Isnin, 26 September 2011

USAHA MENGHARGAI SULTAN PERAK, ALMARHUM TUANKU JAAFAR DAN

Oleh Mansor Puteh



Kenapa usaha saya mahu memberi penghargaan kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Almarhum Tuanku Jaafar dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disokong oleh kementerian, Finas dan SME Bank – malah mereka kini bertindak mahu saman saya di mahkamah melarang saya menerbit filem ‘Malaysian Snow’?
           
Saya rasa amat hairan dan hampa dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan menterinya, Datuk Rais Yatim yang menyokong usaha saya menerbit filem ‘Malaysian Snow’.

Tidakkah menteri dan KPKK memberi saya dana khas dalam bentuk biasiswa untuk membolehkan saya mendaftarkan filem saya sebagai tesis untuk Universiti Columbia di Bandaraya New York?

Tidakkah mereka tahu apa sebenarnya kebaikan yang bakal diperolehi oleh perusahaan filem dan Bangsa Melayu dan negara dengan penerbitan filem ini?

Yang saya mahu buktikan kepada penerbit filem lain ialah saya akan mengguna jumlah penerbitan atau kos yang sama, dan masih dapat menghasilkan sebuah filem lain dari yang lain yang ada peluang untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan di luar negara dan di pesta filem antarabangsa.

Ia adalah batu loncatan saya untuk membuat filem lebih penting dan besar untuk pasaran dunia.

Ia adalah filem Melayu dan Malaysia pertama mempunyai penggambaran hampir lapan-puluh peratus di Nottingham dan England.

Ia adalah sebuah penghargaan kepada mereka yang telah belajar di Universiti Nottingham khususnya Sultan Perak, Almarhun Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai mereka yang telah belajar di universiti ini termasuk di seluruh England.

Jadi tidak hairan kalau sebuah tayangan perdana khas untuk mereka dapat dianjurkan sebelum filem ini ditayang di pawagam.

Lebih dari itu, ia boleh dianggap serbagai satu usaha peribadi untuk menggalakkan perhubungan diantara kedua buah negara – Malaysia dan England.

Tidak hairan kalau filem ini mendapat sokongan di England dan mungkin ditayang di negara tersebut.

Filem ini adalah juga filem tesis untuk ijazah sarjana bidang pengarahan filem saya untuk Universiti Columbia di Bandaraya New York.

Dan pihak universiti beria-ia mahu galak saya terbit dan arah filem ini mahu dijadikan usaha utama dan unik oleh pelajar dalam jurusan perfileman.

Lebih-lebih lagi ia sebuah filem Melayu dari Malaysia yang mereka tidak pernah tonton sebelum ini.

Saya yakin filem ini boleh menarik perhatian banyak pesta filem, sebab ini dan juga oleh sebab tema segajagatnya, yang mengambil kira suasana politik, social dan kebudayaan di Malaysia yang berbilang kaum dan di dalam perspektif Islam dan seluruh dunia.

Saya telah ke Nottingham dua kali dalam bulan Julai tahun lalu da Mac lalu untuk mencari lokasi dan mendapatkan sokongan dari pihak-pihak di sana.

Dan pihak Universiti Nottingham beria-ia mahu sokong usaha ini dan beri bantuan. Dan Persatuan Malaysia di Nottingham juga mahu bantu.

Saya berharap filem ini boleh dibuat dalam bulan September depan bila pelajar balik dari cuti musim panas dan siapkan filem ini akhir tahun untuk saya hantar satu salinan ke Universiti Columbia untuk menamatkan pengajian di sana dengan menjadi orang pertama dan mungkin terakhir mendapat ijazah sarjana bidang pengarahan.

Manalah tahu kalau saya dapat menarik perhatian pihak studio di Hollywood yang saya boleh bergabung untuk mengarah filem-filem dengan mereka yang mengguna latar belakang Melayu dan Malaysia untuk siaran seluruh dunia.

Dan saya boleh menghadiri acara konvokesyen Mei tahun depan sebelum filem saya diedar dipawagam.

Tetapi malangnya, penerbitan filem saya kini tersangkut di peringkat SME Bank yang dengan tidak semena-mena boleh menolak hasrat menteri, KPKK dan Finas, walaupun saya sudah menandatangani perjanjian dengan mereka.

Agak terkejut bila ketua pengarah Finas beritau saya pihak bank beritau mereka saya tidak menandatangani perjanjian. Ini adalah salah.

Perjanjian telah dibuat lama dulu. Tetapi pinjaman masih tersekat.

Dan setelah sekian lama, pihak bank mahu ambil tindakan mahkamah pula.

Mana ada negara di dunia yang mahu menyaman pengarah filem mereka dan larang dia dari mengarah filem?

Hanya di Malaysia.

Dan di Malaysia juga negara dimana terdapat banyak pemimpin Melayu khususnya yang mahu galak anak Melayu menimba ilmu dan belajar di universiti terulung seluruh dunia, tetapi pengelaman saya sendiri membuktikan bahawa apa yang dihasratkan oleh mereka, tidak disokong oleh menteri dan kementerian berkenaan jauh sekali bank.

Atau mungkinkah mereka rasa dengki dan iri hati, takut-takut kalau filem saya boleh menarik perhatian penonton di Malaysia supaya anggapan mereka tentang filem saya musnah?

Dan lebih teruk lagi kalau mereka mahu menghalang saya mendapat ijazah dari universiti berprestij supaya mereka akan terkilan dengan kebenakan diri sendiri di masa depan?

Mungkin juga mereka tidak mahu filem saya diterima di luar negara khususnya di Amerika dan di Hollywood dan ditayang dalam banyak pesta filem.

Munkin, mungkun…mereka tidak pakar dalam bidang perfileman khususnya bidang pengurusan filem untuk tahu bagaimana mereka harus mentadbir dana kerajaan sebanyak RM50 juta.

Soalannya sekarang ialah dari sejumlah filem yang mereka telah sokong, tidak satupun yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Filem mana yang pegawai SME Bank rasa bangga? Tidak ada. Sebab mereka sendiri tidak sanggup guna mana-mana filem sebagai contoh baik.

Mereka terpinga-pinga.

Akhirnya pegawai bank akan bersara atau dihantar ke jabatan lain dan mereka tidak akan bercakap tentang filem.

Yang menjadi mangsa ialah pengarah filem berkebolehan dan berkelayakan yang mendapat sabotaj dari mereka.

Sebab sehingga kini tidak ramai pengarah seperti ini yang diberi kemudahan dari dana tersebut.

Yang mendapatnya tidak menunjukkan prestasi tinggi.

Tiada ulasan: