YANG
TIDAK TIDAK TAHU APA YANG HARUS DILAKUKAN DENGAN KUASA VETO UNTUK MENDAPAT
BANYAK DARINYA, SEPERTI AMERIKA DAN NEGARA BARAT YANG PRO-ZIONIS DAN MELINDUNGI
KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI.
Oleh
Mansor Puteh
Rusia
hanya suka melihat Amerika menguna cara mereka untuk mendapat faedah dari kuasa
veto yang mereka ada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)…dan Negeri China dan India yang dengan perlahan-lahan
menjadi kuasa besar dunia, yang akhirnya mengatasi Rusia.
Pemimpin
Rusia bodoh yang tidak tahu apa yang mereka boleh guna dengan mereka memilikki
kuasa veto, atau dasar luar negara yang dapat mereka boleh gunakannya untuk memperkukuhkan
kedudukan politik dan ketenteraan mereka di seluruh dunia khususnya di Dunia
Arab dimana mereka boleh dapat sokongan padu supaya Amerika dan Zionis tidak
boleh dengan sewenang-wenangnya guna kuasa veto, politik dan ketenteraan mereka
untuk terus menghancurkan negara Arab seperti yang berlaku selama ini.
Lebih
teruk dari itu, pemimpin Rusia yang bodoh itu juga tidak tahu yang mereka boleh
mendapat banyak faedah dengan mereka memilikki kuasa veto di PBB khusus untuk
meluaskan pengaruh ekonomi mereka dan mendapat sokongan dari negara-negara Arab
dan Islam lain, supaya kuasa ekonomi Amerika dan negara-negara barat dapat
dimufliskan.
Jadi di
manakah para pemikir dan ahli falsafah politik Rusia dan ahli strategi? Mereka
seolah-olah tidak mempunyai apa-apa pendapat atau telah membuat penyelidikan
menyeluruh untuk mereka dapat guna akhirnya bagi memperkukuhkan kedudukan
negara mereka sendiri.
Malah
sarjana dan pakar Rusia dalam semua bidang juga tidak begitu ramai dan
berpengaruh; mereka ada entah di mana, sedangkan universiti mereka juga boleh
galak ramai orang Arab dan Islam untuk belajar di situ, untuk mereka dapat
rapatkan perhubungan diantara negara mereka dengan Rusia.
Pemimpin-pemimpin
Rusia hanya tahu bagaimana untuk berlagak penting di atas pentas politik dunia
sedangkan mereka tidak tahu apa peranan yang mereka boleh lakukan.
Mereka sebenarnya
tidak berguna untuk Rusia. Dan lebih dari itu, mereka juga tidak berguna untuk
dunia amnya, sebab mereka tidak tahu peranan baru apa yang mereka boleh lakukan
selepas runtuhnya Kesatuan Soviet atau Soviet Union dan runtuhnya Tembok Berlin
25 tahun lalu.
Kini Ukraine juga boleh
ambil tindakan untuk mencemuh Rusia bagi pihak Amerika dan NATO.
Apa agaknya
yang dimaksud dengan makna 'Kuasa Dunia’ atau ‘World. Superpower’? Adakah Rusia
masih boleh dianggap sebagai sebuah kuasa dunia? Kita tidak perlu untuk
menjawab soalan ini.
Adakah
terdapat negara yang boleh dianggap sebagai ‘Kuasa Dunia Bodoh’ atau 'Stupid
World Superpower'? Ada .
Kita boleh
beri gelaran ini dan negara yang dimaksudkan ialah Rusia yang tidak tahu apa
yang harus digunakan dengan kedudukan tinggi yang mereka ada dengan memilikki
kuasa veto dalam PBB dan bagaimana mereka juga boleh mempengaruhi Dunia Arab
dan Islam untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada kuasa veto yang
mereka ada kalau mereka tahu bagaimana mereka boleh lakukan untuk melindungi
dan menyokong perjuangan orang-orang Arab dan umat Islam di Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bagaimana
pemimpin Rusia sekarang boleh menjadi begitu bodoh untuk terus membenarkan
Amerika yang telah menggunakan kuasa veto mereka hanya untuk melindungi
kepentingan peribadi mereka dan orang-orang dari negara Zionis Israel ?
Namun,
Amerika dilihat sebagai sekutu orang-orang Arab dan umat Islam dan Rusia
sebagai musuh mereka, yang mereka tidak dapat percaya.
Ia adalah
Rusia yang bodoh yang tidak tahu dan dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan
apa-apa sokongan dan faedah dari negara-negara Arab dan Islam?
Dan
negara-negara Arab dan Islam yang telah mendapat banyak faedah dari Rusia yang telah
menggunakan kuasa vetonya untuk mempertahankan kedudukan negara Arab di PBB
sebanyak mungkin, tetapi negara-negara Arab seperti tidak bersyukur dengan
sokongan dari Rusia sehingga kini, sehinggakan mereka tidak tahu untuk memberi
faedah dan ganjaran kepada Rusia untuk menunjukkan penghargaan mereka tentang
apa yang Rusia telah melakukan untuk mencuba dan membantu melindungi mereka
semua ini setiap kali negara Arab dilanda tekanan dari Zionis dan Amerika.
Ini juga
menunjukkan bettapa bodohnya orang-orang Arab dan umat Islam.
Mereka,
orang-orang Rusia dan orang-orang Arab dan umat Islam akhirnya layak untuk dapat
apa yang mereka dapat sekarang, menjadi negara-negara diantara yang termundur
dan lemah di seluruh dunia.
Tidak
hairanlah mereka begitu mudah untuk dimanipulasi oleh Amerika dan
sekutu-sekutunya yang juga termasuk negara-negara Arab dan Islam yang telah
mendapat banyak manfaat daripada Rusia yang tidak tahu untuk menggunakan pengaruh
dan faedah mempunyai dan mengguna kuasa veto di PBB untuk melindungi mereka.
Pemimpin
dan para propagandis Amerika adalah bijak dan juga cendekel serta cerdas untuk
dapat mengguna pelbagai cara untuk membuat negara Arab yang mereka tentang
untuk ahirnya terus sokong mereka, dan umat Islam lain juga tidak peduli untuk
melindungi negara Arab dan negara sendiri sebab mereka tahu mereka adalah lemah
dan masih perlukan Amerika untuk selesaikan masalah diantara mereka sesama
sendiri dan dengan Zionis tanpa pedulikan Rusia yang mereka boleh guna untuk
buat tuntutan di PBB dan dengan mengadakan perhubungan perdagangan yang lebih
kukuh dan menyeluruh untuk menjadikan Rusia sebuah kuasa dunia yang lebih
berpengaruh dari sekarang.
Amerika
adalah kuasa besar dan ia tahu bagaimana untuk mengekalkan kedudukannya di
dunia dengan mengerahkan setiap masa, dengan menghantar setiausaha negaranya
pergi ke peluduk dunia untuk memastikan bahawa setiap negara di dunia berada
dibawah kuasa dan pengaruhnya, waluapun negara-negara ini dan Amerika tahu
Amerika tidak ada niat baik untuk mereka, sementar Amerika terus berpura-pura
untuk mempromosikan demokrasi di seluruh dunia. Tetapi malangnya demokrasi yang
dimaksudkan ialah demokrasi gaya
Amerika dan bukan merupakan demokrasi sebenar.
Demokrasi
gaya Amerika sebenar-benarnya
adalah kehancuran atau anarki. Ini terbukti berlaku disemua negara-negara yang
telah cuba
menerima demokirasi seperti ini yang akhirnya hancur bila pihak-pihak tertentu
ditubuh yang membawa kepada kehancuran di negara mereka sendiri.
Negara-negara
Arab dan Islam lain dengan sewenang-wenangnya tolak Hukum Islam dan cuba mengguna
cara demokrasi ala Amerika yang tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
Dan
malangnya, kebanyakan negara-negara yang menyebabkan negara dan ekonomi mereka hancurkan
adalah orang-orang Arab sendiri.
Pemimpin-pemimpin
mereka telah gagal untuk menyedari apa matlamat sebenar Amerika untuk memaksa
mereka untuk ikut telunjuk Amerika tanpa menyedari bahawa negara-negara dan
rakyat mereka sendiri yang akhirnya akan hancur dan sudahpun hancur.
Dan ia
adalah ini demokrasi-anarki yang sedang digunakan untuk memastikan kewujudan
berterusan negara Zionis Israel ,
yang hanya dapat dipertahankan jika negara-negara Arab di sekitarnya berada
dalam keadaan yang berpecah-belah dan dalam keadaan anarki tidak berkesudahan
seperti yang dapat dilihat dengan jelas sekarang.
Negara-negara
yang tidak mengikut telunjuk Amerika untuk meniru gaya demokrasi mereka juga akan menghadapi
masalah yang sama, tetapi dalam cara yang berbeza.
Dan apa sebenarnya
Rusia? Adakah ia satu 'Kuasa Besar Dunia? Ia adalah tidak lain sebuah Kuasa
Besar Dunia yang teramat Bodoh lagi keliru.
Oleh
kerana para pemimpinnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan status kuasa
besar dunia yang mereka telah lama memilikki, yang juga telah diberikan oleh
Amerika yang sekian lama gentar dengan kehadirannya.
Kedua-dua
negara adalah kuasa-kuasa besar dunia bukan oleh sebab mereka mempunyai kuasa
veto dan menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, tetapi olehsebab mereka memilikki sumber-sumber yang luas.
Malangnya,
Amerika sahaja yang tahu bagaimana untuk memanipulasi sistem dan mentaliti para
pemain yang cetek pemikirannya yang mempunya mentaliti pemimpin Dunia Ketiga untuk
memastikan bahawa mereka memberi sokongan padu kepada tuntutan Amerika,
sementara Amerika dan sekutunya di Eropah berusaha untuk terus menegur dan
mengkritik bekas Kesatuan Soviet semata-mata untuk mencemuh mereka supaya
negara Arab dan negara Dunia Ketiga juga akan turut memandangan rendah dengan
Rusia dan pemimpin mereka.
Amerika
telah menyebabkan Kesatuan Soviet runtuh. Sekarang ditempatnya ada Rusia, yang
merupakan persamaan samar dari kedudukan asalnya dengan negara-negara bekas Kesatuan
Soviet telah lama hancur kini menjadi bebas dengan sebilangan mereka pilih untuk
mengiku cara demokrasi ala Amerika yang juga tidak menguntungkan mereka sendiri.
Namun,
para pemimpin Rusia pada hari ini berada dalam kekeliruan; mereka tidak tahu
apa lagi yang mereka boleh lakukan dengan status mereka sebagai 'Kuasa Dunia’
yang mereka memilikki.
Menteri
Luar Rusia hari ini, Seigei Lavrov dan Presiden Vladimir Putin hanya tahu
bagaimana untuk bertindak balas, dan bermadah dengan karenah Uncle Sam sahaja.
Malah
apabila mereka terbabit dalam kontroversi Ukraine, mereka berlagak seperti
mengalah dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dan mengambil
kesempatan daripada keadaan ini untuk mendapat lebih manfaat sepenuhnya
daripada perbalahan mengenai kontroversi itu dan dengan Amerika, sementara
Amerika sedang berusaha untuk mendapatkan dan berusaha untuk menunjukkan kepada
negara-negara lain yang merekalah pihak yang baik dan betul serta jujur.
Satu-satunya
usaha lemah yang dilakukan oleh Putin ialah apabila dia cuba untuk menunjukkan
yang dia berkeras dan Rusia adalah sebuah Kuasa Besar Dunia, seperti dia mahu
ugut Amerika dan negara barat lain.
Tetapi
apa yang dikatakan olehnya terasa begitu lemah dan mengeciwakan sama-sekali; ia
tidak menunjukkan yang dia mempunyai keberanian dan kuasa untuk menentang
Amerika. Ini adalah pengakuan yang Rusia adalah sebuah Kuasa Besar Dunia tetapi
dia tidak berani menunjukkan belang serta taringnya. Putin tidak seperti
pemimpin Kesatuan Soviet dulu yang berani dan tidak gentar.
Rusia tidak seperti Kesatuan Soviet; Rusia adalah juga Kuasa Besar Dunia, tetapi Kuasa Besar Dunia yang BODOH!
Sebenarnya
Rusia masih boleh berbuat banyak untuk mengimbangi keadaan di dunia agar lagak
dan kuasa Amerika dan juga sekutu-sekutunya dapat dibendung, untuk kebaikan
negara lain di dunia, seperti cara demokrasi dan cara hidup ala Amerika yang
kini terasa perlahan-lahan menuju ke muka pintu keluar dari negara-negara Arab
dan Islam.
Namun,
Putin dan Lavrov seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dan mesti mereka dilakukan
dalam keadaan seperti itu.
Dan bila
agaknya Rusia dan pemimpin mereka akan dapat belajar dari kesilapan yang bodoh
yang telah mereka lakukan selama ini sehingga mereka akhirnya boleh mendapat
manfaat daripada mereka?
Berapa
banyak faedah dan ganjaran yang mereka mesti tuntut dari negara-negara Arab dan
Islam untuk setiap kali mereka guna kuasa veto yang mereka gunakan dalam PBB?
Walaupun
Jepun dan Korea Selatan yang belum diketahui terutama mesra kepada negara-negara
Arab dan Muslim mendapatkan keuntungan luar biasa, kerana tanpa pasaran mereka yang
besar yang telah dibuka untuk barangan dari negara-negara ini, negara-negara
ini boleh muflis dalam masa yang singkat.
Ini sama
dengan Amerika dan sekutu-sekutunya yang mempunyai ekonomi parasit yang bergantung
sepenuhnya kepada orang-orang Arab dan umat Islam untuk mendapat perdagangan
dan menjual barangan-barangan mereka, namun kuasa pembeli ini tidak digunakan
oleh orang Arab dan Islam untuk mendapat manfaat darinya untuk menjinakkan
Amerika dan sekutunya untuk penyerahan.
Negara
Zionis Israel
tidak memberi sebarang faedah kepada Amerika. Sebaliknya, ia adalah Amerika
yang telah memberi sokongan kepada negara Zionis tanpa mendapat sebarang faedah
dari Zionis.
Rusia
tidak perlukan orang seperti Putin dan Lavrov; negara ini memerlukan pemimpin
yang tahu bagaimana untuk mendapat manfaat daripada kuasa veto yang telah dan
untuk menjadi Kuasa Besar Dunia.
Dan
tanpa disedari mereka, mereka telah tidak berjaya menjadikan Rusia sebuah
negara Kuasa Besar Dunia yang BODOH, seperti yang dilakukan pemimpin Rusia
terdahulu dari mereka juga.
1 ulasan:
loginsbobet.top Merupakan Agen Sbobet Terpercaya Yang Mengunakan Link Alternatif Sbobet Terbaru serta Link Login Sbobet Android Tanpa Nawala di website : http://loginsbobet.top/
Catat Ulasan