Isnin, 3 November 2014

AL KISAH TIGA NEGARA DAN SISTEM PERUNDANGAN: TUDUHAN BEBERAPA DEKAD LALU TENTANG PENDERAAN SEKSUAL DI ENGLAND, MEMAKSA PIHAK BERKUASA MENANGKAP DAN MEMBERI JAMINAN KEPADA TERSANGKA.

... TUDUHAN MELIWAT TERHADAP SEORANG DI MALAYSIA DAN DIA TIDAK DITANGKAP DAN DIBEBAS ATAS JAMINAN.
Oleh Mansor Puteh



Di England, seolah-olah, mereka mempunyai pasukan polis yang lebih hebat dengan sistem undang-undang yang adil. Jadi tiada seorang pun yang terlepas jika dia dituduh bahkan dikatakan telah melakukan sesuatu jenayah. Ia tidak kira jika tuduhan ke atas seseorang itu melibatkan kegiatan yang telah dilakukan beberapa dekad lalu yang melibatkan individu yang masih hidup maupun yang sudah mati.

Jadi Jimmy Savile telah digerak dari kuburnya untuk menerima pertuduhan atau tuduhan mengenai salah laku seksual.

Individu lain juga telah ditahan dan dibawa dari rumah mereka oleh Polis Metropolitan di London dan dibawa dalam kenderaan mereka ke balai polis di mana mereka disoal-siasat yang mengambil berjam-jam.

Walau bagaimanapun, tidak seorangpun daripada mereka membawa bersama akhbar atau pasukan undang-undang mereka. Mereka pergi ke sana dengan sendiri dan dengan beberapa orang yang hanya menyembunyikan wajah mereka di dalam syal.

Ini mengingatkan bagaimana ada banyak orang lain yang telah didakwa yang turut menutup muka mereka, termasuk Nakoula Basseley Nakoula yang juga berpura-pura menjadi 'Muslim' dengan menutup wajahnya.

Gary Glitter juga melakukan perbuatan ala yang 'Muslim' ketika dia dibawa dari apartmennya di London ke balai polis.

Dia dan yang lain di London juga telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu apa sahaja tindakan polis di sana untuk fikirkannya tindakan susulan yang sepatut dibuat terhadap kes mereka untuk menjawab di mahkamah kelak. Mereka yang dibenarkan untuk pergi dengan bebas.

Tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana mereka pergi ke sana dengan sendiri, tanpa memanggil media untuk meliputi aktiviti-aktiviti mereka dan dikelilingi oleh peguam untujk mendapat publisiti dan juga sebagai tindakan menentang pihak berkuasa dan undang-undang.

Walaubagaimanapun, di Malaysia, seseorang yang telah dituduh melakukan liwat, boleh pergi secara bebas untuk terus melakukan kegiatannya seperti biasa.

Dia tidak pula dibawa ke balai polis dalam sebuah kenderaan polis untuk menjawab soalan-soalan sebelum dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin seorang.

Di Amerika, Michael Jackson yang didakwa oleh seorang kanak-kanak bawah umur atas tuduhan melakukan kesalahan seksual, dibawa oleh pihak polis di California dimana beliau telah diminta jawab beberapa soalan dan gambar alat kelamin telah diambil.

Terdapat perbezaan yang ketara dari sudut cara polis di England, Amerika dan Malaysia menjalankan urusan penyiasatan mereka.

Ia seolah-olah rakyat Malaysia yang telah disabitkan dengan penderaan seksual atau liwat boleh mengharapkan untuk mendapatkan layanan yang terbaik tidak seperti rakan-rakan mereka di England dan Amerika.

Dan fikirkan, England dan Amerika bukan negara-negara Islam tetapi Malaysia adalah sebuah negara Islam, atau yang sepatutnya menjadi sebuah negara Islam, namun orang yang telah disabitkan dengan kes liwat boleh bersikap seolah-olah tidak ada stigma yang telah dicapkan atau ditatukan kepada tubuhnya.
Keluarganya, terutama isteri dan anak-anak dan rakan rapat, juga mampu untuk mengecilkan pertuduhan ke atasnya seperti mereka boleh hindarkannya sebagai satu tuduhan yang kecil dan tidak serius.


Walaupun demikian ada beberapa pihak lain dan sanggup pula untuk beri sokongan kepadanya berpihak padanya dan berani membuat tuduhan yang ia adalah tidak lain satu tindakan politik yang kelihatan seperti mereka juga memaafkan perilaku salah salah seorang dari pemimpin kanan parti sekutu mereka sendiri. 

Tiada ulasan: