… JADI
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMAL AJARAN ISLAM DAN SIAPA YANG MENGAKU ISLAM TETAPI
TIDAK AMALKAN AJARAN ISLAM?
Oleh
Mansor Puteh
Dan yang
lebih teruk sekali ialah pemimpin dan penceramah Islam tidak amal sepenuhnya
apa yang mereka mahu orang lain amalkan.
Jadi
pertelagahan yang berterusan berlaku dalam negara Arab dan Islam lain semuanya
boleh dikatakan berpunca dari kelemahan mereka menterjemahkan apa yang disuruh
oleh ugama ke dalam kehidupan seharian.
Pemimpin
dan penceramah ugama akhirnya hidup mewah, tetapi rakyat-jelata hidup dalam
segala kedaifan dan cuma dapat dengar kelohan dan celoteh dari mereka saban
hari.
Oleh
sebab itu mereka tidak terlihat betapa buruknya negara mereka sendiri yang
kotor, tidak teratur dan penuh dengan kedaifan, sebab mereka hidup selesa dan
gembira berceramah pada setiap malam di hadapan khalayak yang sudah dewasa
tetapi masih jahil tentang Islam, sehinggakan mereka tidak lagi kenal apa itu
haram dan halal.
Mereka
lebih seperti mualaf yang baru mahu kenal Islam.
Negara
barat rata-rata bukan Islam; dan mereka juga buka bukan-Katolik atau Kristen
tetapi sekular.
Negara-negara
Arab rata-rata Islam. Dan terdapat negara lain mempunyai banyak penganut Islam
dan negara mereka boleh dianggap sebagai republic Islam atau negara Islam.
Tetapi
perbezaannya jelas dan nyata; negara-negara sekular itu lebih Islamik,
sedangkan negara Islam itu lebih tidak Islamik; malah boleh dikatakan banyak
atau hampir semua negara Islam termasuk negara Arab tidak menampakkan
cirri-ciri Islamnya.
Yang menjadi
ironinya ialah negara-negara bukan-Islam mengamalkan nilai dan ajaran Islam,
berbeza dengan negara Arab dan Islam lain yang tidak.
Kebanyakan
negara Arab dan Islam mundur. Yang maju tidak fikirkan tentang negara Islam
yang mundur.
Dan
hampir semua negara barat boleh dikatakan maju.
Lebih
dari itu hampir semua negara Arab dan Islam hancur-lodoh; dengan kemushanah dan
rakyat bertelagah, termasuk di Malaysia
dimana ada puak-puak yang mengaku dia lebih Islamik dari yang lain.
Tapi mereka takut berdakwah kepada yang bukan-Islam dan hanya mahu salahkan yang Islam dengan mencari pasal.
Amat
menyedihkan rata-rata semua negara Islam kotor. Dan negara di barat teratur dan
bersih.
Umat
Islam atau mereka yang mengaju Islam tidak jaga kebersihan seperti yang
dituntut oleh Islam.
Ramai umat Islam tidak juga pandai jaga makan dan ramai kelihatan gemuk terutama sekali kaum perempuan.
Ramai
juga umat Islam yang kelihatan hodoh dengan muka tidak berseri dan gigi rongak.
Umat
Islam yang sebenarnya mempunyai penampilan yang baik, muka dan pakaian yang
kemas dengan gigi tersusun.
Sebab
setiap umat Islam itu mesti menonjolkan dirinya sebagai orang yang benar-benar
menganut ugama Islam dan amal nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.
Sedih
sekali bila menjelajah di Indonesia
dimana hampir semua tempat termasuk di bandar berada didalam keadaan yang
kurang sempurna, dengan sampah-sarap dibuang merata tempat.
Keadaannya sama dengan banyak tempat di
Ke mana
perginya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang gemar beri ceramah di dalam
televisyen dan di padang ?
Mereka tidak sentuh tentuh cara hidup orang Islam yang sebenarnya.
Mereka tidak sentuh tentuh cara hidup orang Islam yang sebenarnya.
Yang
menyedihkan sekali ialah ramai ustaz gemar bercakap tentang syahwat
semata-mata; dan ini menghiburkaan mereka yang berduyun-duyun mahu dengar
ceramah mereka.
Malah
imam di masjid-masjid juga tidak pernah bercakap tentang amalan seharian yang
harus dilakuka oleh setiap umat Islam yang boleh memberikan faedah kepada
mereka, dari segi penonjolan mereka dan cara mereka bercakap dan bergaul sesama
sendiri.
Apa
sahaja yang negara Arab dan Islam boleh banggakan? Mereka tidak boleh berkata
Islam itu beri faedah kepada mereka, sebab orang semua boleh lihat betapa
hancurnya banyak negara Arab dan Islam lain dengan mata sendiri.
Apa yang berlaku
Mungkin
mereka tidak mendapat faedah dari Islam; dan Islam juga tidak dapat faedah dari
mereka.
Mungkin Islam telah lama tinggalkan negara-negara ini sebab mereka juga telah lebih awal lagi tinggalkan Islam dan hanya mengaku berugama Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya.
Jadi
yang mendapat faedah dari Islam sebenarnya adalah mereka yang tidak berugama
atau atheis dan kafir yang tolak Islam tetapi terima ajarannya.
Negara-negara
maju di dunia sekarang semuanya adalah negara bukan-Islam.
Dan kalau adapun beberapa negara Arab yang boleh dianggap sebagai maju, ini adalah ihsan dari Tuhan yang telah beri mereka minyak dengan banyak yang mana telah berjaya membenarkan negara-negara tersebut jadi kaya-raya.
Tetapi
malangnya, tidak ada sebuah negara Arab yang mempunyai banyak minyak itu telah
gunakan kekayakannya untuk memajukan negara Arab dan Islam lain.
Malah
negara-negara Arab dan Islam lain yang paling mundur seluruh dunia terletak
bersebelahan dengan negara-negara Arab yang maju.
Lihat sahaja
keadaan di Yemen dan Somalia yang berjiran dengan Arab Saudi, Kuwait , Qatar , Emiriyah Arab Bersatu.
Dan
tidak jauh dari mereka terletak Pakistan ,
Bangladesh , Afghanistan , Iraq dan negara-negara Arab lain.