Isnin, 9 Jun 2014

PUNGUTAN SUARA DARI PILIHANRAYA PRESIDEN SYRIA 2014 – PENGELAMAN MEMERHATI PILIHANRAYA SYRIA DI BANDARAYA HOMS.




Seramai 25 wakil dari 20 buah Negara telah dijemput untuk menjadi pemerhati pilihanraya presiden Syaria 2014 yang berlangsung pada 3 Jun yang menyaksikan tiga calon bertanding – Presiden Syria sekarang Bashar al-Asad, Maher Hajar yang merupakan ahli parlimen Syria dan calon bebas, Hassan Alnoori.

Saya merupakan seorang sahaja pemerhati yang dijemput dari Malaysia untuk memerhati perjalanan pilihanraya, yang merupakan satu kerja yang baru buat saya, yang saya boleh anggap sebagai lanjutan kepada minat saya dalam bidang politik dan hal-hal berkaitan dengan kemanusiaan dan filem.

Ia juga beri peluang untuk bergaul dengan mereka dari negara lain termasuk ahli parlimen dari beberapa buah Negara yang telah juga dijemput untuk memerhati perjalanan pilihanraya di sini.

Kebanyakan peserta lain terdiri dari wartawan dan beberapa pegawai pertubuhan anti-perang dan kemanusiaan di Amerika dan barat, yang sudah biasa membuat kerja ini memantu perjalanan pilihanraya di Negara-negara lain.

Dan semua pemerhati tidak dibekalkan dengan sebarang fail atau nota yang mengisi maklumat yang boleh dianggap sebagai usaha untuk membentuk pemikiran dan tangapan kami.

Ia untuk memastikan kebebasan peserta membuat pandangan sendiri tentang apa yang mereka lihat.

Peserta telah tiba di Bandaraya Damsyik di Syria dari Beirut dan Tehran dengan diterbangkan ke sini semalam.

Dan kami telah dipecahkan kepada beberapa untuk dihantar perhati perjalanan proses pilihanraya di beberapa buah bandaraya utama, ke Aleppo, Homs dan sebagainya.

Saya dihantar ke Homs dengan menaikki kenderaan kalis peluru bersama tiga peserta lain dari Amerika dan India, sementara yang lain diterbangkan ke bandaraya Aleppo yang agak jauh dari Damsyik.

Mungkin peluang untuk ke Bandaraya Homs di utara Damsyik merupakan satu pengelaman yang luar biasa sebab bandaraya ini telah dirampas oleh pemberontak dalam gerakan rampas kuasa tiga tahun dahulu, sebelum ia dibebaskan oleh tentera Syria dalam satu perjanjian apabila puak pemberontak telah dikepong.

Homs kelihatan seperti bandaraya lain, kecuali sebahagian darinya yang telah musnah dengan ribuan bangunan swasta dan persendirian hancur dibom bertalu-talu termasuk masjid dan juga gereja.

Syria belum lagi bersedia untuk membangunkan semula kawasan di bandaraya ini, menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya sebab keadaan keselamatan di sini dan di Negara ini juga tidak menentu lagi dengan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, tidak kira siap yang menang pilihanraya.

Tentu tuduhan bermacam-macam akan dan boleh dilempar oleh musuhnya, sekiranya Presiden Bashar al-Assad dipilih oleh pengundi, dan dengan peratusan yang tinggi.

Kami mengambil hampir dua jam dalam kenderaan berkonvoi dengan bersinggah di pejabat gabnor Homs sebelum ke pusat membuang undi.

Dan sepanjang perjalanan dan di Damsyik sendiri tidak kelihatan sepanduk, kain rentang dan poster calon-calon yang bertanding, kecuali gambar-gambar dan poster Presiden Syria sekarang yang kelihatan seperti ia telah lama diletakkan di situ, termasuk di dalam semua sekoleh dimana kebanyakan pusat membuang undi diadakan.

Gereja dan bangunan yang telah dimusnahkan oleh puak pemberontak juga telah menjadi pusat membuang undi.

Dan kami sempat bertemu dengan beberapa orang padri di dua buah gereja lama yang bertutur dalam bahasa Arab dengan seorang dalam bahasa Perancis.

Walaupun Homs juga mempunyai bilangan besar rakyat Syria berugama Kristen tetapi perhubungan mereka dengan rakyat berugama Islam tetap mesra.

Dan pemberontak juga tidak peduli dengan mereka dan terus musnahkan gereja-gereja sama seperti tidak pedulikan masjid-masjid yang ada.

Kami dibawa ke beberapa pusat membuang undi dimana kami dapat melihat proses pengundian dijalankan yang agak berbeza berbanding dengan apa yang diamalkan di Malaysia atau di Negara lain, khususnya apabila orang ramai boleh masuk ke dalam bilik berkerumun.

Dan pengundi juga boleh mengundi dari pagi hingga pukul tujuh malam dengan jangka tamat undi boleh disambung sekiranya terdapat ramai orang yang masih belum mengundi.

Dan lebih dari itu, pengundi di Syria boleh membuang undi dimana-mana pusat membuang undi dan tidak tertakluk kepada satu pusat khas sahaha.

Dari apa yang dapat diperhatikan sejak awal-awal lagi pilihanraya presiden Syria kali ini lebih merupakan satu pungutan suara atau referendum dari sebuah pilihanraya.

Ini disebabkan hampir kesemua pengundi dan mereka tidak layak lagi mengundi oleh sebab mereka belum mencecah usia 18 tahun, tidak dapat mengundi, tetapi mereka sudah mula mengguna suara mereka untuk beri pandangan tentang siapa yang mereka sokong.

Jadi tidak hairan kalau keputusan pilihanraya dibuat besuk, keputusannya amat jelas.

Lagipun, kedua-dua calon yang turut bertanding merupakan watak-watak sampingan dalam politik di Syria, dengan wajah mereka sahaja yang disiar dalam gambar-gambar yang ditampal pada dinding dalam bilik mengundi dengan latarbelakang mereka juga tidak jelas.

Ini berbanding dengan Presiden Bashar al-Assad yang dikenali sejak kecil dahulu, sejak bapanya, Hafiz al-Assad jadi presiden dan sekutu kepada kuasa besar termasuk Amerika.

Laongan, ‘Allah, Syria, Bashar!’ sering dilaong-laongkan oleh penyokongnya dimana kami berada, lebih-lebih apabila mereka sedar ada dikalangan kami membuat rakaman vidio dan gambar pegun, yang memberi makna, ‘Tuhan, Kerajaan dan Raja! dalam bahasa yang ringkas.

Dan menolak Bashar adalah juga bermakna menolak segala-galanya, termasuk perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah diketuai oleh golongan peminpin dulu. Ia adalah satu pengkhianatan.

Proses pilihanraya di sini tidak diguna oleh mana-mana pihak menentang untuk mendapat ganjaran dengan menimbulkan isiu-isiu remeh-temeh seperti dana, hakmilik itu dan ini, dan sebagainya; ia adalah lebih dari itu; ia adalah untuk memastikan kesejhahteraan dan keselamatan rakyat dan Negara dengan masalah-masalah lain diatasi dalam parlimen dan ruang lain.

Dan dari segi ini, rakyat dan pengundi di Syria telah menunjukkan kematangan mereka dengan tidak hiraukan masalah peribadi dan puak untuk menjadi bahan jajaan mana-mana calon atau parti politik.

Pilihanraya ini juga mempunyai dua lain peluang, iaitu untuk memberi rakyat atau pengundi di Syria peluang untuk menyuarakan sokongan mereka kepada Presiden Syria yang ada, dan juga untuk Negara lain khususnya di Barat yang nampaknya cenderong untuk mengkritik pemerihannya yang mereka anggap sudah berlanjutan.

Tetapi apa yang pemimpin di Barat tidak sedar ialah untuk sebuah Negara Arab seperti Syria, apa yang diperlukan ialah pemimpin dan parti yang kukuh yang sudah menunjukkan jasanya untuk membebaskan Negara masing-masing dari kuasa penjajah, dan yang telah membangunkan tahab ekonomi mereka sehingga meletakkanya ke suatu tahab dimana mereka boleh terus maju lagi dalam semua bidang dimasa-masa akan datang.

Mereka tidak perlukan pemimpin baru yang tidak ada perjuangan selain dari untuk menonjolkan diri masing-masing lebih-lebih lagi untuk menunjukkan belang dan temberang masing-masing sebab mereka tidak dapat berserta dengan parti utama Negara tersebut.

Kalau hendak dikatakan, semua Negara di barat juga amalkan sikap seperti ini bila mana mereka tidak beri peluang dan sokongan kepada parti-parti baru, dan kekalkan kewujudan parti-parti lama, dengan barisan pemimpin yang telah dipupuk oleh sistem dalam parti tersebut.

Ini sebenarnya yang berlaku di Amerika, United Kingdom, Australia dan sebagainya termasuk India yang tidak ramai penganalisa politik tidak pernah sentuh atau heboh-hebohkan walaupun mereka bertukar-ganti kerajaan, tetapi yang pentingnya, parti tersebut telah beri sumbangan kepada pembangunan Negara masing-masing dan yang merupakan parti politik cuba-cuba atau eksperimental, dengan ideologi politik yang tidak menentu, yang sering bertukar-tukar ikut selera masing-masing dengan pemimpin mereka tidak dapat melihat jauh dari itu.

Saya telah bertanya dari beberapa orang tempatan, dimana boleh saya bertemu dengan penyokong dua calon lain selain dari Bashar, dan dimana kawasan yang mereka boleh dikatakan mempunyai sokongan.

Mereka toleh ke kanan dan kiri dan geleng kepala mereka. Tidak ada, kata mereka.

Dan mereka terus menyanyi, menari tarian tempatan yang dipanggil Dabke, yang merupakan tarian rakyat, sama seperti joget lambak di Malaysia, dimana sesiapa sahaja boleh masuk dan tari.

Dabke memberi gambaran pemikiran politik dan sokongan rakyat Syria terhadap pemimpin utama mereka, dengan menari ikut rentak yang sama dan bersuka-suka dalam suasana yang mereka telah kecapi sejak sekian lama.




Tiada ulasan: