Rabu, 19 November 2014

PESTA ARAK JERMAN OKTOBERFEST DAN BON ODORI, DAP DAN PAS:

DAN KENAPA POLIS TIDAK ADAKAN SEKATAN DEKAT KAWASAN DIMANA PESTA INI DIADAKAN ATAU DIMANA-MANA BAR DAN KEDAI MENJUAL ARAK DAN TAHAN MEREKA YANG MEMANDU KERETA DIBAWAH PENGARUH ARAK?
Oleh Mansor Puteh



Acara tahunan pesta arak yang dikenali dengan nama Oktoberfest, adalah acara tahunan arak orang di Jerman.

Pesta Bon Odori adalah pesta menuai Jepun yang mempunyai makna ugama dan bukan sahaja kebudayaan.

Ramai gadis Melayu turut hadir acara ini tanpa menyedari tentang maknanya.

Namun sekarang pesta Bon Odori tidak mempunyai makna ugama dan diadakan untuk hiburan sahaja.

Tetapi Pesta arak Oktoberfest adalah pesta untuk orang Jerman. Ia dibawa ke Malaysia oleh orang bukan-Jerman yang beria-ia mahu meniru gaya mereka.

Siapa kata ia mesti dianjukan juga di Malaysia?

Saya tidak dengar ia dianjur di Singapura, Indonesia atau Brunei dan Thailand di rantau ini, atau di negara barat lain di Amerika dan Eropah.

Entah macam mana, tiba-tiba acara ini dianjurkan di Selangor.

Pihak penganjur tahu mereka boleh melakukannya di negeri ini sebab ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Dan entah kenapa pemimpin Cina dan India dari DAP dan PKR yang beria-ia mahu sokong penganjuran acara seperti ini.

Mereka telah juga sokong penganjuran sebuah acara di Kelantan dulu dimana minuman arak diadakan secara terbuka.

Apa yang mereka tidak sedar ialah mereka telah berusaha untuk mencabar nilai susila orang terbanyak di Selangor dan Kelantan dan di Malaysia.

Mereka mahu cabar PAS, sebab sebagai salah satu dari tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat, mereka mahu beritau PAS yang mereka tidak ada kuasa. Mereka mahu PAS keluar dari Pakatan kalau PAS tidak terima mereka seadanya.

Dan apa yang DAP dan PKR tidak sedar ialah mereka sudah mabuk kuasa.

Dan mereka dalam PAS mesti sedar bahawa mereka juga bersubahat dengan segala tindak-tanduk rakan mereka dalam PKR dan DAP yang gemar melakukan perbuatan dan tindakan yang PAS sendiri tentang.

Tetapi apa guna untuk PAS marah? Tanpa PAS siapalah DAP dan PKR?

PAS mesti sedar siapa DAP dan PKR. Buat apa marah dengan pemimpin kanan dan lama mereka; DAP dan PKR adalah DAP dan PKR: Apa yang hendak diherdikkan?

Mereka ada hak untuk guna segala kuasa yang mereka ada sebaiknya, pada pandangan mereka.

Yang bodohnya ialah orang dalam PAS yang baru kenal mereka siapa dan masih mahu bersekongkolan dengan mereka.

Buat apa marah mereka? Biarkan mereka jadi mereka, dan orang dalam PAS biar masuk ke neraka sebab sokong usaha dan tindakan DAP.

Jadi tidak salah kalau ada orang kata perbuatan DAP itu ‘direstui’ oleh PAS yang sokong mereka dan dengan PAS juga mendapat beberapa kerusi tambahan ehsan dari sokongan dari orang dari DAP itu sendiri.

Ini hakikatnya.

Tanpa DAP dan juga PKR tidak ada PAS. Tanpa PAS tidak ada DAP dan juga PKR.

Kebanyakan kerusi yang dikuasai oleh DAP adalah juga diatas ehsan sokongan dari DAP itu sendiri termasuk dari PKR.

PAS hanya sanggup jadi pak sanggup untuk DAP dan PKR mendapat lebih sokongan dari pengundi Melayu, tanpa PAS sedar yang tindakan mereka hanya merugikan Melayu.

Tanpa PAS, DAP tidak akan dapat tawan Pulau Pinang. Tanpa PAS, DAP dan PKR tidak boleh tunjuk belang dan sokong terang-terang acara Oktoberfest.

Sedihnya pihak berkuasa tidak pula mahu ambil tindakan terhadap mereka yang minum arak yang akhirnya akan pulang dengan memandu kereta mereka sendiri dan sudah tentunya mereka akan melakukannya dengan pengaruh arak.

Kenapa polis misalnya tidak ambil tindakan untuk menyekat jalan dekat pesta Oktoberfest dan tahan mereka yang memandu dibawah pengaruh arak?

Dan kenapa polis juga tidak adakan sekatan dekat semua bar dan tempat dimana arak dijual dan tahan mereka yang minum arak yang memandu untuk balik ke rumah masing-masing.

Jadi akhirnya apa guna dibenarkan bar dan kedai menjual arak yang mana akan menggalakkan orang awam bukan-Islam minumnya dan memandu kereta sendiri selepas itu?

Sudah pasti mereka juga akan mempunyai arak dalam darah mereka yang dapat dikesan oleh alat pengesan arak.

Malah polis boleh adakan sekatan di kawasan hiburan liar di Kuala Lumpur dan dimana-mana sahaja, termasuk semasa pesta Oktoberfest, untuk menahan sesiapa yang memandu dibawah pengaruh arak.

Hari Oktoberfest baharu sahaja berlalu Oktober lalu. Dan pemimpin DAP sokong diadakan secara terang-terang dan terbuka.

PAS dan PKR hanya boleh perhati lihat gelagat mereka.

Tetapi kenapa polis dan JPJ tidak adakan sekatan jalan di luar kawasan pesta arak/mabuk Oktoberfest diadakan, sebab sudah pasti ramai mereka yang mengambil bahagian dalamnya akan mabuk dengan ada yang berjalan terhuyung-hayang ke kereta masing-masing dan memandu dalam keadaan mabuk?

Dan kenapa pula polis dan JPJ juga tidak adakan sekatan jalan di semua bar atau hotel yang menyediakan minuman keras dan arak untuk tahan mereka yang memandu dibawah pengaruh arak?

Mungkin ada beberapa orang tidak minum arak dan mereka akan pandu kereta untuk rakan-rakan mereka, tetapi mustahil untuk mereka yang mahu ke bar dan hotel tidak minum arak bersama?

Kalau polis dan JPJ ambil tindakan menyekat jalan di luar bar dan hotel atau disko sudah pasti mereka akan dapat berkas ratusan, maupun ribuan orang yang mabuk yang memandu kereta sendiri.

Dengan cara ini tentu ramai mereka akan berhati-hati dan tidak memandu kereta kalau mereka mahu minum arak.

Tetapi kenapa mereka tidak minum sahaja di rumah dan mabuk sepanjang malam tanpa menganggu sesiapa?

Mungkin mereka tidak mahu isteri dan anak-anak dan keluarga mereka lihat perangai buruk mereka semasa mereka mabuk.

Lagipun apa guna mabuk kalau tidak dikhalayak ramai?



Tiada ulasan: