Selasa, 20 September 2011

TALKIN UNTUK PARTI PAS. …PAS HAMPIR NAZAK.

Oleh Mansor Puteh


Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Parti PAS? Mereka mengaku mereka menyanjung Ugama Islam, macam orang Islam lain tidak.

Tidakkah ini sikap bongkak atau riak? Siapa yang beri pemimpin mereka hak untuk buat kenyataan seperti itu?

Tidakka ia juga sama ertinya dengan mereka menghukum tanpa memberi sebarang alasan?

Pemimpin PAS khususnya Nik Aziz, tidak perlu beri alasan atau penghuraian, dia cuma beri beri keputusan dan penghukuman seperti ‘fatwa’.

Jadi sikapnya itupun tidak kena.

Mujur, dan juga tidak hairan segala apa yang Nik Aziz katakana itu, tidak disusuli dengan penerimaan oleh pihak lebih atas.

Jadi, cuma dia sahaja seorang yang berfikiran begitu.

Walaupun demikian dia tidak rasa tersinggung walaupun pendapatnya itu hanya sesuai untuk dia bercakap dan tidak disokong oleh pihak lain kecuali dari mereka dalam partinya sendiri.

Ini yang malangnya. Nik Aziz termasuk Hadi Awang dan ulama lain dalam PAS sememangnya  tidak pernah diberi pengiktirafan dari negara Islam berjiran dengan Malaysia untuk beri ceramah politik.

Ini hanya membuktikan bahawa pendapat mereka tentang Islam tidak dihargai, walaupun mereka telah hidup begitu lama dan dikatakan mempunyai pendidikan dalam dalam bidang ugama.

Mana ada universiti yang mahu beri mereka ijazah kedoktoran kehormat?

Dan mana buku dan tulisan mereka yang dikatakan bermutu dan boleh diterjemah ke dalam Bahasa Arab untuk dijual di negara-negara Arab?

Kalau ini telah berlaku lama dulu, saya yakin kedua-dua mereka sudah lama tinggalkan PAS dan bidang politik untuk terlibat dalam bidang ilmuan.

Oleh sebab itu mereka akan terus berada di tampuk kepimpinan PAS sebab mereka tidak boleh pergi ke mana-mana.

Mereka juga tidak mahu ubah sikap sebab sikap yang mereka telah tunjuk itulah yang telah membuat ahli parti PAS sokong mereka.

Tetapi sikap dan lagak mereka serta tindak-tanduk mereka sedikitpun tidak menunjukkan yang mereka itu benar-benar patuh kepada ajaran Islam.

Kalau benar mereka patuh kepada ajaran Islam, kenapa mereka enggan bergabung dengan parti Melayu lain khususnya Umno?

Yang anihnya, PAS lebih selesa dan gembira bergabung dengan parti bukan Melayu lain yang telah terang-terang berkata mereka menentang pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, seperti Malaysia bukan lagi sebuah negara Islam.

Malaysia sudah lama jadi negara Islam.

Tetapi ia bukan negara Islam seperti yang PAS bayangkan.

Malah Kelantanpun bukan sebuah negeri Islam, dengan jalanrayanya yang kotor. Dengan negerinya tidak maju. Ramai anak negeri Kelantan terpaksa tinggalkan negeri untuk ke Kuala Lumpur bekerja dengan membuka gerai makan.

Inilah sahaja bidang pekerjaan yang mereka mampu lakukan sebab mereka tidak ada kelayakan akademik yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih dari itu.

Tetapi malangnya, bila pilihanraya umum berlaku, mereka akan balik ke Kelantan dan undi PAS juga walaupun PASlah yang telah menyebabkan mereka terpaksa tinggalkan Kelantan.

Memang ramai rakyat negeri Kelantan tidak dipupuk dengan sikap yang tidak tahu kenang budi.

Oleh sebab itu PAS boleh terus menguasai Kelantan.

Tetapi kedudukan PAS searang goyah. Talkin boleh dibacakan untuknya sebab PAS sudah hampir nazak.

Pemimpin PAS tidak ada apa lagi sebab untuk wujud kecuali untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Islam.

Sudah 54 tahun Merdeka dan PAS masih lagi tidak berjaya menguasai pemikiran kebanyakan orang Melayu.

Yang mereka boleh lakukan ialah untuk memecah-belahkan Melayu di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri dan dengan ini menguntungkan parti lain yang menentang penubuhan negara Islam.

PAS akan menjadi lebih parah kalau Nik Aziz tidak berdaya lagi untuk mengetuai parti ini.

Dia sudah 80 tahun tetapi enggan bersara.

Dia tahu kalau dia bersara, PAS akan hancur. Sebab PAS bukan PAS tanpa Nik Aziz.

Orangpun tidak tahu tahab kepimpinan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, samada dia benar-benar mentadbir Kelantan atau hanya berlagak seperti tunggul.

Tiada ulasan: