Jumaat, 21 Oktober 2011

MEDIA CINA DAN INDIA BOIKOT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU

Oleh Mansor Puteh


Saya rasa terkilan dan juga terkejut melihat akhbar Cina dan India di Malaysia tidak pernah membuat liputan tentang kegiatan seni dan kebudayaan Melayu seperti filem, muzik, drama pentas dan televisyen.

Adakah ini sengaja diadakan atau tidak?

Dan tidakkah ini juga boleh mencetuskan perbalahan diantara kaum Melayu dan bukan Melayu, kalau pembaca dan masyarakat Cina dan India tidak didedahkan kepada kebudayaan dan kesenian Melayu yang menjadi teras kepada pembentukan kebudayaan dan Bangsa Malaysia seperti yang sering dilaung-laungkan oleh ramai pemimpin bukan Melayu sendiri.

Yang anehnya ialah akhbar bukan Melayu ini lebih cenderung untuk mempromosi kebudayaan dan kesenian dari Hong Kong, Taiwan, Neger Cina dan India sahaja.

Tidakkah ini akan menyebabkan jurang pemikiran dan kebudayaan diantara orang Melayu dan bukan Melayu?

Ini mungkin salah satu punca berlakunya polarisasi kaum di negara sekarang.

Dan perhatikan Malam Seri Angkasa yang bakal diadakan hujung minggu ini; saya tidak yakin akhbar Cina dan India akan membuat liputan.

Mereka lebih cenderung untuk mempromosi apa yang berlaku dalam perusahaan filem dan televisyen dan muzik di negara Cina dan India sahaja.

Sudah tiba masanya Kementerian Dalam Negeri memberi arahan supaya mereka kurang mempromosi budaya asing dan mula mempromosi kebudayaan sendiri.

Dalam konteks ini saya ingin menyeru akhbar dan majalah Melayu tidak mempromosi kebudayaan dan kesenian dari Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina dan India sebab ia tidak menguntungan pemikiran pembaca dan masyarakat Melayu.

Tiada ulasan: