Selasa, 1 November 2011

HARAPAN SIA-SIA DAN ANIH ISWAMI.

…DIA FIKIR MATAHARI TERBIT OLEHSEBAB DIA BERKOKOK.
Oleh Mansor Puteh


Perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia tidak mendapat munafaat dari kehadiran dan kewujudan Iswami – Ikatan Wartawan Malaysia dan Indonesia, maupun dari usaha kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Sebabnya mereka itu adalah orang yang tidak mempunyai banyak akal. Mereka guna cara diplomasi lapok.

Iswami bermimpi boleh mengatasi segala-galanya untuk mengatasi perbalahan diantara Indonesia dan Malaysia. …tindakan dan cadangan mereka tidak mungkin berkesan.

Malah kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia juga tidak tahu bagaimana hendak merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Mereka guna cara lama; bercakap dan bercakap tidak habis-habis.

Masalahnya ialah mereka hanya tahu bercakap dan berpeluk sedangkan rakyat kedua buah negara sudah bosan dengan gelagat seperti itu yang hanya menguntungkan mereka dan tidak rakyat jelata.

Mereka tidak tahu untuk guna Pertubuhan Negara-Negara Islam atau OIC dan ASEAN.

Malah mereka juga tidak tahu guna kedudukan rasmi mereka sebagai menteri.

Jadi, apa jadahnya Iswami mahu mencelah dan rasa yakin mereka boleh beri sumbangan untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara? Lupakan.

Ia adalah sekumpulan wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang sememangnya tidak pernah menunjukkan minat terhadap perhubungan diantara kedua buah negara.

Buktinya: Tidak seorang dari pegawainya pernah melawati negara masing-masing semasa mereka muda dulu, semasa mereka dalam bangku sekolah.

Alasan yang mereka ada mungkin sebab mereka tidak berkemampuan.

Tetapi kenapa setelah mereka meningkat dewasa dan mempunyai kemampuan dari segi wang dan masa, mereka tidak melawati negara masing-masing?

Tujuannya ialah untuk menunjukkan yang mereka berminat dengan perhubungan diantara kedua buah negara.

Ini mereka tidak lakukan.

Dan sekarangpun bila mereka datang ke negara masing-masing ia adalah atas lawatan rasmi. Dan kemungkinan besar mereka akan menginap di hotel besar dan menghadiri acara rasmi sahaja.

Siapa diantara mereka yang pernah menjelajah dari utara Sumatera hingga ke Bali atau dari Perlis hingga ke Johor Baru?

Jadi tidak hairan kalau kegiatan Iswami hanya untuk mereka berlagak penting dan menonjolkan diri sendiri.

Kemungkinan besar mereka akan diberi pengiktirafan dari negara masing-masing dengan mendapat jawatan lebih penting.

Tetapi malangnya perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia akan berada ditahab yang sama.

Malangnya semasa mereka beria-ia mahu rapatkan perhubungan, perbalahan terus tercetus.

Kali terakhir ini berlaku bila Laskar Merah-Putih (LMP) menunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ia adalah plot lama dengan slogan lama yang dilaong-laongkan oleh anak-anak gampang yang tidak tahu mengalah.

Mereka telah digalakkan oleh pihak tertentu di luar negara yang mahu melihat Malaysia dan Indonesia berbalah.

Adalah LMP mengatasi pemerintah Indonesia dan presiden mereka sendiri?

Malangnya, tidak seorang dari Indonesia yang pernah belajar dan bekerja di Malaysia yang telah mengambil tindakan untuk mencemuh LMP.

Olehsebab itu LMP dan kumpulan haram Bendera terus merusuh.

Mereka mencemuh ugama Islam mereka sendiri. Mereka mencemuh bangsa mereka sendiri. Mereka mencemuh pemerintah mereka sendiri. Dan mereka mencemuh cendiakawan mereka yang sepatutnya lebih pakar dalam bidang diplomasi.

Dalam masa sama Iswami hanya boleh berpeluk tubuh. Mereka hanya boleh berkumpul sekali lagi untuk menonjolkan diri sendiri.

Iswami adalah seperti ayam berkokok pada siang hari. Ia fikir matahari terbit oleh sebab kokok mereka.

Tiada ulasan: