Oleh Mansor Puteh
Saya ingin beri sedikit pandangan tentang artikel yang disiar dalam akhbar mengena terdapat banyak filem tempatan yang kian mendapat sambutan di luar negara.
Tetapi kenapa filem, muzik dan rancangan televisyen dari Malaysia masih tidak disenangi oleh negara asing?
Malah ia masih tidak diterima oleh Indonesia yang masih tidak menyiar rancangan televisyen dari Malaysia walhal stesen televisyen di Malaysia yang sering menyiar rancangan mereka walaupun drama televisyen mereka hampir semuanya jenis yang bodoh sekitar percintaan remaja oleh golongan atasan yang berlagak seperti orang asing dan bukan orang Indonesia .
Rancangan drama televisyen dari Indonesia yang disiarkan di Malaysia boleh dikatakan bodoh-bodoh belaka dengan watak-watak berlagak seperti orang yang berada tetapi yang mempunyai jiwa kosong.
Walhal keadaan sebenarnya adalah jauh berbeza dari itu. Ramai orang Indonesia menetap di Malaysia merempat berbanding dengan watak-watak Indonesia dalam televisyen yang hidup mewah.
Sebenarnya filem Malaysia sudahpun sering dijemput ke pesta filem antarabangsa tetapi malangnya ia tidak mendapat publisiti meluas seperti filem sekarang.
Ia bukan boleh dijadikan kayu pengukur untuk menyatakan bahawa filem dari Malaysia akhirnya telah diterima oleh pesta filem antarabangsa.
Dulu ia kerap berlaku tetapi malangnya sekarangnya ia sudah lesap dengan pengarah-pengarah filem bebas dan kecil menghilangkan diri.
Masalahnya ialah mereka tidak dapat berkembang; mereka ketandusan idea dan tidak dapat menghasilkan filem-filem baru.
Malangnya juga mereka kini sudah kepenatan dan tidak dapat menghasilkan karya baru yang lebih hebat dan penting.
Mereka melenting masuk ke dalam dunia perfileman dan sekarang mereka sudah menghilangkan diri.
Jadi adalah tidak benar kalau ada orang fikir filem tempatan baru mendapat tempat di luar negera.
Lagipun sekarang ini pesta filem antarabangsa nampaknya seperti berminat dengan filem tempatan sebab nama Malaysia sebenarnya telah mulai harum bukan sahaja dalam bidang perfileman tetapi pada keseluruhannya.
Penampilan Malaysia dan nama beberapa pemimpin seperti bekas perdana menteri telah membuat pihak pesta filem tertarik.
Namun demikian kita tidak harus lupa bahawa kebanyakan pesta filem ini bukanlah pesta yang dianggap penting atau besar. Dan kemenangan itu bukan sesuatu yang boleh digempar-gempurkan tanpa mengambil kira banyak faktor.
Kemenangan dalam pesta filem sebenarnya tidak membawa sebarang erti kalau ia tidak disertai dengan tawaran untuk mengarah filem baru dari pihak tertentu.
Kalau ini tidak berlaku apalah gunanya menang anugerah kalau setakat membawa balik tropi dalam bentuk logam, kristal dan kaca?
Ramai pengarah filem dari negara lain juga sudah menang banyak angerah termasuk dari pesta filem penting tetapi mereka masih mengemis minta bantuan untuk menghasilkan filem baru.
Dan seperkara yang kita harus ambil kira juga ialah beberapa buah filem dan cerekarama tempatan seperti ‘Min’, ‘My Beautiful Washing Machine’ misalnya tidak memaparkan Malaysia yang kita tahu.
Ia adalah ‘Chinatown Videos’ tentang masyarakat pendatang Cina di Malaysia tentang sekumpulan masyarakat Cina di Malaysia yang terpinggir.
Malah, mereka yang meminggirkan diri mereka sendiri di Tanah Melayu dan mereka masih tidak dapat terima nasib malang mereka berada di sini.
Mereka seperti mahu menyalahkan nenek-moyang mereka sebab telah datang ke Tanah Melayu yang menyebabkan mereka turut berada di sini, di sebuah negara asing buat mereka.
Mereka tahu mereka tidak boleh bersepadu dengan masyarakat tempatan, jadi mereka hidup terpinggir selama yang boleh sehingga orang Melayu mengelillingi mereka di semua suduh.
Dan dokumentari vidio Amir Muhammad berjudul, ‘A Year of Living Vicariously’ dan dokumentari Naguib Razak berjudul, ‘Glass Enclosures: Tokyo Invisible’ bukan tentang Malaysia tetapi Indonesia dan Jepun, iaitu dari sudut pandangan Malaysia .
Ini tidak salah, sebab ia hanya mencerminkan keadaan dimana ramai orang Melayu sudah mula menggembara dan hidup diperantauan dan mereka dapat melihat keadaan di negara luar untuk menghasilkan karya mereka.
Kedua dokumentari ini tidak mempromosi Malaysia tetapi negara asing.
Kita harus ambil kira cerita dalam penerbitan sebelum kita puji. Kalau tidak kita juga kena rasa bangga dengan kejayaan pengarah filem keturunan Cina dari Malaysia yang membuat filem di Taiwan yang telah menang anugerah filem terbaik di Toronto .
Banyak cerekarama yang telah diterbit sebenarnya boleh ditayang di pesta filem luar negeri tetapi pengarah dan penerbitnya tidak mahu menghantarnya ke sana .
Akhirnya, jangan lupa bahawa orang yang membuat vidio berharga murah, tidak semestinya boleh buat filem yang berharga lebih mahal untuk pasaran umum, sebab pemikiran mereka tidak sama.
Ramai orang yang buat filem pendek terus buat filem seperti ini dan takut buat filem cereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan