Khamis, 27 Oktober 2011

BERMULA DARI FILEM HANTU - UGAMA ISLAM DICEMUH OLEH MEREKA YANG TIDAK PEKA DENGAN UGAMA.

…MEREKA  YANG HANYA MAHU MERAIH KEUNTUNGAN DARI KEBENAKAN PENONTON DAN MEDIA YANG MENYOKONG USAHA MEREKA WALAUPUN IA MENGONGKONG NILAI UGAMA ITU SENDIRI.
oleh Mansor Puteh


 …Kenapa pegawai Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan jabatan ugama ‘takut’ kepada pengkarya filem?

Apa yang berlaku dalam industri filem di Malaysia sebenarnya telah berlaku di Amerika dalam tahun 1960an dahulu apabila pengkarya berani mencemuh pegawai lembaga penapisan dan tokoh ugama mereka.

Nilai kesenian dan peranan  pengkarya itu dikatakan oleh mereka di Amerika sebagai lebih diutamakan berbanding dengan nilai ugama.

Oleh sebab itu tokoh ugama di Amerika mengalah dan lama-kelamaan, masyarakat umum juga turut menolak nilai ugama dan akhirnya ugama mereka.

Itulah sebabnya kenapa terdapat banyak gereja lama kini terbiat dengan banyak lain dijuual untuk dijadikan masjid, restoran dan hotel.

Di Malaysia, tidak mungkin masjid akan mengalami masalah yang sama dan ia tidak akan dijadikan restoran atau hotel.

Tetapi yang jelas ialah terdapat banyak masjid yang lenggang pada waktu sembahyang. Ini yang nyata sekali.

Jadi dengan bertambah banyaknya penerbitan filem hantu, keadaan ini akan bertambah teruk lagi; sebab ia akan memupuk pemikiran tolak ugama bila pengkarya filem fikir mereka lebih penting dari tokoh ugama.

Dan yang menyedihkan sekali ialah tokoh ugama sudah mula mengalah. Dan pegawai LPF juga sudah mengaku kalah; mereka takut untuk mengharamkan filem-filem hantu sebab mereka takut mereka akan dicemuh oleh pengkarya filem dan masyarakat yang mahu menontonnya.

Jadi saya hairan kenapa perkara seperti ini berlaku walhal apa yang dibuat oleh pengkarya filem yang ghairah menerbit filem-filem jenis hantu tidak lain untuk meraih keuntungan dengan cara yang mudah.

Dan cara ini sebenarnya adalah cara yang tidak baik. Pembuatan filem-filem hantu tidak sepatutnya digalakkan dan filem seperti ini tidak ditayang di pawagam. Ia harus diharamkan.

Kenapa pegawai Lembaga Pengarah Filem (LPF) dan jabatan ugama takut dengan pengkarya filem?

Berdosakah mereka kalau mereka herdik dan hukum pengkarya filem yang menerbit filem seperti itu?

Kenapa LPF dan jabatan ugama takut dengan mereka?

Ini adalah tanda untuk menunjukkan ugama Islam dicemuh oleh orang Islam sendiri dan pihak berkuasa berpeluk tubuh dan biarkan mereka bermaharaja-lela.

Sebenarnya, bukan sahaja sebab dan tujuan orang Islam buat filem berbeza dengan yang bukan Islam, tetapi cara penghayatannya juga berbeza.

Ia tidak berbeza dengan cara kita makan dengan mereka.

Ada hukum halal dan haram yang harus diambil kira.

Dalam konteks ini, penapisan filem untuk penonton Islam mesti dibahagikan kepada dua sahaja iaitu yang haram dan yang halal.

Di barat ada filem dalam beberapa kategori semuanya akhirnya membenarkan pengarah filem mencemuh budaya dan juga ugama mereka sendiri.

Di Malaysia kini Lembaga Penapisan Filem (LPF) terikut-ikut dengan cara ini dan juga mempunyai kategori atau sijil yang tidak kurang memberi kesan yang sama dengan yang berlaku di barat, khususnya di Amerika.

Pengkarya filem di barat khususny di Amerika cemuh pegawai penapisan filem mereka, termasuk pemimpin ugama dan nilai ugama. Maka oleh sebab itu, mereka membenarkan filem-filem yang mencemuh nilai dan budaya mereka sendiri sehinggakan barat boleh dikatakan tidak dikuasai oleh pemimpin ugama tetapi pemimpin masyarakat yang rata-rata tidak pedulikan nilai dan ugama mereka sendiri.

Itulah sebabnya ugama dikalangan mereka di barat tidak dipentingkan.

Malangnya, Malaysia mendahului negara Islam lain yang mahu ikut cara yang dilakukan di barat dengan membenarkan pengkarya filem untuk mencemuh pemimpin masyarakat dan ugama yang seperti takut dengan mereka.

Dan tidak terkejut pula kalaiu pegawai LPF juga terikut-ikut dengan cara penapisan yang diamalkan di Amerika yang membenarkan semua filem ditayang di pawagam.

Tidak hairanlah kalau di Malaysia kini terdapat banyak pengkarya filem yang tertarik membuat filem hantu yang rata-rata menyanjung 'tokoh-tokoh' yang ditegah oleh ugama.

Tidakkah ini mempengaruhi kepercayaan penonton Melayu terhadap pegangan ugama mereka juga?

Lambat-laun penganut Islam di Malaysia akan didedahkan dengan pelbagai unsur anti-ugama seperti yang dapat dilihat dalam filem seperti itu dan ini hanyalah permulaannya.

Tentu untuk pengarah filem mencemuh ugama secara terang-terang adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Jadi mereka melakukannya dengan pelahan-lahan.

Mereka tidak akan berhenti dengan membuat filem hantu. Mereka akan meningkatkan tahab mereka dengan menunjukan babak anak muda Melayu minum arak, berpoya-poya dalam kelab malam (Seperti yang dilihat dalam filem 'KLIP 3G ' dan lain-lain termasuk siri drama televisyen siaran Ntv7, iaitu 'The Kitchen Musical' dimana watak-watak bekerja dalam sebuah restoran mewah. Mereka hidangkan masakan tidak halal dengan asyik berbincang tentang wain dan minuman keras.

Dan tidak hairanlah kalau Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang membenarkan pengarahnya membuat filem hantu, berbanding dengan negara-negara Islam lain yang mencegahnya.

Tidaklah hairan kalau Malaysia dicemuh oleh pengkarya fllem dan negara Islam lain kerana takut dengan kerenah pengarah filem mereka yang boleh menguasai pegawai penapisan filem dan jabatan ugama Islam sendiri.

Tiada ulasan: