MASUK DAN KELUAR ISLAM - HINA DIRI SENDIRI DAN ISLAM.
Oleh Mansor Puteh
Saya rasa terkilan setiap kali membaca ada orang bukan Islam masuk Islam - semata-mata untuk berkahwin dengan gadis Islam.
Tetapi bila mereka bercerai atau perkahwinan mereka tidak berpanjangan, mereka tinggalkan isteri berugama Islam mereka dan Ugama Islam itu sendiri.
Ini sebenarnya adalah satu tindakan dan sikap yang tidak baik. Mereka guna Islam untuk kepentingan diri sendiri dengan niat tidak mematuhi Ugama Islam. Mereka sepatutnya harus dihukum sebab telah menghina Islam.
Islam bukan sebuah ugama yang boleh diguna dan dimempermain-mainkan oleh sesiapa; kalau mereka mahu masuk Islam, mereka tentu sudah sedar akan tanggung jawab mereka, dan mereka tidak boleh tinggalkannya dengan sesuka hati dan bertindak untuk mempersendakan hukum Islam.
Sudah tiba masanya untuk Jabatan Ugama Islam beri nasihat secukup-cukupnya kepada mereka yang mahu masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan gadis atau wanita Islam akan tanggung jawab yang harus mereka jaga kalau mereka masih mahu masuk Islam.
Mereka mesti diberitau bahawa Islam tidak sama dengan ugama lain dan orang tidak boleh masuk dan keluar dari Islam seperti orang masuk dan jadi ahli sebuah persatuan hiburan.
Saya juga rasa sedih bahawa jabatan ugama tidak ambil tindakan yang keras terhadap mereka yang menghina Islam sedemikian rupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan