Jumaat, 2 Disember 2011

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PERFILEMAN PALING PENTING DI DUNIA ISLAM DAN DUNIA KETIGA dan PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL.

Oleh Mansor Puteh


PENGENALAN:

Kertas kerja ini ditulis berdasarkan kertas kerja yang saya telah bentangkan di First International Muslim Filmmakers’ Conference di Tehran, Iran dalam tahun 1994 dan di Khalil Sakakini Cultural Center di Ramallah, Palestine dalam tahun 1999 berjudul, ‘MUSLIM CINEMA AS ANTI THESIS TO HOLLYWOOD’ atau ‘SINEMA MUSLIM SEBAGAI PENCABAR KEPADA HOLLYWOOD’.

1     DUNIA ISLAM YANG TIDAK LENGKAP: MASYARAKAT ISLAM YANG TIDAK SEMPURNA.

Dunia Islam dan Dunia Ketiga tidak lengkap dari banyak segi. Oleh sebab itu umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan Barat hidup melarat dari segi kerohanian dan cara hidup serta pegangan nilai.

Jadi tidak hairanlah kalau ada wanita Melayu/Islam yang bertudung, tidak tinggal sembahyang yang sanggup benarkan anak gadis kecilnya mengambil bahagian dalam bidang sokan yang memaksa gadis kecil itu memakai pakaian separuh bogel untuk ditonton di televisyen, semata-mata untuk membolehkan dia menang pingat dalam sokan gimnastik.

Dan tidak hairanlah kalau ramai gadis Melayu/Islam yang menuntut di universiti yang beria-ia serta melenting menonton rancangan hiburan yang rata-rata tidak mendatangkan faedah, selain untuk memberi keuntungan kepada stesen televisyen swasta.

Sebabnya ialah, mereka tidak ada pilihan dan mereka seperti digalak oleh puak ulamak yang telah membenarkan rancangan seperti ini untuk terus diadakan, tanpa memberi sebarang pandangan atau kecaman. Yang menyedihkan sekali ialah rancangan-rancangan ini diterbit oleh orang Islam dan pesertanya keseluruhannya adalah orang Islam dan penontonnya juga orang Islam. 

Dan walaupun gadis Islam telah diharamkan dari mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, yang saya kata, ratu perasaan cantik, tetapi stesen televisyen dan majalah telah terus mengadakannya dengan mengguna format lain.

Dan seorang gadis India Muslim telah dipilih Miss Malaysia Indian baru-baru ini. Perbuatan beliau itu menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Yadim sendiri. Saya harap tindakan dapat diambil ke atas penganjur dan pemenangnya.

Kita sudah mempunyai banyak fasarana seperti jalanraya, bangunan diantara yang tertinggi di dunia. Dan kita juga sudah mempunyai ramai tokoh penting dalam bidang politik, kepimpinan lain dalam bidang sains, teknologi dan sebagainya.

Tetapi kita masih tidak mempunyai satu sinema yang kukuh.

Selagi kita tidak mempunyai sebuah sinema yang kukuh, kita tidak boleh dianggap sebagai sebuah daerah di dunia yang penting.

Dan daerah kita sebenarnya bukan sahaja di Malaysia ataupun di Nusantara Melayu, tetapi di
seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
Itulah sebabnya kenapa Dunia Islam masih dilihat sebagai terkebelakangan.

Dan Umat Islam juga boleh dianggap sebagai tidak pernah bersatu.

2          SINEMA MUSLIM atau NEW MUSLIM CINEMA:

Sebabnya ialah kita tidak ada alat perhubungan seharian yang mengambungkan kehendak dan perasaan umat yang hanya boleh dilakukan dengan adanya sebuah sinema, iaitu Sinema Muslim.

Sinema Muslim boleh menyatukan Umat Islam di seluruh Dunia Islam dan dengan masyarakat di Dunia Ketiga lain.

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menubuhkan Sinema Muslim ini.

Tujuannya bukan sahaja untuk menerbit filem dan rancangan televisyen untuk ditayang di pawagam dan televisyen kita, tetapi lebih dari itu ia boleh mengabungkan segala hasrat dan kehendak kita, dalam bentuk filem dan rancangan televisyen.

Skiranya ini tidak dapat dilakukan, maka kita akan terus jadi hamba kepada pengedar barangan ini dari Amerika, Hong Kong, India, Amerika Selatan dan Siam dan ngara-negara lain.

Dan seperti yang kita semua tahu, rancangan yang mereka terbitkan itu bukan tentang kita. Malah ia memupukkan nilai bukan Islam dan anti-Islam.

Jadi, apa yang telah berlaku ialah, kita buka stesen televisyen dan radio dan buka pawagam di seluruh negara semata-mata untuk menyebar dakyah anti-Islam kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan di mana-mana ada masyarakat Islam.

Kita semua berdosa sebab kita sudah menjadikan diri kita agen  kepada pihakp-pihak yang menyebar nilai dan budaya anti-Islam di televisyen, pawagam dan dalam bentuk cereka yang dijual dengan murah di pasar malam dan kedai-kedai lain.

Saya rasa hairan sebab tidak seorang pemimpin Dunia Islam terfikir tentang pentingnya bidang perfileman. Mereka juga telah terpengaruh dengan pemikiran bahawa bidang ini tidak penting; ia adalah haram dan tidak harus digalakkan.

Memang bidang ini boleh dianggap sebagai haram, kalau ia diguna dengan salah. Tetapi kalau ia boleh digunakan dengan betul, ia boleh mendatangkan kebaikan, dan sesiapa yang buat filem yang boleh menguatkan iman dan akidah serta merapatkan perpaduan Umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam, maka ganjarannya adalah besar. Dia dapat pahala dan bukan dosa.

Saya juga hairan kenapa pertubuhan Islam seperti Yadim dan lain-lain termasuk para ulama tidak pentingkan bidang perfileman dan kesenian lain dan mahu fikirnya sebagai tidak berguna untuk membentuk keperibadian Umat Islam dan menjadi bahan untuk menyebar nilai murni Islam serta mencerminkan masyarat Islam yang sebenarnya.

Tetapi tidakkah mereka dapat lihat di pawagam dan televisyen khususnya yang memaparkan masyarakat Islam di kalangan muda yang beria-ia mahu jadi seperti orang yang tidak berugama? Tidakkah para ulama ini sedar dan tahu kenapa mereka sudah jadi begini?

Tentu ada sebabnya.

Sebabnya ialah pertumbuhan di Malaysia dan di Dunia Islam khususnya tidak dibuat secara menyeluruh. Ia cuma menekankan kebendaan dan tidak dari segi kebudayaan dan kemasyarakatan serta cara hidup yang bersih.

Jadi, sekiranya seluruh Dunia Islam mahu diIslamkan secara betul, salah satu caranya ialah untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim supaya filem-filem dan rancangan drama televisyen kita dapat ditayang di semua pawagam kita di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, supaya kita tidak perlu untuk membeli filem dan rancangan televisyen dari Barat atau negara-negara bukan Islam lain.

Salah satu sebab kenapa kita tidak mempunyai pemikir dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta keilmuan ialah oleh sebab kita telah menjatuhkan tahab kita ke tahan penerima dan bukan tahab pemimpin dalam semua bidang termasuk perfileman, kebudayaan dan kesenian.

Dan dengan tidak mempunyai Sinema Muslim, kita juga telah memberi peluang pekerjaan kepada orang bukan Islam untuk membuat filem dan rancangan televisyen, walhal kita mempunyai kepakaran untuk menghasilkannya.

Akhirnya kisah kepahlawanan dan ketokohan Umat Islam tidak sampai ke layer perak dan layer televisyen; yang sering ditayangkan adalah tentang kehebatan orang bukan Islam, termasuk watak kartun mereka yang telah menjadi sanjungan anak muda Islam.

Jadi saya ingin sarankan supaya Yadim dan kerajaan Malaysia cari jalan untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim dan Malaysia boleh jadi pusat paling penting di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.

3          PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL:

Dan saya juga ingin bantu Yadim dan kerajaan untuk menganjor sebuah pesta filem khas bernama PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL untuk mengangkatkan tahab pembuatan filem kita serta pembuatnya supaya mereka dikenali di seluruh Dunia Islam.

Dengan adanya pesta filem pertama ini, ia boleh menjadi pemangkin kepada penubuhan Sinema Muslim.

Kalau kedua-dua cadangan ini tidak dapat dilaksanakan, iaitu Putrajaya World Muslim Film Festival dan Sinema Muslim or New Muslim Cinema, maka Umat Islam dan seluruh Dunia Islam sendiri
akan terus terpinggir.

Dan Umat Islam tidak akan dikatakan wujud di muka bumi ini dan peranan mereka atau kita tidak lain sebagai parasit (parasite) kepada perkembangan dakyah Barat atau anti-Islam. Dan kita cuma hidup untuk menajdi agen untuk memajukan hasrat mereka.

Itulah sebabnya kenapa kita tidak penting di dunia. Sebab kita tidak ada imej sendiri. Imej tentang kita sebenarnya dicipta oleh Barat yang mempunyai niat sendiri untuk menjadikan kita masyarakat dan dunia yang mundur.

Tidak ada guna lapangan terbang canggih dan bangunan paling tinggi di seluruh dunia, kalau imej Umat Islam tidak wujud di muka bumi, dan kalau beratus juta umat Islam lain hidup kais pagi, makan pagi, dan tidak mempunyai rumah sendiri dan terus tinggal dalam pondok usang dibuat dengan zink dikutip dari tempat buangan sampah.

Dan tidak ada gunanya untuk kita banggakan pertumbuhan ekonomi negara walhal, pertumbuhan ekonomi itu bukan ekonomi umat Islam tetapi bukan Islam.

Dunia sudah berkembang, tetapi Dunia Islam masih mundur.

Dan tidak ada salahnya kalau ada pengarah filem Melayu/Islam buat filem yang mempunyai nilai anti-Islam sebab mereka mahu dapat pengiktirafan dari pesta filem di Barat yang suka tonton filem seperti itu, sebab pengarah filem kita tidak mempunyai pesta filem khas untuk memberi penghargaan kepada filem-filem yang memupuk nilai murni Islam.

Akhir sekali, saya ingin tegaskan perpaduan Umat Islam di Malaysia, di Nusantara Melayu dan di seluruh Dunia Islam dan perkembangan Islam di seluruh dunia kini terletak di tangan pengarah filem, dan bukan pemimpin politik.

Kalau ia terletak di tangan pemimpin politik, sudah lama Umat Islam sudah bersatu, dan sudah lama pula Dunia Islam maju – lebih-lebih lagi dengan adanya Pertubuhan Dunia Islam atau OIC.

Tetapi ini tidak berlaku.

Ia tidak boleh berlaku sekiranya kita tidak mampu untuk menubuh Sinema Muslim atau the New Muslim Cinema dan anjur Putrajaya World Muslim Film Festival.

4     PENGKARYA FILEM MUSLIM SEBAGAI PENDAKWAH BUKAN PEMUSNAH NILAI ISLAM:

Pengarah filem Islam boleh dijadikan agen anti-Islam, tetapi mereka juga boleh dijadikan khalifah seni untuk menyebar dakyah Islam dan nilai murni Islam di seluruh dunia. 

Pemimpin politik dan ugama Islam boleh pilih untuk jadikan pengkarya filem Islam sebagai pendakwah Islam atau pemusnah nilai Islam.

Kalau mereka terus tidak berbuat sesuatu, iaitu untuk membantu saya menganjor Putrajaya World Muslim Film Festival dan sama-sama wujudkan Sinema Muslim atau New Muslim Cinema, jangan salahkan kalau ada pengkarya filem Melayu atau Islam yang mahu jadikan diri mereka pemusnah nilai Islam dengan membuat filem-filem yang memupuk nilai anti-Islam. 

Dan cara mendakwah bukan lagi dalam bentuk mengadakan ceramah seperti yang dianjurkan oleh RTM yang pada saya tidak bermakna dan tidak berkesan sebab ia tidak memajukan pemikiran dan mencetuskan idea baru.

Caranya ialah untuk mengguna media baru seperti filem, televisyen dan media.

Saya berharap Yadim tidak akan menolak kehadiran pengkarya filem Melayu/Islam di Malaysia dan anggap mereka sebagai sampah masyarakat. Mereka boleh dijadikan sampah, atau pejuang Islam – khalifah seni setaraf dengan ustaz lain yang mempunyai pengkhususan dalam ugama tetapi bukan dalam bidang-bidang lain termasuk filem, dan terima pandangan dan pendapat mereka. 
            Akhir sekali, sekira Dunia Islam pinggirkan bidang perfileman, selagi itu Dunia Islam akan terus berkucar-kacir dan Umat Islam tidak bersatu.
            Kuasa filem atau sinema itu kuat dan ia mesti diguna untuk kebaikan kita – untuk menyatukan Umat Islam dan memadukan segala tenaga untuk kebaikan bersama.
            Malah saya berani berkata KUASA FILEM lebih kuat dari KUASA NUKLEAR.
            Dunia Islam tidak dibenar untuk memiklikki Kuasa Nuklear sebab ia adalah senjata untuk musuh Islam, tetapi kita boleh mempunyai dan memilikki KUASA SINEMA.

Wallahuallam. 

Tiada ulasan: