Khamis, 8 Disember 2011

PELAJAR SEKOLAH CINA TIDAK SEPATUT DAPAT BIASISWA KERAJAAN.

Oleh Mansor Puteh





Saya ingin menarik perhatian pembaca Utusan dan orang awam tentang terdapatnya beberapa pelajar keturunan Cina yang telah belajar di sekolah kebangsaan jenis Cina, yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.

Saya rasa hairan kenapa mereka merungut bila mereka gagal untuk mendapat biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) atau mana-mana agensi kerajaan.

Sepatutnya pelajar-pelajar cemerlang ini tidak layak untuk mendapat sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari JPA atau mana-mana agensi kerajaan, sebab mereka tidak percaya dengan pendidikan kebangsaan dan berpilih untuk belajar di sekolah swasta aliran Cina, kononnya mereka boleh belajar dengan bebas dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Jadi setelah mereka berjaya, mereka juga seharusnya menadapat bantuan dari sekolah aliran Cina atau mana-mana agensi Cina lain, untuk membiayai pelajaran mereka dan tidak mengharapkan dari JPA atau mana-mana agensi kerajaan.

Sekiranya kerajaan tidak ambil tindakan seperti ini, tentu satu masa nanti, lebih ramai pelajar dari aliran Cina dan India yang akan mendapat ganjaran dari JPA walhal ia adalah untuk menggalak pelajar dari sekolah kebangsaan.

Cuma dengan mengenakan syarat seperti ini kerajaan boleh galak lebih ramai ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan atau Sekolah Wawasan dan tidak ke sekolah aliran Cina dan India.

Kalau ibubapa Cina dan India mahu bebas hantar anak mereka ke sekolah Cina dan India, mereka juga sepatutnya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari JPA atau agensi kerajaan untuk mendapat biasiswa.

Tiada ulasan: