Jumaat, 14 Oktober 2011

PAK KUNTOWIJOYO – BUDAYAWAN DAN INTELEKTUAL TERKENAL DI

Oleh Mansor Puteh


Berita tentang kematian budayawan ulung di Indonesia, Kuntowijoyo 22 Februari, 2006 dulu
amat mengejutkan saya. Ia telah disampaikan dengan emel oleh seorang rakan baik saya di
Bandaraya New York, Saudara Achyar, teman kami di sana yang telah terus menetap di Pulau
Roosevelt di bandaraya itu sehingga sekarang.

Saya terkenang kunjungan saya ke rumah Pak Kunto dalam bulan Jun lalu dimana saya sempat bersua dengan beliau dan isteri dan anak sulung lelaki dan isterinya.

Ini kali kedua saya bertemu dengan beliau di rumah sendiri. Kali pertama ialah tujuh tahun sebelumnya dalam tahun 1997 bila saya menjelajah seluruh Pulau Jawa dari Jakarta ke Bali. Saya berkunjung ke rumah beliau dalam tahun 2004 lalu bila saya membuat lawatan darat dari Medan ke Bali dan balik ke Pekan Baru.

Keadaan Pak Kunto dalam lawatan kedua saya menunjukkan tubuh badan beliau sudah agak gempal dan beliau kelihatan sihat. Saya tidak sangka sama sekali lapan bulan kemudian, beliau sudah tiada. Dan hasrat saya untuk bertemu beliau di Jogjakarta buat kali ketiga di masa terdekat ini juga tidak kesampaian.

Saya cuma dapat rasa gembira menerima dua naskah novel beliau berjudul, ‘Mantara Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’yang belum sempat saya baca semuanya sebab saya sibuk dengan kerja penulisan dan vidio sendiri.

Malah karangan ini yang telah saya mulakan Julai lalu juga belum siap sehingga sekarang, bila saya rasa lebih tergerak untuk menyiapkannya.

Saya juga buka komputer dan lihat gambar-gambar beliau sekeluarga semasa mereka mahu berangkat tinggalkan Bandaraya New York setelah beliau tamat pengajiannya dalam musim panas 1980 dulu.

Ketika itu saya tidak sedar orang yang saya kenali semasa saya menuntut di Universiti Columbia itu bakal menjadi seorang penulis novel terkenal di Indonesia. Dia pendiam dan tidak pernah bercakap; langsung tidak tentang novel maupun bidang yang dia kaji semasa dia menuntut di Universitas Gajah Mada (UGM) atau di Universiti Connecticut di America dan sekarang untuk ijazah kedoktorannya.

Memang penuntut yang sedang belajar dan membuat kajian peribadi jarang mahu bercakap atau berbicang tentangnya dengan sesiapa termasuk rakan-rakan satu jabatan dan universiti, kecuali dengan pensyarah yang mengawasi kerjanya.

Kami bertemu pertama kali dalam musim panas tahun 1978 dahulu di Earl Hall. Di sinilah di mana pelajar dan pensyarah dan orang ramai berugama Islam dari seluruh dunia adakan upcara ugama termasuk sembahyang Jumaat.

Di sini juga terletaknya pejabat Persatuan Penuntut Muslim atau Muslims Students Association (MSA). Ia bersebelahan dengan pejabat  Persatuan Penuntut Yahudi di universiti ini.

Namun demikian kami tidak pernah berbalah walaupun beberapa kali kami bersembahyang di koridor di luar pejabat dan seorang rakan melaungkan azan dengan kuat. Mereka keluar dari bilik untuk melihat kalau-kalau orang yang melaungkan azan itu berada dalam kecemasan. 

Kuntojoyo datang bersama beberapa orang Indonesia lain termasuk Achyar yang berasal dari Medan di Sumatera untuk bersembahyang. Dan di Earl Hall inilah dimana kami bertemu.

Earl Hall terletak di hadapan sekolah saya di Dodge Hall di mana saya belajar ketika itu.

Sehingga Kuntojoyo pulang ke Indonesia dalam tahun 1980 saya jarang bercakap dengannya. Dia pendiam dan saya juga pendiam.

Mujur isterinya yang bernama Susilaningsih seorang yang amat peramah. Maklumlah dia seorang pakar bidang psikologi dan bukan suri rumah tangga biasa.

Kuntojoyo ketika itu mengambil ijazah kedoktorannya di Teacher’s College sementara isterinya mengambil kursus sarjana bidang psikologi di sebuah universiti lain iaitu Hunter College di City University di selatan Pulau Manhattan.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Punang ketika itu. Dia tidak bersekolah sehingga dia sekeluarga pulang.

Sekali-sekala saya berkunjung ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari kampus untuk makan masakan Jawa seperti gudeg.

Dalam tahun 1997 saya kembali ke Indonesia dalam perjalanan dari Jakarta ke Bali dan sempat bertemu dengan Kuntojoyo sekeluarga. Sudah tujuh-belas tahun kami tidak bertemu.

Mujur pemandu teksi di stesen keretapi di Jogjakarta kenal dengan nama Pak Kunto. Ini adalah satu petanda yang baik; ramai orang kenal dengan dia. Tetapi saya syak ia bukan disebab dia seorang profesor di Universitas Gajah Madah, sebab tentu ada ramai profesor yang mengajar di situ yang mereka tidak kenal.

Syak saya akhirnya terjawab apabila seorang beritau dia adalah seorang penulis novel atau novelis terkenal di Jogjakarta dan di Indonesia. Karyanya telah menang banyak hadiah.

Ya, dia memang seorang yang terkenal. Cuma saya sahaja yang belum sedar tentang kehebatanny ketika itu. Semasa di Amerika kami langsung tidak bercakap tentang bidang penulisan novel. Saya cuma fikir dia seorang pakar sejarah dan langsung tidak sangka dia juga novelis. Ketika itu saya terkial-kial belajar menulis skrip dalam semester pertama dan belum kenal dengan pembentukan cerita, watak maupun tema.

Walhal Pak Kunto sudah menghasilkan banyak buku dalam bentuk novel dan ilmiah lain.

Seorang pemandu teksi di stesen keretapi Jogjakarta dapatkan untuk saya nombor talipon dan alamat Kuntojoyo dari buku panduan dan saya terus menghubunginya. Punang yang jawab panggilan. Dia masih kenal dengan saya sebaik sahaja saya sebut nama saya, walhal semasa di Bandaraya New York dulu, dia masih kecil. Saya tidak pernah bercakap dengannya. Dia juga seperti bapanya, seorang pendiam.

Saya tidak sedar yang dia kini mempunyai seorang adik lelaki bernama Alun berusia sebelas tahun.

Mungkin ketika itu Punang masih kecil. Dia lebih bergaul dengan kanak-kanak sebaya dengannya di Earl Hall dan di mana-mana kami bertemu termasuk di pejabat Konsul-Jeneral Indonesia.

‘Dari Columbia?’ Tanya Punang bila saya beritau nama saya walaupun setelah tujuh-belas tahun dia tidak mendengar suara saya atau bertemu dengan saya.

Dulu dia berusia tidak lebih enam tahun dan sekarang dia sudah berusia dua-puluh-tiga tahun. Inilah kali pertama saya mendengar suaranya, tetapi ia bukan suara seorang kanak-kanak enam tahun tetapi pemuda berusia dua-puluh-tiga tahun.

Punang beritau emaknyanya yang saya menalipon dan berikan ganggang. Kami bercakap. Susilaningsih atau Ibu Kunto beritau bahawa suaminya mengidap penyahit yang tidak membenarkan dia bercakap lama. Dan biasanya dia tidak menjawab panggilan talipon.

Tetapi oleh sebab saya yang menalipon dia ambil ganggang dan bercakap dengan saya.

Keesokan hari, saya dapatkan teksi dari Jalan Malioboro dekat hotel saya dan pergi ke rumahnya di daerah Slamen. Perjalanan mengambil dua-puluh minit.

Memang benar, Pak Kunto kini agak uzur tetapi dia masih sedar dan boleh berfikir dengan baik. Menurut isterinya, mujur dia sempat mendapat rawatan rapi dengan segera, kalau tidak keadaannya pasti akan menjadi parah lagi.

Saya tidak duduk lama di sini dan Punang bawa saya dalam keretanya balik ke hotel. Dia sudah besar sekarang dan lebih tinggi dan lampai dari bapanya. Dan dia seorang yang bijak; masih menuntut.

2004. Saya datang ke Jogjakarta sekali lagi. Ini kali ketiga saya berada di sini. Saya terus dapatkan nombor talipon dan alamat Pak Kunto dari buku panduan di hotel dan terus menaliponnya. Mereka tidak ada di rumah, kata pembantu rumah, seorang wanita tempatan.

Mereka akan pulang lewat malam, katanya lagi.

Tepat pukul lapan, saya menalipon dan berjaya bercakap dengan Ibu Kunto. Saya beritaunya yang saya mahu datang keesokan hari sebab hari itu sudah lewat. Saya mahu ke Borobudur untuk buat rakaman vidio di situ pada pagi hari. Saya mahu ke rumah mereka di Slamen lewat petang bila dia sudah balik dari kampus.

Teksi bawa saya dari Jalan Malioboro selepas saya makan di sebuah rumah makan Padang di situ. Perjalanan mengambil dua-puluh minit juga. Tetapi kali ini pemandunya sesat. Dia bawa saya ke rumah Amien Rais yang terletak di kawasan itu. Dari situ dia bertanya dari beberapa orang di mana rumah Pak Kunto dan bawa saya ke sana.

Saya tidak sedar bahawa rumah Pak Kunto terletak tidak jauh dari rumah Calon Presiden atau dipanggil dengan singkatan’capres’ Amien Rais. Patutlah terdapat ramai anggota keselamatan berkawal di rumah itu. Tidak jauh dari rumah ini ialah sekolah ugama yang dijalankan oleh emaknya.

Singkatan untuk calon wakil presiden ialah ‘cawapres’.

Ibu Kunto jemput saya masuk ke dalam rumah dan sebentar kemudian anaknya, Punang keluar dan salam tangan. Dia sudah bernikah dengan seorang gadis tempatan bernama Retani. Punang baru pulang dari melanjutkan pelajarannya dalam bidang teknologi maklumat di Australia.

Dia enggan pergi ke Amerika seperti bapanya sebab keadaan di negara itu sudah banyak berubah; ia tidak seperti dahulu semasa dia menetap selama tiga tahun di sana bersama keluarganya.

Sebentar lagi Pak Kunto berjalan masuk ke ruang tamu.

Kami duduk lebih setengah jam untuk bercakap tentang perkara biasa. Isterinya beri saya hadiah dua buah novel karya Pak Kunto berjudul, ‘Mantra Pejinak Ular’ dan ‘Wasripin & Satinah’. Novel yang awal itu telah memenangi anugerah Mastera dan beliau telah datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil hadiahnya.

Semuanya, beliau telah menghasilkan tiga-puluh-dua karya termasuk buku ilmiah, anthologi dan novel dengan memenangi sebanyak sembilan anugerah dan sembilan penghargaan dari Indonesia dan di luar negeri.

Dan dalam masa itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah tamu di beberapa buah universiti di Amerika dan Filipina disamping dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam forum di universiti lain.

Walaupun dalam keadaan uzur akibat serangan virus semasa beliau berada di Australia, Pak Kunto masih menulis dan memegang jawatan di Universitas Gajah Mada. Dia menulis dengan mengguna satu jari sahaja.

Pendidikan:

1950-1956 SRN, Ngawonggo, Klaten
1956-1956 Madrassah, Ngawonggo, Klaten
1956-1959 SMP 1, Klaten
1959-1962 SMA II, Solo 1962-1969 Jurusan Sejarah, UGM 1973-1974 The Univerity of Connecticut, USA (M.A., American History)
1975-1980 Columbia University, USA (Ph.D., IImu Sejarah)
Pekerjaan:

1965-1970, asisten Jurusan Sejarah UGM 1970-sekarang, dosen Jurusan sejarah UGM
1973-1980, tugas belajar.
1984 (September-Desember), dosen tamu Universitas Filipina Juni-Agustus 1985, dosen tamu Universitas Michigan

Penerbitan non-fiksi:
1. Dinamika Sejarah Umat Islam, 1985
2. Budaya dan Masyarakat, 1987
3. Paradigma Islam: Interpretasi untuk Aksi, 1991.
4. Radikalisasi Petani, 1993
5. Metodologi Sejarah, 1994
6. Demokrasi & Budaya Birokrasi, 1994
7. Pengantar Ilmu Sejarah, 1995
8. Identitas Politik Umat Islam, 1997
9. Muslim Tanpa Masjid: Esai-Esai Agama, Budaya, dan Politik dalam
    Bingkai Strukturalisme Transendental, 2001

Penerbitan Puisi:

1. Suluk Awang-Uwung, 1975
2. Isyarat, 1976
3. Makrifat Daun, Daun Makrifat, 1995

Penerbitan Fiksi:

1. Kereta Api yang Berangkat Pagi Hari, novel, 1966
2. Khotbah di Atas Bukit, novel, 1976.
3. Dilarang Mencintai Bunga-Bunga, cerpen, 1992.
4. Pasar, novel, 1994
5. Impian Amerika, novel, 1998
6. Hampir sebuah Subversi, cerpen, 1999
7. Mengusir Matahari, fabel, 1999
8. Mantra Pejinak Ular, novel, 2000
9. Topeng Kayu, drama, 2001
10. Wasirin & Satinah, 2002

Hadiah:

1. BPTNI (Badan Pembina Teater Nasional Indonesia), naskah drama "Rumput-Rumput Danau Bento", 1968
2. Majalah Sastra, cecpen "Dilarang Mencintai Bunga-Bunga", 1968
3. Dewan Kesenian Jakarta, naskah drama "Tidak Ada Waktu bagi 
    Nyonya Fatmah, Barda, dan Cartas", 1972
4. Panitia Hari Buku Internasional, novel," Pasar", 1972
5. Dewan Kesenian Jakarta, drama, "Topeng Kayu", 1973
6. Harian KOMPAS, cerpen "Laki-Laki yang Kawin dengan Peri" 1995
7. Harian KOMPAS, cerpen, "Pistol Perdamaian", 1996
8. Harian KOMPAS, cerpen, "Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan",
    1997

Penghargaan:

1.   Penghargaan Sastra Indonesia dari Pemda DIY, 1986
2.   Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
      Pengem­bangan Bahasa untuk kumpulan cerpen Dilarang Mencintai
Bunga-Bunga, 1994
3.   Penghargaan Kebudayaan ICMI, 1995
4.   Asean Award on Culture, 1997
5.   Satya Lancana Kebudayaan RI,  1997
6.   Mizan Award, 1998
7.   Kalyanakretya Utama untuk Teknologi Sastra dari Menristek, 1999
8.   S.E.A. Write Award dari Pemerintah Thailand, 1999
9.  Penghargaan Penulisan Sastra dari Pusat Pembinaan dan
     Pengem­bangan Bahasa, 1999.
10. 2002, Anugerah Mastera, Kuala Lumpur untuk novel ‘Mantra
      Pejinak Ular’.

Tiada ulasan: