…KENAPA NEGERI CINA TIDAK HALANG GADIS-GADISNYA DARI DARANG KE MALAYSIA WALAUPUN BEBERAPA RIBU GADIS MEREKA TELAH DIBERKAS?
Oleh Mansor Puteh
Ianya semua berpunca dari kesalahan urustadbir pengambilan pekerja-pekerja asing ke Malaysia oleh pejabat berkenaan di Malaysia dan Indonesia, Kambodia dan lain-lain negara sehingga masalah remeh-temeh timbul, walaupun ia telah dibuktikan bahawa tuduhan dari kerajaan Kambodia itu salah.
Tapi takkan sebuah kerajaan boleh buat kenyataan yang salah tanpa membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat betul?
Mereka bukannya sebuah pertubuhan NGO, tetapi kerajaan yang sah; jadi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan yang salah seperti itu.
Mereka bukannya sebuah pertubuhan NGO, tetapi kerajaan yang sah; jadi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan yang salah seperti itu.
Itu bukan satu kesalahan kecil tetapi besar yang boleh melibatkan perhubungan diantara kedua buah negara.
Lain pula kalau individu dan persatuan lain yang membuat kenyataan seperti itu; mereka boleh mengaku mendapat maklumat salah dan boleh juga mempunyai sikap tidak bertanggung jawab kalau mereka ada agenda sendiri untuk mengeruhkan perhubungan diantara Kambodia dan Malaysia .
Tetapi pemerintah Indonesia dan dan kerajaan Kambodia tidak sedar bahawa beberapa orang pekerja dari negara mereka yang bekerja di Malaysia yang telah dicederakan adalah majikan bukan Melayu. Mereka adalah Cina dan India .
Isiu seorang-dua yang mengalami masalah dijadikan penandaras untuk mereka bertindak sementara pengelaman manis oleh ratusan ribu pekerja lain mereka tidak diambil kira.
Atau tidakkah mereka sendiri sedar bagaiman mereka layan rakyat mereka sendiri sehinggkaan mereka hidup melarat, tidak ada sebarang pekerjaan yang menyebabkan mereka mahu tinggalkan negara mereka sendiri untuk datang bekerja di Malaysia ?
Ini yang menyebabkan Indonesia dan Kambodia berat mahu hantar atau benarkan wanita mereka untuk datang ke Malaysia bekerja sebagai pembantu rumah.
Majikan Melayu tidak pernah dilapor sebagai telah mencedera atau mendera pekerja-pekerja dari Indonesia dan Kambodia.
Tetapi tidakkah Indonesia , khususnya, sedar bahawa ada pekerja dari Indonesia yang telah terlibat dengan jenayah sehinggakan telah dihukum membunuh majikan mereka?
Semua kes jenayah yang telah dilakukan oleh pekerja dari Indonesia tidak dilaporkan di media di Indonesia ; yang dilaporkan hanya berita tentang jenayah yang dilakukan oleh majikan Cina dan India di Malaysia.
Yang tidak dilaporkan juga ialah majikan Melayu tidak mendera dan mencederakan pekerja dari Indonesia .
Tetapi berapa ramai pekerja dari Indonesia yang telah menipu majikan mereka di Malaysia dengan berlari dan bekerja di tempat lain secara haram?
Media dan pemerintah di Indonesia dan Kambodia pilih berita yang menyebelahi mereka. Mereka tidak ambil kira penipuan dan jenayah yang dilakukan oleh pekerja dari negara mereka.
Jadi kalau Indonesia dan Kambodia mahu henti menghantar pekerja-pekerja mereka ke Malaysia , mereka harus ambil kira fakta dan tidak hukum semua majikan di Malaysia .
Jangan benarkan pekerja mereka bekerja dengan keluarga Cina dan India sahaja, sebab kebanyakan atau semua kes jenayah melibatkan pekerja-pekerja dari negara itu bekerja dengan keluarga Cina dan India .
Yang penting untuk Indonesia dan Kambodia ambil kira ialah sanggupkah mereka lihat rakyat mereka menderita sebab mereka tidak berusaha untuk menwujudkan pekerjaan untuk mereka?
Tentu ramai mereka di Indonesia dan Kambodia yang mahu datang ke Malaysia untuk bekerja kalau mereka diberi kesempatan.
Dan kalau mereka dapat peluang, mereka juga sanggup terus menetap di Malaysia kalau mereka dapat kebenran.
Tentu ramai juga dikalangan mereka yang sanggup ambil kerakyatan Malaysia kalau mereka dapat peluang memiliknya.
Sebenarnya apa yang berlaku ialah Malaysia , Indonesia dan Kambodia tidak tahu bagaimana hendak mentadbir kedatangan pekerja-pekerja dari Indonesia dan Kambodia supaya mereka boleh bekerja di Malaysia dalam suasana yang tenang dan teratur.
Oleh sebab agensi yang terlibat itu tidak peka dengan faktor yang berkaitan dengan bidang ini, maka mereka telah gagal untuk mewujudkan suatu sistem pemantauan untuk menjaga supaya majikan tidak dera dan siksa mana-mana pekerja.
Dan sebaliknya juga sistem yang sama juga harus mengawasi tindak-tanduk pekerja-pekerja itu supaya mereka tidak menipu majikan sebab tentu ramai dikalangan mereka mahu cari alasan untuk datang ke
Tetapi kenapa Negari Cina tidak halang gadis-gadis mereka dari datang ke Malaysia walaupun ribuan dari mereka telah diberkas?
Masalah penangkapan gadis-gadis dari Negeri Cina di Malaysia boleh dihentikan.
Ini boleh berlaku diperingkat awal lagi bila mereka boleh dipantau dan tidak diberi visa untuk datang ke Malaysia sebab mereka tidak ada sebab untuk datang ke sini, kecuali untuk bekerja di pusat hiburan sebagai GRO.
Ada ramai juga orang dari Negeri Cina yang datang untuk mengemis. Mereka kebanyakanya OKU yang sudah pasti tidak ada sebarang sebab untuk datang ke Malaysia .
Jadi kenapa mereka dibenarkan datang ke Malaysia ?
Mereka sudah pasti tidak dapat pergi ke Singapura atau mana-mana negara lain di Tenggara Asia , sebab pemantauan dibuat oleh negara tersebut begitu ketat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan