Rabu, 27 Oktober 2021

DIANTARA SASTERA DAN SUKAN: KALAU SASTERAWAN YANG PERLU TULIS DAN PASARKAN NASKAH, SAMPAI BILA MEREKA AKAN KECUNDANG, KARYA TIDAK TERSEBAR LUAS…SEDANGKAN AHLI SUKAN BOLEH HARAP SEGALA BANTUAN DIBERI KEPADA MEREKA

diterbit di Amerika dengan dijual melalui Amazon dan cara lain.) 


Penulis…kerja mereka hanya untuk tulis. Ia kerja yang berat; bukan calang-calang orang yang sanggup menulis beberapa bulan, dan ada, beberapa tahun, untuk menghasilkan sebuah naskah novel, yang dia tidak tahu akan dapat dihayati sepenuhnya oleh mereka yang membaca secara santai sehingga yang mahu menelitinya secara ilmiah…

Di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura, amalan atau ‘tradisi’ menulis bukan sesuatu yang baru; ialah telah wujud dalam kehidupan Bangsa Melayu sejak dulu-kala lagi, dengan penumpuan dan hasrat berbeza; dengan dulu penulis tidak mahu letakkan nama pada karya, seperti di barat, sehinggakan barat yang memperkenalkan undang-undang hakcipta untuk tuntut hak kepada karya dan naskah mereka dari diciplak dan lebih dari itu, dari mendapat keuntungan kewangan darinya.

Penulis Melayu anggap karya mereka sebagai hak warisan bangsa. Tetapi dunia yang telah berubah memaksa penulis Melayu turut terikut-ikut dengan ideologi yang berpaksikan untung dari keringat, yang sememangnya adalah hak mereka.

Tetapi apa yang dilakukan di barat, tidak dibuat di Dunia Melayu sendiri, agar setiap karya yang dicipta dan naskah diterbit itu mendapat pasaran dan pembacaan yang luas dengan akhirnya memberi penulis atas sasterawan memperolehi keuntungan dan faedah dari karya yang dicipta mereka.

Kalau di Amerika khususnya dan di barat amnya, mereka telah lama lagi wujudkan sebuah sistem yang menguntungkan para penulis sehinggakan apa yang mereka tulis dapat disebar ke seluruh dunia dengan karya mereka diterjemahkan ke pelbagai bahasa, dengan jumlah penjualan naskah mencecah beberapa puluh juta, tetapi kenapa kita sendiri tidak dapat fikirkan untuk wujudkan sistem seperti yang mereka di barat telah lama buat.

Malahan, kalau ada penulis kita yang mempunyai hasrat untuk memperolehi penjualan dan pendapatan sewajarnya tentang karya yang mereka cipta, mereka terpaksa mengguna sistem yang wujud di barat, mahu tak mahu.

Tetapi ini melibatkan dan memaksa mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi sehingga ia dapat menarik perhatian penerbit dan pengedar buku di barat yang mahu terima naskah mereka dan terbit dan sebarkannya, seperti mereka lakukan kepada karya oleh penulis mereka sendiri.

Jadi tidak hairan, kalau terdapat ramai penulis di Amerika khususnya, yang kerja mereka hanya menulis, sebab mereka boleh dapat imbuhan atau ‘royalti’ yang berpatutan sehingga mencecah puluhan juta dolar Amerika.

Dan mereka tidak perlu untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh dapat pendapatan yang kerap dan kukuh sehingga dibayar pencen setelah tamat jawatan yang biasanya merupakan kerja sebagai pensyarah di universiti, di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau wartawan di akhbar, di mana mereka menulis karya novel secara sambilan, yang biasanya tidak akan mendatangkan pendapatan lumayan untuk mereka dapat buat pilihan untuk tidak bekerja tetap di universiti dan akhbar.

Cuba bandingkan bidang sokan; cuba lihat bagaimana persatuan sokan beria-ia cungkil bakat di kalangan anak muda yang baru tunjuk sedikit bakat dalam bidang sokan badminton dan bola sepak, dan mereka sudah diberi segala kemudahan untuk bertanding diperingkat negeri dan kebangsaan; dan kalau mereka mencapai tahab yang lebih tinggi, mereka akan diberi peluang dan segala kemudahan untuk bertanding dalam semua pertandingan diperingkat negara tidak kira dimana ia diadakan, dengan segala perbelanjaan disediakan termasuk menyediakan mereka dengan jurulatih yang dibayar persatuan.

Bandingkan penulis atau mereka yang mempunyai bakat untuk diiktiraf sebagai sasterawan pada masa akan dating yang terpaksa menulis dengan sendiri; dan dia juga yang harus mencari penerbit untuk terbit karya mereka; dan biasanya syarikat penerbtian tidak begitu berminat untuk mempromosi karya mereka dengan sebaiknya, dengan peranan untuk mempromoi novel diambilalih oleh penulis itu sendiri.

Ini tidak berlaku di Amerika, misalnya, sebab penulis boleh menulis sahaja; dan hasilkan karya-karya dengan kerap, sebab dia tahu kerja untuk menerbit dan mempromosi karyanya dapat dilakukan oleh pihak lain.

Jarang ada pemenang Anugerah Nobel untuk Sastera diberi kepada mereka yang terpaksa bertungkus-lumus untuk buat kerja yang luar dari bidang penulisan, sebab mereka ada sistem yang membantu mereka. 

Sebenarnya tidak ada seorang pemenang Anugerah Sasterawan Negara yang bukan dari mereka yang mengajar di universiti atau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka atau di akhbar sebagai wartawan atau penyunting.

Siapakah orangnya yang pertama yang tidak bekerja ditiga tempat ini yang akan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara? Mungkin dia tidak ada. Sebab sebenarnya, tidak ada sesiapa di Malaysia yang menulis secara sepenuh masa seperti yang banyak terdapat di Amerika dan di barat. 

Kalau adapun penulis di Malaysia yang bekerja sepenuh masa hanya terdiri dari mereka yang menulis novel kanak-kanak atau untuk orang dewasa dengan cerita ringan sekitar cinta dengan judul yang mereka pilih jelas membuktikan yang mereka tidak menulis untuk menjadi sasterawan, hanya sekadar menjadi penulis yang popular yang mana jumlah penjualan buku mereka mencecah puluhan ribu untuk setiap naskah, berbanding dengan novel karya sasterawan yang ada nilai sastera tetapi yang hanya dapat dijual dalam jumlah yang sedikit; dan kebanyakannya diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau dengan usaha sendiri. 

Bolehkah kita juga wujudkan sistem seperti itu untuk membolehkan penulis kita menghasilkan karya yang lebih besar dengan mengguna tema yang lebih sejagat atau ‘universal’ yang dapat dipasarkan ke seluruh dunia, atau setidaknya di Nusantara Melayu? 

Kenapa tidak?

Masalahnya ialah pihak di Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia dan Brunei dan juga di Indonesia tidak sepakat; mereka tidak fikir luar dari kerangka pemikiran mereka dan tugas yang diberi. Kalau mereka dapat buat kajian tentang apa yang berlaku di Amerika lama dulu, sudah pasti mereka sudah dapat ambil tindakan bersama untuk menwujudkan sebuah sistem yang menguntungkan semua penulis dan sasterawan disamping menyebabkan perhubungan diantara Bangsa Melayu menjadi lebih erat.

Lebih baik dari itu, ia boleh juga dapat membentukan suasana yang lebih ceria dan bangga menjadi Melayu dengan penulis dan sasterawan mereka menghasilkan karya-karya novel dan dalam genre lain yang mengambilkira pengelaman sejarah ketiga-tiga buah negara yang ada kaitan rapat dalam sejarah silam dan dari segi persamaan ugama Islam yang dianuti mereka semua.

Malangnya ini tidak berlaku dan semua karya dalam bentuk novel dan genre lain hanya tentang masyarakat dan sejarah sendiri; oleh itu karya mereka jarang dapat diterima oleh pembaca di negara selain dari negara mereka sendiri.

Dan ini juga mempengaruhi pemikiran Orang Melayu di ketiga-tiga negara yang tidak dapat dilihat dari penerbitan filem yang boleh dilakukan lanjutan dari penerbitan karya novel dan cerpen dan lain-lain bahan penceritaan lain, untuk dikongsi bersama agar penonton di ketiga buah negara dapat mengenal sesama sendiri.

Akhirnya, mereka lebih asyik dengan karya novel dan filem dan siri drama televisyen diterbit di Amerika dari yang diterbit oleh negara jiran dan serumpun dengan mereka.