Sabtu, 17 September 2011

FILEM MELAYU KINI DAN SAUDAGAR MIMPI.

…YANG MELALAIKAN KAUM DAN MENCEMUH UGAMA ISLAM – SATU USAHA YANG AMAT MENGUNTUNGKAN DARI SEGI KEWANGAN.
Oleh Mansor Puteh


Memang tidak dapat dinafikan ada hukum yang berkata, segala apa yang tidak baik itu, sedap dan boleh menguntungkan. Ini tentunya termasuk filem.

Filem-filem Melayu kini yang amat berjaya dipasaran adalah jenis yang tidak baik – seperti filem gangster atau samseng, hantu dan remaja kurang sopan dan tidak bertamaddun yang menolak nilai sosial dan ugama.

Filem-filem seperti ini melalaikan. Ia mencemuh nilai bangsa dan ugama.

Olehsebab itu, ia mengkhayalkan; ia juga menguntungkan penerbitnya.

Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam perusahaan filem tempatan sekarang, filem yang diterbitkan yang amat menguntungkan penerbitnya sahaja, walhal, ia merugikan kaum sendiri dan ugama sendiri.

Peduli apa penerbit seperti ini mahu risaukan tentang kaum dan ugama. Mereka hanya pentingkan keuntungan dan faedah yang mereka boleh memperolehi dari filem-filem mereka yang merosakkan kaum dan mencemuh ugama.

Namun demikian walaupun mereka sudah menerbit dan mengarah begitu banyak filem, tetapi mereka masih terkial-kial tidak tahu bagaimana mereka boleh melangkah ke tahab yang lebih tinggi dan terbit filem yang boleh menarik perhatian mereka di luar negara, khususnya dari pesta filem antarabangsa.

Kesemua mereka akan kecundang. Kerjaya mereka sebagai pengarah filem adalah semata-mata untuk menerbit filem tempatan untuk penonton yang sama.

Dan kalau mereka bernasib baik, mereka boleh menang anugerah itu dan ini dalam Pesta Filem Malaysia sahaja.

Siapa mereka? Mereka adalah saudagar mimpi yang paling kejam.

Malangnya, mereka disanjung oleh kaum dan tidak diendah oleh pemimpin ugama yang tutup dua belah mata dan terus biarkan saudagar mimpi ini bermaharaja-lela terus hidup dalam bayang-bayang kemewahan mereka, semuanya berlaku atas tidak kesedaran tentang ugama dan nilai hidup.

Ini juga disokong oleh kekurangan dalam bidang akademik dan pendidikan formal dalam bidang perfileman yang telah menyebabkan mereka lihat filem itu dari satu sudut sempit, iaitu bagaimana mereka boleh meraih keuntungan dari filem mereka walaupun mereka tahu filem mereka itu memburukkan imej bangsa dan ugama.

Olehsebab itu juga, mereka hanya dapat menghasilkan dua-tiga jenis filem seperti filem hantu, samseng dan remeja songsang.

Mereka juga tidak boleh dapat pengiktirafan dari sarjana filem. Mereka tidak peduli dengan ini.

Mereka juga yang telah menerbit beberapa puluh filem, tetapi tidak satu yang mendapat jemputan ke pesta filem antarabangsa.

Ini juga mereka tidak peduli.

Mereka juga tidak peduli yang mereka akan terus kekal di takuk yang sama dan filem-filem mereka akan terus mencemuh bangsa dan ugama.

Inilah pemikiran dan hasrat si saudagar mimpi yang tidak berhati perut, yang tidak pedulikan kaum dan ugama.

Pandangan orang terhadap bangsa Melayu rendah olehsebab jenis filem yang mereka keluarkan.

Pandangan orang juga rendah kalau ya, orang Melayu itu bangga dengan ugama Islamnya.

Sebabnya ialah filem-filem yang diterbit oleh pengarah filem mereka sebenarnya tidak mencerminkan pegangan mereka yang dikatakan kuat terhadap filem; ada yang boleh dikatakan mengalakkan amalan syrik dan tabiat bukan Islam.

Mana mereka di Jakim dalam hal ini? Mana penceramah ugama yang dikatakan pandai berceramah tentang ugama dalam hal ini? Mana mufti negeri? Mana Majlis Fatwa Negara?

Kenapa mereka semua senyap dan biaran pengarah-pengarah filem terus terbit filem yang mencemuh ugama Islam dengan terang?

Adakah nilai filem yang mereka semua itu mahu tonjolkan mengatasi dari nilai ugama, sama seperti nilai sokan yang dianggap ‘lebih tinggi’ dari nilai ugama sehinggakan mereka itu tidak menentang penglibatan gadis dan wanita Melayu dari terlibat dalam sokan yang mendedah aurat, sehingga mereka kelihatan berbogel?

Mana mereka semua dalam hal ini? 

Tiada ulasan: