…USAHA
UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN DARI CENGKAMAN ZIONIS MASIH BELUM DILAKUKAN LAGI,
WALAUPUN TUJUH-PULUH TAHUN TELAH BERLALU, ZIONIS MASIH BERMAHARAJA-LELA.
Oleh
Mansor Puteh
Yang
pandai dan penipu boleh berjaya di Timur Tengah; yang bodoh dan bahlol akan
terus gagal.
Lebih-lebih
lagi kalau begitu banyak masa telah berlalu tetapi masalah di Timur Tengah
masih belum dapat diselesaikan walaupun masalahnya begitu remeh dan tidak boleh
kekal sekiranya Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahu guna
diplomasi dan lebih dari itu kebijaksanaan untuk selesaikannya.
Tujuh-puluh tahun dahulu masalah Timur Tengah tercetus dengan masalah remeh, dan ketika itu para intelek dunia boleh dikatakan sedikit dan tahab pemikiran mereka cetek.
Tetapi kenapa dalam dunia sekarang yang begitu canggih, dengan terdapatnya ratusan ribu, malahan puluhan jutaan para intelek dalam semua bidang tetapi masalah di Timur Tengah masih tidak diselesai secara berkelompok walaupun Amerika dan PBB enggan selesaikannya?
Dan yang
bodohnya ialah orang Palestin dan Arab serta Islam sendiri. Mereka telah
biarkan masalah ini berterusan dengan mereka sendiri mendapat kesan buruknya.
Sementara
itu Zionis dan Israel
masih kekal dan bertambah kukuh.
Masalahnya
ialah Palestin, Arab dan orang Islam dan penyokong mereka di Barat dan Amerika telah
mengguna cara bodoh bukan untuk membebaskan Palestin tetapi hanya untuk kecam
Zionis dan kadang-kadang Amerika dan CIA.
Atay mungkinkah
bangsa Palestin itu sudah lama dilaknat oleh Tuhan?
Kalau tidak kenapa semua sembahyang dan doa yang mereka telah lakuka selama tujuh-puluh tanah tahun ini tidak termakbul?
Sebaliknya,
lebih banyak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam, dan banyak bidang tanah
Palestin di Tebing Barat dan Terusan Gaza dirampas dengan sewenang-wenangnya,
tanpa orang Palestin dan Arab dapat berbuat apa-apa.
Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya boleh cemuh tindakan Zionis setiap kali Zionis rampas tanah Palestin dan bunuh rakyat Palestin tanpa dapat berbuat apa-apa.
Negara
Arab lain termasuk Malaysia
hanya dapat hantar pasukan sukarela untuk beri ubat dan makanan serta kemudahan
asas untuk rakyat Palestin yang dipinggir dan dicerderakan dengan yang telah
dibunuh ditanam dalam kubur tanpa nesan diserata tempat.
Inikah
sahaja nasib orang Palestin, sebuah bangsa yang telah lama dilaknat oleh Tuhan?
Masa
depan mereka lebih teruk sekarang berbanding dengan dulu.
Dan selama ini mereka tidak dapat cari jalan bijak untuk mengatasi kebodohan dan kekejaman Zionis tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Dan apa guna untuk mereka yang terus di disokong kuat oleh semua negara Arab lain yang bantu mereka, namun Palestin masih belum dibebaskan lagi, yang hanya boleh bantu sorak bersama mereka kecam Zionis dan beri bantuan kewangan yang diguna untuk bangunkan semula bangunan yang telah dirobohkan oleh Zionis, yang hanya akan dirobohkan semula dalam masa lima tahun akan datang?
Apa
salahnya dengan orang Palestin dan Arab? Mereka tidak ada kemampuan untuk
berfikir dengan bijak.
Apa
salahnya dengan orang Islam lain? Mereka juga tidak tahu cari jalan yang bijak
untuk menangani masalah ini, iaitu masalah Zionis yang kejam tanpa mengambil
tindakan yang sama kejam atau lebih bodoh dari itu.
Mereka
mengharapkan Amerika dan PBB untuk bantu mereka sedangkan Amerika dan PBBlah
yang menyebelahi Zionis sekian lama ini, dan mustahil untuk Amerika dan PBB
boleh bantu Palestin untuk selesaikan masalah mereka.
Tunjuk
perasaan, penganjuran seminar itu dan ini, semuanya tidak mendatangkan hasil.
Palestin masih dibawah cengkaman Zionis.
Inilah
kerja bodoh yang diguna oleh mereka di Yayasan Kepimpinan Sejagat Perdana atau
Perdana Global Peace Foundation.
Mereka
membelanjakan puluhan juta ringgit untuk anjur seminar atau persidangan sejak
2004 tetapi ia tidak mendatangkan sebarang kesan.
Masalahnya ialah mereka jemput orang yang tidak hebat dalam berpidato, yang hanya boleh bersorak dan bercakap panjang-lebar tentang kekejaman Zionis yang semua orang tahu.
Mereka
tidak beri pandangan yang baik yang boleh diguna untuk menentang tindakan jahat
dan kejam Zionis, sehingga Zionis boleh lumpuh.
Dan setiap kali serangan Zionis, ramai orang Islam lain akan melenting. Mereka hanya boleh anjur seminar kecam Zionis.
Mereka akan keluarkan tabung minta sedekah dari orang awam, dan kumpulan-kumpulan orang prihatin akan ke
Sudah
lebih tujuh-puluh tahun berlalu, tidak seinci tanah Palestin dapat dirampas
dari Zionis.
Yang
lebih teruk lagi lebih banyak kawasan Palestin dirampas oleh Zionis. Dan lebih
banyak bangunan orang Palestin termasuk masjid lama diroboh dan tempatnya
didirikan kawasan penempatan penyokong Zionis.
Orang Palestin sendiri mesti disalahkan; mereka belum bersedia menghadapi musuh utama mereka. Mereka masih bertelagah sesama sendiri.
Lebih
buruk lagi ialah apabila orang Palestin berperang sesama sendiri. Mereka tidak
tahu yang mereka itu telah dirasuk oleh Zionis dan CIA dan Mossad untuk
bercakaran untuk mereka menentang diri sendiri tanpa Zionis dan CIA serta
Mossad berbuat apa-apa.
Dan
kalau Hamas dan Fatah mahu bergabung, Zionis akan ambil tindakan untuk
menghancurkan harapan ini dengan mengguna pelbagai helah iaitu dengan membuat
orang Palestin dan Arab lain bergaduh sesama sendiri, bagi menghalang Hamas dan
Fatah bergabung.
Orang
Palestin dan Arab tidak tahu yang mereka telah dilaga-lagakan oleh Zionis, CIA
dan Mossad untuk memastikan negara mereka tidak aman dan maju.
Mereka dan
Amerika tidak mahu jatuhkan presiden Iraq ,
Saddam Hussein; mereka hanya mahu pastikan Iraq hancur.
Sebab
kalau Iraq
maju dan negara Arab lain turut maju, kedudukan ekonomi dan sosial negara
Zionis itu akan kelihatan mundur dikacamata orang Zionis sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan