Sabtu, 26 November 2011

SEPET TAK LAYAK MENANG FILEM TERBAIK

Oleh Mansor Puteh



Saya amat hairan kenapa filem yang lebih bercorak sebuah telemovie atau cerekarama seperti ‘Sepet’ boleh dinobatkan sebagai filem terbaik dalam pesta filem Malaysia baru lalu.
           
Filem ini sebenarnya tidak layak untuk diberi anugerah tersebut.

‘Puteri Gunung Ledang’ lebih merupakan sebuah filem dari sebuah cerekarama.

Dan lojiknya kalau seorang pengarah itu diberi anugerah pengarah filem terbaik, maka filemnya diberi juga anugerah filem terbaik.

Tetapi ini tidak berlaku.

Apa yang mahu ditanya oleh orang ialah: Kenapa Saw Tiong Hin menang sebagai pengarah filem terbaik?

Kalau dia hebat sebagai pengarah, tentu ia terbukti dalam filemnya.

Dan kalau filemnya tidak baik, maka dia juga tidak baik sebagai pengarah.

Oleh itu saya rasa tidak masuk akal ‘Sepet’ diberi anugerah filem terbaik.

‘Sepet’ sepatutnya telah dibatalkan penglibatannya dalam pesta filem ini sebab ia mempunyai nilai-nilai anti-Islam seperti menunjuk seluar dalam, pasangan Melayu yang tidur sambut berpeluk-peluk dan babi yang ditunjuk dalam sebuah babak.

Pesta Filem Malaysia sebenarnya mempunyai nilai lebih murni dan tidak melihat filem sebagai filem, tetapi lebih dari itu, iaitu filem sebagai karya seni yang bersih dan murni.

Dan saya juga rasa hairan kenapa Osman Ali diberi anugerah khas. Apa sebenar kejayaannya yang boleh dibanggakan?

Kedua-dua filem pendeknya cuma ditayang dibeberapa pesta filem antarabangsa tanpa memenangi sebarang anugerah penting.

Lagipun filemnya mempunyai tema yang negatif kepada orang Melayu dan Ugama Islam.

Ternyata ‘Sepet’ tidak bersih.

Walau apapun saya tidak peduli sangat dengan keputusan samada filem atau orang ini atau itu diberi anugerah dalam pesta filem lalu.

Sebab yang penting lagi ialah filem apakah yang boleh kita terbit di masa-masa depan.

Dan siapakah orangnya yang bakal menerbit filem Melayu/Malaysia yang boleh dibanggakan, yang mana boleh mendapat pengedaran di Amerika dan di dunia?

Lebih dari itu kita mahu tahu siapakah pengarah filem Melayu pertama yang boleh mendapat tawaran untuk mengarah di Hollywood.

Tiada ulasan: