Jumaat, 10 Oktober 2014

BILA ORANG MELAYU TIDAK KISAH, ORANG CINA KHUSUSNYAPUN MULA TUJUK SIKAP KURANG AJAR.

…DULU WANITA CINA BERPAKAIAN BAJU KEBAYA BILA BERHADAPAN DENGAN SULTAN ATAU YANG DIPERTUAN AGONG, TETAPI KINI DENGAN MEMAKAI PAKAIAN MENDEDAH AURAT.
Oleh Mansor Puteh



Dan berapa sangat orang bukan-Melayu khususnya yang telah mendapat penghargaan dari sultan-sultan atau gabnor yang menziarahi istana untuk beri penghormatan terakhir kepada sultan-sultan dan gabnor bila mereka mangkat atau meninggal dunia?

Beberapa orang sultan telah mangkat sejak beberapa tahun lalu tetapi jumlah orang Cina khususnya yang memberi penghormatan terakhir kepada baginda boleh dikira.

Mereka berduyun-duyun pergi ke istana bila dipelawa untuk terima darjah kebesaran yang besar maupun kecil.

Tetapi apabila sultan mangkat, mereka seperti tidak pedulikannya.

Dulu kalau wanita hadir acara yang dihadiri oleh kerabat diRaja, mereka berpakaian sopan, memakai ‘baju kebayu’ dengan selendang.

Wanita Cina juga memakai pakaian seperti itu atau pakaian yang sopan yang tidak menjolok mata.

Tetapi sekarang, mereka tidak peduli. Dan nampaknya pihak istana juga tidak peduli.

Jadi tidak hairan kalau isteri Lee Chong Wei berpakaian gown nipis dengan mendedahkan tangannya, sebagai pengantin dalam acara yang dihadiri oleh Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Dan tidak hairan pula kalau Michelle Yeoh, berpakaian gown dan dedahkan lengannya, bila dia menerima anugerah ‘life achievement’ atau ‘pencapaian seumur hidup’ dari Yang diPertuan Agong.

Ini amat menyedihkan, sebab mereka seperti tidak peduli kehadiran Yang diPertuan Agong lagi, tidak seperti dahulu.

Salah siapa?

Masyarakat Cina dulu sedar siapa mereka dan siapa kerabat diRaja, dan mereka beri penghargaan dengan memakai pakaian yang sewarjarnya.

Tetapi sekarang lebih ramai wanita Cina tidak peduli; mereka memakai apa sahaja yang mereka mahu, tanpa pedulikan kehadiran Yang diPertuan Agong.

Gambar Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Badlishah yang beri anugerah kepada Michelle Yeoh kelihatan seperti tidak ceria.

Baginda toleh ke arah lain dan tidak ke arah Michelle.

Masakan lelaki berugama Islam mahu lihat seorang wanita yang berpakaian seperti Michelle Yeoh?

Salahnya pihak yang menganjur acara itu dan juga pihak Istana, yang tidak beritau tentang pakaian yang sesuai yang boleh dipakai oleh wanita Cina khususnya yang mahu acara bersama kerabat diRaja supaya mereka tahu pakaian mana yang sesuai untuk dipakai.

Dulu semasa Michelle Yeoh menerima anugerah dari Sultan Perak, dia pakai baju kebaya dengan selendang yang dililit pada belakang badan. Dia kelihatan begitu sopan sekali.

Tetapi kenapa bila berhadapan dengan Yang diPertuan Agong, dia tidak guna budi-bicara dengan memakai pakaian yang sama sopan, walaupun bukan baju kebaya?

Mungkin wanita Cina itu mempunyai fikiran sedemikian sebab mereka lihat pemimpin Melayu sendiri tidak kisah dengan keadaan wanita Cina yang berpakaian separuh bogel seperti yang sering ditunjuk oleh Nicol David dan Pandadela Rinong yang boleh dianggap sebagai ‘hampir berbogel’ dikhalayak ramai.

Pemimpin Melayu dan isterinya tidak lagi fikirkan tentang ugama Islam; mereka telah menjadi taksub dengan nilai sokan yang mereka anggap lebih utama berbanding dengan nilai ugama.

Dan kalau pemimpin Melayu sendiri tidak segan-silu dan rasa bangga beri anugerah dan penghargaan kepada ahli sokan keturunan Cina, jadi apalah sangat kalau isteri Chong Wei dan Michelle memakai pakaian yang menunjuk lengan?

Dan Michelle diberi anugerah Tan Sri. Namun dia masih tidak faham cara istana dan cara berhadapan dengan sultan dan raja.

Mungkin dia sudah lama menetap dan berkerja di luar negara; tetapi tidakkah pihak istana boleh beri dia nasihat dan tunjuk ajar tentang bagaimana dia boleh memakai pakaian yang sesuai bila berhadapan dengan raja supaya orang lain tidak tuduh dia sebagai kurang ajar?

Mungkin dia tidak salah dalam hal ini.

Mungkin pihak berkenaan sudah mulai sedar tentang perkara ini dan saya dapat lihat dalam beberapa buah acara di istana terdapat hampir semua wanita yang ikut suami mereka untuk terima darjah kebesaran pilih untuk memakai baju kurung yang sesuai dan manis.

Tidak seorangpun wanita Cina yang berpilih untuk memakai pakaian cheongsam. Wanita India pakai sari mereka.

Bagaimanapun lelaki Cina dan India tidak pernah atau berani pakai pakaian tradisional mereka, tidak seperti dahulu apabila presiden MIC, Sambanthan sering memakainya.

Saya dapat tahu bahawa pakaian cheongsam sebenarnya bukan pakaian kebangsaan atau rasmi kaum Cina keturunan Han.

Isteri Lee Kuan Yew setiap hari pakai cheongsam. Dan mungkin dia juga tidak tahu yang pakaian ini bukan pakaian tradisional orang Cina keturunan Han seperti dia.

Ramai orang Cina sekarang juga tidak tahu tentang perkara ini.

Ramai pelajar perempuan Cina dan India di sekolah Melayu gemar pakai baju kurung, tetapi tidak seorangpun pelajar Cina dan India di sekolah vernakular Mandarin dan Tamil yang memakainya.






Tiada ulasan: