Khamis, 8 September 2011

FILEM NAMEWEE ‘NASI LEMAK 2.0’ – BILA MELAYU JADI KAUM MINORITI DAN BAHASA MANDARI BAHASA RASMI DAN ORANG MELAYU IKUT RENTAK KAUM CINA DAN BAGAIMANA MAT SABU BOLEH HANCURKAN PARTI PAS.

Oleh Mansor Puteh


Saya hanya perlu untuk melihat klip filem Namewee ‘Nasi Lemak 2.0’ untuk dapat baca apa yang mahu diperkatakan oleh pengarahnya.

Filem ini ditayang di pawagam mulai hari ini.

Kononnya ia adalah sebuah filem berbilang kaum yang mahu memupuk perhubungan kaum.

Memang benar, ini yang dapat dilihat dari kacamata kasar.

Orang yang tidak peka akan setuju dengan hasrat pengarahnya dan ia dapat dilihat dengan begitu jelas sekali.

Tetapi kalau seseorang itu lebih peka dan dia boleh kaji apa yang dipersembahkan dalam filem ini, dengan gelagat pelakon berbilang kaum dan bahasa utama yang digunakan, maka orang boleh berfikir dan lihat maksud tersirat dalamnya.

Filem ‘Nasi Lemak 2.0’ sudah semestinya ‘tidak halal’ untuk dimakan oleh orang Melayu khususnya.

Ia memaparkan bayangan seorang pengarah filem yang mendapat pendidikan di Taiwan, bagaimana dimasa depan Malaysia akan didominasi oleh kaum Cina. Dan bahasa Cina akan menjadi bahasa rasmi.

Dan kaum Melayu akan menjadi kaum minoriti dan watak-watak Melayu dalam filem ini yang hanya segelintir, menari ikut rentak pengarahnya.

Ini yang tidak dinyatakan oleh pengarah dalam dialog atau babak, tetapi dapat dibaca oleh pakar filem yang dapat mengkajinya dari sudut lain.

Sebenarnya filem ‘Nasi Lemak 2.0’ beri pengajaran kepada kaum Melayu juga, iaitu kalau Melayu terus berpecah, maka kaum minoriti boleh ambil kesempatan, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti kaum minoriti.

Sebenarnya ini telah lama berlaku di Malaysia dan kaum Melayu yang kononnya kaum majoriti kini lebih bersifat seperti kaum minoriti.

Yang bagusnya, filem ini boleh dilihat dari perspektif sekarang dengan kontroversi dan perbalahan yang dicetus oleh timbalan presiden PAS, Mat Sabu yang sudah mula mengabur mata orang Melayu sendiri.

Mungkin niat dia baik, untuk mencetuskan perbalahan, untuk membantu UMNO dan kaum Melayu bersuara.

Mungkin Mat Sabu lebih baik tinggalkan PAS dan masuk UMNO sahaja sebab tindakannya walaupun pelik tetapi menguntungkan UMNO sebenarnya.

Sebab kalau Mat Sabu mahu ‘hancurkan PAS’ lebih baik dia lakukanny dari luar PAS dan bukan dari dalam PAS itu sendiri dengan bertindak sebagai timbalan presidennya.

Dan orang Melayu nampaknya yang menyangkal dan mengecam sikap Mat Sabu dalam hal ini; sedangkan kebanyakan orang Cina dan India berdiam, kecuali beberapa orang bukan Melayu.

Jadi nampaknya, bukan Melayu di Malaysia setuju dengan pandangan Mat Sabu, walaupun Karpal Singh dan Tunku Abdul Aziz dari Parti DAP tidak setuju dengannya.

Dan filem ‘Nasi Lemak 2.0’ juga beri kesan yang sama, walaupun pemaparannya terhadap watak Melayu boleh dianggap seperti tidak bersemangat, tetapi ia adalah diharapkan dapat membuka mata orang Melayu sendiri.

Iaitu, kalau Melayu terus berpecah, Melayu akan hancur di Tanah Melayu sendiri.

Dan ini boleb berlaku selagi ada Mat Sabu dan PAS dan Melayu tidak menguasai bidang media khususnya filem dan biarkan saudagar mimpi kaum Cina bermaharaja-lela buat filem cemuhkan imej orang Melayu dan Islam dengan menerbit filem hantu, ganster atau samseng dan remaja songsang. 

Tiada ulasan: