Khamis, 30 Oktober 2014

BANDARAYA NEW YORK DULU DAN SEKARANG ... DAN SINAR CAHAYA BULAN SABIT DI ATAS BANDARAYA NEW YORK DAN AMERIKA. – BAHAGIAN II.

Oleh Mansor Puteh yang kembali ke Bandaraya New York dan Amerika selepas sembilan-belas tahun tidak ke sana.


5. Universiti Columbia atau Big C.:

Tempat pertama yang saya tujui setelah makan dan dapatkan kad SIM ialah untuk terus pergi ke Universiti Columbia. Saya naik keretapi Nombor 1 yang melalui jalan bawah tanah dan berhenti dibeberapa stesen sehingga ke stesen Universiti Columbia di Jalan 116.

Saya tidak peduli kalau perjalanan akan mengambil masa panjang, sebab saya mempunyai banyak masa sebelum saya naik bas Greyhound malam ini untuk ke Boston dan ke Salt Lake City, Los Angeles, Washington DC dan kembali ke Bandaraya New York pada 15 April untuk kemudian balik ke Malaysia pada 17 April nanti.

Saya tidak dapat melihat pandangan dalam keretapi yang mana terdapat lebih ramai orang dari luar Amerika keturunan Bangladesh, Pakistan dan Arab berbanding dengan mereka berkulit putih. Ramai juga wanita berpakaian purdah dan berhijjah dalam gerabak yang saya naikki.

Setibanya di kampus lama, saya terus pergi ke kedai buku dan beli sebuah kemeja-tee sebagai cenderamata dan untuk pakainya.

Saya kemudian pergi ke Dodge Hall dan duduk diatas bangku di luar untuk melihat bangunan. Saya tidak mahu masuk ke dewan untuk pergi ke Jabatan Filem dimana saya belajar dulu. Saya akan ke sana bila saya balik dari Los Angeles nanti.

Yang anehnya ialah kali ini terdapat ramai pelajar yang duduk ditangga bangunan Low Library yang merupakan pusat pentadbiran universiti dengan ramai yang lebih suka berjalan-jalan di College Walk, olehsebab hari itu terdapat pancaran dari sinar matahari yang membuat cuaca di luar tidak terasa begitu panas.

Selepas itu saya pergi ke hadapan bangunan Butler Library untuk duduk di sana. Di sinilah dimana saya sering datang untuk mencari dan membaca buku semasa belajar dulu.

Saya kemudian pergi ke Earl Hall. Saya masih teringat semasa saya sering duduk di dalam lobi bangunan ini dan juga pergi ke pejabat di tingkat bawah dimana terletaknya Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Columbia. Pintu biliknya kini tertutup, jadi saya tidak dapat berjumpa dengan pegawai persatuan ini.

Di tepi pejabat persatuan ini ialah pejabat Persatuan Pelajar-Pelajar Yahudi Universiti Columbia.

Saya teringat bagaimana beberapa rakan saya telah bersembahyang dilaluan di tingkat bawah bangunan Earl Hall, dengan seorang dari kami melaongkan azan. Bunyi azan yang kuat itu telah membuat beberapa pelajar tempatan rasa cemas; mereka berlari turun dari tangga untuk melihat kami bersembahyang di situ yang mereka sangkakan adalah laongan orang meminta tolong.

Tetapi sekarang, pada tahun 2014, semua pelajar di seluruh Amerika dan orang tempatan lain, kenal dengan Islam dan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh dasar luar Amerika yang tidak sempurna yang membuat ramai rakyat Amerika kenal dengan Islam berbanding dengan dulu.

Oleh itu, adalah ironik bagaimana kerajaan Amerika telah sebenarnya beri pendidikan kepada rakyat mereka sendiri tentang Islam dan bagaimana mereka boleh menghargainyai sehinggakan Islam kini merupakan ugama yang paling pesat berkembang di negara ini berbanding dengan ugama dan kepercayaan lain.  

Dan bilangan umat Islam di Amerika adalah hanya 100,000 pada tahun 1970an dulu, tetapi hari ini ia adalah antara enam hingga lapan juta.

Dan terdapat hanya beberapa masjid di Bandaraya New York dalam tahun 1970an, tetapi terdapat kira-kira lima ratus buah sekarang.

Orang Islam ada di mana-mana di Amerika sekarang, termasuk seorang yang mempunyai darah Afrika di Rumah Putih, yang merupakan anak seorang pendatang generasi pertama dari Kenya.

Malah kini terdapat lelaki dari Bangladesh yang menjual kacang di luar pintu masuk utama universiti saya dan saya beli satu paket kacang darinya dan makannya dengan setengah lain saya berikan kepada seorang wanita Amerika muda yang duduk dalam sebuah stesen di Ditmars, yang meminta sedekah.

Saya berkata kepadanya, 'Take care' atau ‘Jaga diri’, dan dia berkata, 'saya akan melakukannya.'

Saya akan mengatakan perkara yang sama juga kepada negara Amerika untuk ‘Take Care’. Tetapi saya tidak tahu sama ada Amerika akan mengatakan seperti apa yang dia telah berkata, penggemis wanita kulit putih yang lebih suka menunggu disana selama berjam-jam lamanya daripada mencari pekerjaan walaupun untuk menjual kacang atau menawarkan suratkhabar percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu mereka.

6. Chinatown .:

Saya pergi ke daerah Chinatown dengan berhenti di stesen Canal Street dan terus terlihat dengan wajah-wajah orang dari Bangladesh yang bekerja di kedai-kedai menjual cenderamata, termasuk seorang wanita Cina yang menyatakan dia adalah dari Kuala Lumpur yang bercakap dengan saya dalam bahasa Mandarin. Saya cuba untuk bercakap dalam bahasa Hokkien dan dia berkata dia memahaminya.

Dan apabila saya bertanya di mana dia adalah dari, ia berkata, 'Kuala Lumpur. "Saya kemudian bercakap dalam Melayu dan dia boleh bertutur bahasa ini dengan baik. Jadi saya percaya dia benar-benar dari Kuala Lumpur dan Malaysia seperti yang dikatakan. Dia beri saya diskaun untuk enam kemeja-tee yang saya beli untuk diberikan kepada rakan-rakan di Malaysia.

Banyak orang-orang Cina dan perempuan yang bekerja di kedai-kedai di Chinatown ini tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar sebabnya ialah kebanyakan mereka adalah dari Negeri China atau Taiwan yang baru sahaja tiba untuk bekerja di sini dengan orang Cina tempatan telah meningkat dalam pendidikan dan mendapat pekerjaan yang lebih lumayan.

7. Astoria, Queens .:

Saya tinggal di kawasan ini selama beberapa bulan di Astoria di daerah Queens, Bandaraya New York.

Saya suka kawasan ini yang terpencil dan sunyi.

Ada beberapa pelajar Malaysia lain dan keluarga mereka yang juga tinggal di sini dulu di pangsapuri di bangunan yang dimiliki oleh seorang lelaki Melayu yang sudah lama menetap dan bekerja di bandaraya ini yang mempunyai kedai perkakas rumah.

Sekarang bangunan apartmennya telah dijual kepada seorang lain dan kedainya kini merupakan sudah dijadikan kedai runcit yang dikendalikan oleh seorang warga Bangladesh yang kebetulan pernah bekerja di Pulau Pinang selama sembilan tahun.

Malangnya dia tidak faseh berbahasa Melayu olehsebab majikannya keturunan Cina yang lebih gemar bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris. Namun demikian bahasa Inggerisnya juga tidak begitu baik sebab majikannya bercakap dalam bahasa Inggeris cara Cina.

Saya kembali ke bangunan apartmen dimana saya pernah tinggal bersama beberapa rakan-rakan dari Malaysia dan berdiri di luar untuk mengambil gambar dan menghantar SMS ke rakan yang juga pernah tinggal di bangunan itu dan yang kini kembali di Malaysia. Waktu di Malaysia tiga pagi, olehsebab perbezaan masa antara Malaysia dan Bandaraya New York adalah dua-belas jam.

Banyak kedai-kedai di Astoria mana saya pernah pergi untuk membeli makanan atau alat tulis kini dimiliki oleh orang Islam dengan sebuah darinya kini dikendalikan oleh beberapa orang Bangladesh atau Pakistan sebagai pusat Islam.

Dan ada sebuah restoran Pakistan bernama ‘Rotti Dotti’ dan Pusat Islam Astoria dan Pusat Islam Bosniak (Bosnia) yang dibangunkan oleh orang dari Bosnia.

Di perhentian bas dimana saya mahu dapatkan bas, saya akan berdiri dalam kumpulan manusia yang kebanyakannya adalah orang Islam, dengan begitu sedikit orang-orang Putih yang kini mulai terlihat aneh berada di Astoria.

Saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik apartmen di jalan berhampiran tempat di mana saya dulu tinggal di 14 Place untuk melayan perasaan nostalgia.

Salji turun sedikit ketika saya berada di sini selama dua hari dengan suhu kadang-kadang mencecah sifar Celsius dan ditambah dengan faktor angin dingin ia menyebabkan jari saya menjadi beku.

8. One World Trade Center.:

Pihak berkuasa Bandaraya New York tidak memanggilnya Freedom Tower, tetapi One World Trade Center, yang dapat lihat semasa saya menaikki bas dari lapangan terbang Kennedy untuk pergi ke PTA dulu sebab ia begitu tinggi dan tersergam.

Saya melawat One World Trade Center ini dan bergaul dengan ratusan atau ribuan pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing untuk melihat apa yang telah dilakukan kepada bekas tapak Menara Utara dan Menara Selatan, Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia yang telah runtuh pada 11 September 2001 dulu.

Di tapak atau di atas asas Menara Berkembar World Trade Center terdapat dua kolam air yang sentiasa mengalir ke dalamnya, dengan nama-nama mangsa-mangsa dari dua menara tersebut tertulis pada marmar hitam.

Saya ambil banyak gambar di tempat ini dan dalam perjalanan mengelillingi Amerika dan membuat lakaran di tempat yang saya telah lawati, tetapi saya terlupa untuk membuat lakaran di One World Trade Center. Jadi ada satu lagi alasan bagi saya untuk kembali ke sini.



Tiada ulasan: