Selasa, 14 Oktober 2014

DEBAT KHAS MEMBINCANGKAN TENTANG SEKOLAH CINA DI MALAYSIA DIANTARA KHOO KAY KIM DAN WONG KA SIONG TIDAK BIJAK.

…PERDEBATAAN AKHIRNYA JADI PERBINCANGAN SESAMA SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh



Saya telah membaca entah dimana tentang sebuah ‘perdebatan’ diantara Khoo Kay Kim dan Wong Ka Siong tentang isu persekolahan Cina di Malaysia.

Memang bagus perbincangan tentang perkara seperti ini dapat diadakan sebab Malaysia sudah lama Merdeka dan kenapa mesti ada dua aliran sekolah?

Kalau dulu orang Cina boleh kata mereka tidak mungkin boleh bersaing dengan Melayu dalam semua bidang, tetapi kini mereka dikalangan golongan muda boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan lebih lancar berbanding dengan golongan lama.

Dan nampaknya golongan lama sahaja yang menentang pengunaan satu aliran sekolah sementara anak-anak mereka sanggup terima belajar di sekolah Melayu atau sekolah kebangsaan.

Satu penyelidikan dan bancian tentang perkara ini boleh diadakan. Dan pihak persatuan dan masyarakat Cina harus berani berhadapan dengan kemungkinan anak-anak mereka lebih selesa belajar di sekolah Melayu, sama seperti anak-anak Cina di Thailand, Myanmar dan Filipina belajar di sekolah kebangsaan di sana supaya mereka tidak rasa terasing berada di negara sendiri.

Mungkin bapa-bapa mereka yang mahukan anak-anak mereka belajar di sekolah Cina atau Tamil, sebab mereka mempunyai pemikiran sempit dan tidak dapat terima hakikat tentang bagaimana pada masa hadapan, dan lambat-laun sekolah vernakular juga akhirnya akan terpinggir.

Ini boleh berlaku sekiranya jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera meningkat sehingga menjadi bangsa terbanyak dan perpecahan dikalangan Melayu tidak boleh berlaku.

Menjelang 2020 jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera akan meningkat ke tujuh-puluh peratus. Dan menjelang 2050 jumlah ini akan meningkat ke lapan-puluh peratus pula, berbanding dengan jumlah Cina yang akan jatuh merundum ke hanya sembilan peratus dengan kaum India hanya dua atau tiga peratus sahaja.

Yang menariknya ialah ia diadakan, dan dalam Bahasa Melayu pula dengan dianjur oleh sebuah pertubuhan Cina.

Ini pasti menarik. Tetapi tidak begitu untuk media yang tidak memberinya sebarang laporan selepas itu.

Akhbar Cina dan dalam bahasa Inggeris yang dikuasi oleh orang Cina tentu tidak akan mahu membincang tentang perkara seperti ini yang sudah pasti membawa keburukan kepada mereka dari kebaikan.

Sebabnya ia menyoal kehadiran sekolah vernakular. Tentu ada yang tidak baik tentangnya.

Apakah persatuan yang menganjor acara perdebatan atau perbincangan ini akan berakhir di sini dengan hanya satu tajuk, atau apakah mereka akan teruskan acara ini di masa-masa akan datang dengan menampilkan tokoh-tokoh lain dalam semua bidang untuk membincangkan tentang tajuk lain pula?

Bilakah mereka akan bincangkan tentang peranan media Mandarin dan Tamil untuk mengkaji yang ia adalah berpihak kepada negara-negara Cina dan India dan langsung tidak pedulikan tentang Melayu?

Bagus kalau tajuk seperti ini dibincangkan termasuk tajuk-tajuk lain yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini oleh kaum Cina sendiri.

Tetapi ia tidak menjadi menarik, dan apa yang dikatakan oleh kedua ahli panel akhirnya merupaan hujah biasa.

Ahli panel Melayu sepatutnya dijemput untuk memberi pandangan yang lain dalam hal ini, walaupun kehadirannya dan hujahnya mungkin boleh berbunyi seperti dia mengamalkan sikap perkauman.

Dan secara tidak sengaja, pada lewat malam Sabtu, 27 Februari saya terbuka rangkaian Ntv7 dan rancangan ini baru sahaja mahu dimulakan, jadi saya tidak jadi menonton berita di setesen televisyen lain dan tumpukan perhatian kepada perdebatan ini.

Ia akhirnya tidak menjadi sebuah perdebatan, tetapi sebuah perbincangan.

Kay Kim dan Ka Siong tidak memberi hujah yang menarik dan mengkagumkan. Ka Siong kata ada beberapa – tidak ramai – orang Cina di Malaysia yang telah belajar didalam aliran sekolah Cina yang telah berjaya.

Ini pada saya bukan satu hujah yang besar dan bermakna atau penting, sebab di Negeri Cina, Hong Kong dan Taiwan mereka belajar di sekolah aliran Cina dan ramai berjaya. Malah negar-negara ini boleh dikatakan diantara yang maju di dunia.

Tetapi isiu disini bukan untuk melihat tentang kejayaan beberapa orang Cina yang belajar di sekolah seperti itu, tetapi dengan hubungan kaum di Malaysia dan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Adakah sekkolah vernakular penting dan harus digalkkan? Kenapa ia diadakan?

Adakah sebab Melayu ketika itu lemah atau pelembut dan pemurah hati dan mahu mereka adakan sekolah sendiri? Adakah ini disebabkan Melayu ketika itu tidak fikir yang datang ke Malaya tidak akan hidup kekal dan mereka akan balik ke Negeri Cina mereka?

Apa agaknya akan berlaku kalau Melayu tidak benar sekolah Cina dan Tamil diadakan? Mahukah mereka terus tinggal di Malaya, dan balik ke Negeri Cina?

Kenapa negara berjiran dengan kita yang menerima kedatangan Cina dan India tidak benar sekolah khas mereka diwujudkan? Dan kenapa orang Cina di negara-negara seperti Indonesia, Filipina, Siam dan Myanmar tidak menempek dan merungut dan membantah?

Sebab jumlah mereka kecil.

Ini faktor yang membuat orang Cina di Malaysia rasa mereka penting dan besar sebab mereka berjumlah besar ketika itu.

Dan ini pula diperkuatkan dengan pegangan mereka pada ekonomi.

Jadi kalau jumlah mereka bertambah kecil dan pegangan mereka terhadap ekonomi di Malaysia bertambah kurang, tidakkah ini akan menjadi faktor untuk sekolah vernakular mereka ditutup akhirnya?

Ini mungkin boleh berlaku.

Sebabnya latarbelakang pengajian dalam aliran sekolah tidak penting untuk pengajian diperingkat tinggi. Itulah sebabnya kenapa ramai penuntut sekolah Cina menyambungkan pelajaran di sekolah kebangsaan di peringkat sekolah menengah dan di universiti.

Mereka tidak sambung pelajaran di sekolah menengah aliran Cina atau pergi ke universiti di Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina belajar dalam bahasa Mandarin.

Dan anak bukan Cina yang belajar di sekolah aliran Cina ini juga tidak berjaya. Mana dan siapa mereka yang telah berjaya?

Syarikat Cinapun tidak menerima mereka. Dan RTM juga menghadapi masalah besar untuk mendapatan seorang-dua pemuda Melayu atau India untuk membaca berita dalam bahasa Mandarin.

Yang tidak baiknya sekolah aliran Mandarin dan Tamil ini ialah ia telah membantukan pengajaran ramai anak-anak Cina dan Tamil yang akhirnya gagal di sekolah. Dan merekalah yang ramai bekerja di pasar dan di pusat membeli-belah yang tidak memerlukan pendidikan tinggi.

Ramai juga terlibat dengan kegiatan haram dengan menjalankan perniagaan haram seperti menjadi peminjam, pengedar cereka dan pelacuran dan sebagainya selain dari terlibat dengan kumpulan gangster.

Ini memang jelas dan tidak dapat dinafikan.

Dan anak-anak Cina dan India yang belajar di sekolah kebangsaan semuanya boleh dikatakan lebih maju berbanding dengan mereka yang belajar di sekolah vernakular. Mereka selesa dengan masyarakat Melayu dan lebih faseh dalam bahasa Melayu.




Tiada ulasan: