Ahad, 20 November 2011

SEPET RABUN SINEMA DAN KETINGGALAN ZAMAN.

Oleh Mansor Puteh



Saya pergi ke pawagam di Mid-Valley dua minggu lalu untuk menonton filem terbaru Yasmin Ahmad berjudul ‘Sepet’ dan geleng kepala. Apakah ini filem biasa atau sebuah filem berbau pornografi dan lucah? Filem ini harus diharamkan.

Tidak terkejut bila filem ini menghadapi masalah dengan ahli lembaga penapisan filem (LPF). Filem ini terpaksa dikerat dibeberapa bahagian sebelum ia dapat ditayang di negara.

Apa yang berlaku sebenarnya boleh dielakkan kalau pengarah filem berkenaan faham dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia dan peka dengan peraturan dan undang-undang negara berkaitan dengan pembuatan filem.

Kalau mereka telah mengkajinya tentu masalah diantara LPF dan pengarah filem tidak timbul.

Soalan yang saya mahu tanyakan ialah: Kenapa pengarah filem yang sama sahaja yang menghadapi masalah yang sama dengan LPF setiap kali dia terbitkan sebuah filem? Saya tidak pernah menghadapi masalah seperti itu dengan LPF.

Sebenarnya adalah menjadi hasrat yang tidak diluahkan oleh mana-mana pengarah tempatan kebelakangan ini - untuk mencetus kontroversi atau perbalahan ikutan dari filem mereka diharam atau dipaksa dipancong.

Ini sahaja kontroversi yang berlaku sekelilling filem ‘Sepet’ dan ini telah menyebabkan sekumpulan orang awam terpedaya untuk mahu menontonnya - bukan oleh sebab mereka suka dengan filem ini tetapi semata-mata untuk menonton filem yang pelik dan sumbang.

Kalau filem ini dibenar untuk ditayang, tentu ia tidak akan mencetuskan sebarang kontroversi dan bila ia ditayangkan ia akan mendapat sambutan dingin.

Jadi, jangan hairan kalau dimasa-masa depan pengarah filem ini iaitu Yasmin Ahmad atau mana-mana pengarah filem tempatan lain akan sengaja membuat filem-filem yang bukan-bukan semata-mata untum mencetuskan perbalahan semata-mata untuk menarik perhatian media Inggeris dan masyarakat di Lembah Kelang untuk menontonnya.

Trend dalam perusahaan filem sekarang ialah: Kalau tersalah buat filem yang mempunyai nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama, jangan salahkan diri sendiri; salahkan orang lain atau khususnya LPF.

Tanpa kontroversi seperti itu, filem-filem janggal dan sumbang tidak akan dapat menarik perhatian.

Heboh juga filem ‘Sepet’ dibenar untuk ditayang seluruhnya di Singapura. Tetapi Singapura memunyai lembaga penapisan filem yang mempunyai nilai sosial, kebudayaan dan ugama yang lain.

Tentu mereka tidak keberatan untuk membenar penayangan filem ini sebab ia bukan tentang masyarakat Melayu di Malaysia tetapi di Malaysia.

Kalau ia tentang masyarakat Melayu di Singapurapun, mereka tidak akan menghalangnya sebab nilai ugama mereka lain.

Mana-mana pengarah filem di Malaysia boleh buat vidio yang boleh ditayang di Malaysia tetapi diharam di Singapura dan ini boleh membuktikan bahawa LPF di Singapura tidak terbuka.

Tetapi ada filem tempatan mereka sendiri yang pernah diharam atau disuruh pancong di beberapa bahagian sebelum ia dibenar untuk ditayang tetapi ia boleh mendapat kelulusan oleh LPF di Malaysia.

Jadi, tidak ada perlu untuk Yasmin dan penulis lain di Malaysia mengembar-gembur tentang berapa ‘luasnya pemikiran’ pihak di Singapura berbanding dengan LPF kita sendiri.

Kalau saya ada kuasa, saya sudah haramkan filem ‘Sepet’ dan tidak benarkan pengarahnya dari mengarah filem lain. Saya mahu tanya kenapa pakai tudung kalau dia masih sanggup membuat filem semi-lucah seperti itu?

Ini karyanya yang kedua. Filem pertamanya yang lebih berbentuk cerekarama mempunyai unsur-unsur anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama. Dan ‘Sepet’ mempunyai nilai yang sama.

Yang menghairankan ialah filem ini tidak dibuat oleh pengarah filem lelaki Melayu berugama Islam, tetapi perempuan.

Biasanya orang fikir pengkarya filem perempuan itu mempunyai nilai sosial, kebudayaan dan ugama yang lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki. Tetapi ini jelas tidak benar. ‘Sepet’ mendokong nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama.

Sebenarnya filem seperti ‘Sepet’ ini ketinggalan zaman.

Ia adalah jenis filem yang dibuat di Amerika dalam tahun 1960an, 1970an dahulu oleh pengarah filem di Amerika yang sengaja mahu melanggar nilai sosial, kebudayaan dan ugama dengan menampilkan adegan dan watak-watak sumbang semata-mata untuk tujuan provokasi.

Dan kisah percintaan diantara lelaki Cina dan gadis Melayu sebenarnya adalah cerita lapuk di Malaysia. Ia adalah sama seperti filem Hollywood ‘Guess who’s coming to dinner?’ yang mengisahkan tentang percintaan diantara seorang lelaki Afro-Amerika dan gadis berkulit putih.

Sekarang kisah percintaan diantara pasang berbeza kaum di Amerika dan Malaysia adalah perkara lapuk.

Namun demikian ini tidak boleh menghalang pengarah filem tempatan untuk menghasilkan sebuah filem yang baik.

‘Sepet’ gagal sebab ia tidak menampilkan isiu yang baru dan berbeza serta unik. Terdapat adegan dan watak yang sengaja diadakan seperti watak sumbang dengan perbuatan sumbang mereka.

Ini sebenarnya merupakan satu trend terdapat dalam kedua buah filem Yasmin dimana beliau gemar menampilkan adegan dan watak sumbang.

Dalam ‘Rabun’ dia rasa bangga menampilkan pasangan Melayu yang berusia dalam lingkungan 70an yang masih mandi bersama dan lain-lain.

Oleh itu saya berpendapat bahawa ‘Sepet’ bukan sebuah filem baik. Ia tidak mendokong nilai murni, tetapi nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama.

Mungkin ada sebilangan kecil orang yang dianggap ‘liberal’ atau mempunyai minda yang luas yang boleh menghayatinya. Merekalah yang telah memujikannya.

Tetapi apakah saya kolot dan tidak bertamaddun? Saya bukan sahaja tidak suka filem ‘Sepet’ dan ‘Rabun’ tetapi saya bencinya.

Saya rasa filem-filem seperti ini cuma boleh dihasilkan oleh seorang pengarah yang tidak mempunyai pemikiran yang matang; dia cuma mahu memprovokasi masyarakat dan penonton dan ahli LPF sahaja.

Dia tidak peka dengan nilai murni masyarakat kita dan mahu dokongnya.

Lebih dari itu pengarah ini seperti tidak menonton banyak filem yang dihasilkan di luar negeri atau telah membuat pengajian menyeluruh dalam bidang perfileman.

Ini sering berlaku kepada pengarah-pengarah filem di Malaysia dan di mana-manapun yang menceburkan diri mereka ke dalam bidang pengarahan filem tanpa mempunyai ilmu mendalam.

Mujur LPF telah meletakkan peraturan-peraturan tertentu; kalau tidak, tentu filem ‘Sepet’ dan ‘Rabun’ akan mempunyai adegan dan watak-watak yang jauh lebih sumbang dari apa yang terdapat.

Dalam filem ‘Sepet’ terdapat pasangan yang mengeliat atas katil, menari secara lucah sehingga si lelaki terlondeh kainnya dan tunjukkan seluar dalam; sekumpulan wanita berkemban; gadis Melayu pergi ke restoran Cina dan hampir tersentuh dengan daging babi.

Sebenarnya Yasmin tidak mahu lelaki Cina itu berkahwin dengan gadis Melayu dan matikannya dalam satu pelanggaran. Sebabnya ialah dia tidak mahu lelaki Cina itu masuk Islam.

Ramai orang berkata Yasmin telah menghasilkan beberapa vidio Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali yang mendapat sambutan hangat dikalangan penonton di televisyen. Tetapi tidakkah ia telah dikecam sehinggakan vidio itu ditarik, sebab ia tidak menunjukkan kepekaan terhadap masyarakat Melayu, Cina dan India.

Yasmin untung sebab beliau mempunyai rakan rapat di media bahasa Inggeris yang telah memberi publisiti meluas dan mahu menyokong serta mempertahan filem dan dirinya.

Tetapi malangnya apa yang mereka telah tulis tentang ‘Sepet’ dan isiu berbangkit semuanya cetek dan hampir sama. Ini membuktikan bahawa pengkritik dan pengulas filem tersebut bukan pakar dalam bidang perfileman. Pendapat mereka tidak boleh pergi jauh. Malah tidak seorangpun diantara penulis itu telah menampilkan diri mereka dalam forum terbuka supaya pendapat mereka boleh dipertikaikan.

Tiada ulasan: