-pakar dan ulamak tersohor itu benar-benar
pakar dan orang yang tersohor dan pandai-pandai tentang ugama, atau mereka
hanya tahu untuk guna ugama Islam untuk tonjolkan diri mereka sendiri dengan
memberi khutbah dan ceramah berjela-jela untuk mendapat hiburan dari khalayak
yang rata-rata orang yang telah dilahirkan sebagai Islam tetapi masih jahil
tentang hukum-hakam dan nilai Islam yang paling asas.
Jadi
tidak terkejut kalau dapat dilihat di muka televisyen ada penceramah ugama
bergelar ustaz yang mahukan beri hiburan kepada khalayaknya dengan dia menyanyi
mengguna suara sumbang, dan beri nasihat asas.
Salah satu soalan yang saya dengar diutarakan oleh orang yang hadir dalam ceramah itu ialah tentang hukum dalam Islam ke ata sorang yang berhutang tetapi tidak menjelaskannya.
Takkan dia sendiri tidak tahu jawapan ini?
Sepatutnya
ustaz itu tidak layan soalan seperti ini dan herdik orang yang bertanya soalan
itu dan kecamnya sebab jahil tentang hukum asas Islam itu sendiri.
Tetapi ini ustaz itu tidak lakukan. Sebaliknya dia layan soalan itu seperti ia adalah soalan yang bagus. Ia adalah soalan yang bodoh.
Dan
jawapan yang diberi oleh ustaz itu sama bodoh.
Dan
berapa ramai orang yang gemar hadir acara ceramah ugama itu patuh kepada segala
apa yang dikatakan oleh penceramah itu? Apa kesannya kepada kesedaran mereka
terhadap Islam? Hampir tidak ada.
Mungkin
pembelajaran tentang ugama Islam tidak betul atau salah sebab ia hanya
menggalakkan orang menjadi takbur dengan ilmu yang mereka dapat perolehi dari
hanya belajar beberapa tahun yang mereka hanya dapat guna dengan berceramah
sambil menurunkan beberapa sunah, hadith dan surah dari Al-Koran untuk orang
Islam lain rasa kagum.
Dan
setiap negara Islam akan ada kelompok mereka yang mengaku bagus dalam ugama dan
akhirnya mereka akan bertarung sesama sendiri untuk mengecam orang lain yang
mereka kata kurang dengan nilai ugama.
Lebih teruk sekali bila mereka guna bidang politik untuk memastikan yang mereka terlepas dari pelbagai macam tuduhan kalau mereka didapati salah berceramah dan sebagainya.
Tidak
cukup dengan sekolah pondok yang melahirkan puluhan ribu ustaz dan pakar dalam
bidang ugama.
Di
Indonesia pula ada pasentren yang juga tidak kurang hebat melahirkan ratusan
ribu orang alim.
Dan di
negara-negara Arab ada banyak universiti dan madrasah yang telah melahirkan
ratusan ribu graduan, khususnya Universiti Al-Azhar yang dianggap sebagai
universiti tertua di dunia.
Tidak cukup dengan ini, di Universiti
Dan
tidak kurang ramainya terdapat ramai pakar Islam yang belajar tentang Islam di
universiti di Barat yang mempunyai pusat pengajian Islam mereka sendiri.
Tetapi
kenapa negara-negara Islam dan khususnya negara Arab berpecah-belah? Apa
sebabnya?
Tidak
kurang dengan itu, kini terdapat banyak kumpulan pemikir atau ‘think tank’ dan
pusat pengajian Islam di unversiti di semua negara Arab dan Islam lain termasuk
dihampir semua universiti terkemuka di barat, khususnya di Amerika dan Eropah.
Jadi
kenapa masalah besar berlaku di negara-negara Islam?
Tidakkah boleh pemikir-pemikir dalam kumpulan ini dan dikalangan ulamak yang dianggap tersohor dan berpengaruh dapat memberi pandangan dan cadangan untuk umat Islam elak dari berbalah sesama sendiri, dan berbunuhan sesama sendiri?
Jadi apa
jadahnya ada begitu ramai pakar, para ilmuan, pemikir dan ulamak kalau mereka
semua tidak dapat beri sebarang manfaat kepada Dunia Islam?
Atau
apakah tahab pemikir, para ilmuan dan ulamak yang ada begitu cetek, mereka yang
hanya tahu bercakap kosong dan berdekah-dekah hanya untuk mendapat tepukan
gemuruh dan sorakan ‘takbir’ berkali-kali sahaja?
Sebenarnya
pakar-pakar yang ada di Dunia Islam tidak mengguna ilmu dan pengelaman untuk
kebaikan Umat Islam; mereka mendapat pendidikan di Barat dan juga di negara
sendiri yang memberi pendidikan hanya untuk membantu memperkukuhkan kedudukan
ekonomi, sosial dan kebudayaan Barat sahaja, tanpa mereka sendiri sedarnya.
Oleh
sebab itu kita dapat lihat bagaimana pertumbuhan ekonomi yang dikecapi oleh Malaysia khususnya sebenarnya lebih
menguntungkan Barat atau Zionis dari Malaysia sendiri.
Dan
perkembangan ekonomi di negara-negara Arab lain juga memberi kesan sama dengan
kerajaan di negara-negara tersebut buka peluang kepada ahli sokan dan pakar
dari Barat yang diberi jawatan besar dan gaji tinggi dengan orang Arab dan
Islam hanya memain peranan kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan