– IA
ADALAH MASA BAIK UNTUK MERAIKAN HARI TERAKHIR TAHUN LALU SECARA TERSENDIRI…
Oleh
Mansor Puteh
Saya
bernasib baik kerana secara kebetulan, apabila tiba masanya bagi saya untuk
menderma darah untuk kali 400, ia adalah dekat dengan akhir tahun ini, jadi
sayapun melakukannya pada hari terakhir tahun lalu, untuk meraikan hari ini
dengan cara tersendiri.
Saya
mengambil kejayaan ini tidak lain sebagai satu pencapaian peribadi. Perasaannya
adalah tidak seperti terbang ke Angkasa Lepas, atau menjejakkan kaki di puncak
Gunung Everest, usaha yang tidak perlu mengambil masa yang panjang atau payah untuk
mencapainya, terutamanya pada masa sekarang dengan adanya segala peralatan
canggih dan banyak penaja yang bersedia beri segala sokongan.
Tetapi untuk
seseorang dapat menderma darah sebegitu banyak sekali, dia perlu mengambil
lebih daripada empat puluh tahun. Sebab kejayaan ini tidak boleh dilakukan dalam
sekelip mata tetapi yang sepanjang hayat dengan kegitaan yang dilakukan secara
berterusan yang menghabiskan masa setengah tahun hidupnya.
Keenaknya
yang dirasa pula tidak serupa tetapi menarik, lebih-lebih lagi jika ada
kata-kata yang dapat ditulis dan dikongsi, terutama kepada mereka yang
melakukannya dan untuk tatapan mereka yang tidak pernah menderma darah, tetapi
yang perlu menerima darah apabila mereka tidak berada dalam kesihatan yang baik
tersebut dimasa depan bila mereka menghidapi masalah kesihatan dan menjangkau usia
lanjut.
Jadi
saya sengaja merancang untuk menderma buat kali ke-400 pada hari terakhir tahun
lalu dengan buat jadual penggambaran saya ke luar negeri untuk membolehkan saya
untuk menderma darah sebelum dan selepas setiap penerbangan sepanjang tahun lepas.
Kemuncak
kegiatan saya buat tahun lalu ialah penyertaan saya dalam festival filem di
Portugal yang telah memilih dokumentari baru saya untuk pertandingan itu
November lepas.
Mungkin
juga saya boleh dianggap pengarah filem/penulis telah menderma darah paling
banyak sekali di dunia.
Menderma
darah buat kali ke-400 ini, telah membawa saya kembali ke masa apabila saya pertama
kali bersetuju untuk menderma darah semasa belajar di Tingkatan Enam di sebuah
sekolah swasta di Jalan Barat, Petaling Jaya.
Rakan sedarjah
saya, yang bernama Alex, bertanya kepada kalau saya ingin ikutnya untuk menderma
darah di Hospital Universiti, dan saya bersetuju tanpa perlu banyak berfikir.
Alex
yang juga ahli sebuah kumpulan muzik di Kelang dengan nama ‘Yellow Jackets’ telah menderma darah beberapa kali sebelum ini.
Jadi, sekiranya
saya tidak terserempak dengan Alex di luar sekolah pada masa itu, saya tidak pasti
akan menjadi seorang penderma darah selama ini.
Beliau
adalah penderma darah yang pertama saya kenali dan dia juga tidak kelihatan
seperti seorang yang menderma darah.
Malah,
saya boleh menjadi penderma darah paling banyak dalam negara hari ini kalau saya
tidak berhenti menderma darah sebab saya telah pergi belajar di Shahalam dan
kemudian untuk menyambung pelajaran di luar negara dimana saya berhenti
menderma darah selama lima-belas tahun lebih, yang dengan mudah dapat menambah
jumlah penderamaan darah saya lebih daripada tiga ratus kali lagi dari jumlah
sekarang.
Namun
saya sempat menderma darah beberapa kali semasa bekerja sebagai wartawan satu
tahun dengan Utusan Melayu.
Ramai
orang mendapati pelbagai cara yang biasa untuk meraikan hari terakhir tahun lalu,
31 Disember, 2013, dengan melakukan pelbagai perkara yang telah dilakukan lebih
awal oleh orang lain, dengan beberapa dari mereka pasti berakhir dengan
mencederakan diri sendiri yang akan memerlukan beberapa orang lain untuk ganti
darah mereka untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka.
Tetapi
saya lebih suka membelanjakannya untuk menderma darah.
Menderma
darah mengambil banyak masa, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menarik
yang telah mengambil lebih daripada empat puluh tahun dalam kehidupan saya.
Yang
pastinya ialah saya akan terus menderma darah sebab ia sudah menjadi kelaziman
buat saya; sesuatu yang harus saya lakukan. Dan saya harap pihak Pusat Darah Negara
(PDN) akan membenarkan saya untuk menderma darah selagi saya mampu
melakukannya.
Oleh itu
saya rasa kagum dan juga terkejut apabila saya mendapat tahu bagaimana seorang
lelaki di Amerika telah dibenarkan untuk menderma darah pada usia 83 tahun, sementara
di England seorang lelaki berusia 72 tahun yang pada asalnya tidak dibenarkan
menderma darah tetapi kemudiannya diberitahu bahawa dia boleh berbuat demikian.
Sudah
pastinya ialah kedua-dua lelaki tidak menderma darah buat kali pertama, tetapi
sudah kerap menderma darah dalam tempoh masa yang panjang sebelum itu.
Saya
juga dapati bagaimana penderma darah tetap tidak diketahui mengalami sakit jantung,
kegagalan buah pinggang atau paru-paru atau masalah kesihatan utama yang lain, dan
ia amat menyenangkan perasaan.
Para
penderma darah terbanyak di negara masih tidak dikenali oleh rakyat jelata.
Tiada usaha dibuat untuk menonjolkan siapa mereka. Siapa mereka masih satu misteri.
Mereka
yang mengidap penyakit AIDS dan kusta, juga sudah ditonjolkan tetapi mereka
yang telah menderma darah terbanyak di Malaysia masih disorokkan.
Ramai
penderma darah tetap yang telah menderma darah banyak kali berhenti berbuat
demikian setelah sekian lama, tetapi mereka masih tidak diketahui orang dan
tidak diberi pengiktirafan yang memadai dengan sumbangan mereka kepada
masyarkat, secara rasmi atau jujur oleh pihak berkuasa.
Mereka
mungkin orang yang kita sering bertembung di mana-mana yang tidak tahu untuk
mengisahkan pengelaman mereka menderma darah berpuluh-puluh tahun, tidak
seperti penyanyi yang menjadi kebanggaan masyarakat kerana telah dijual begitu
banyak album dan yang berjaya mendpat kejayaan dalam sekelip mata, atau
kanak-kanak sekolah yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang menarik
perhatian media.
Namun
demikian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO )
telah mengeluarkan slogan bahawa ‘A Donor is a Hero’ atau ‘Penderma Darah adalah
seorang Wira’. Jadi dimana wira negara kita?
Saya
memutuskan untuk melakukan sesuatu semasa menderma darah di PDN pada hari itu dengan
menganjurkan sedikit acara kecil secara spontan, dengan menjemput beberapa
jururawat untuk bergambar dengan saya memegang sijil mengatakan bahawa saya
memang telah menderma darah 400 kali pada hari itu.
Dan untuk
mengucap terima kasih kepada mereka, saya beri hadiah cenderamata yang tidak
seberapa dalam bentuk jam tangan kepada lima-belas jururawat untuk memperingati
acara itu.
Saya,
seperti orang lain, juga ingin tahu siapakah orang yang telah menderma darah
paling banyak di Malaysia.
Saya telah
cuba untuk menerbit sebuah dokumentari tentang mereka, tetapi malangnya usaha
ini tidak mendapat apa-apa sokongan atau galakan daripada Kementerian Kesihatan
atau PDN.
Kita
semua tahu bagaimana pegawai-pegawai kanan kementerian dan PDN tidak kelihatan menderma
darah secara berkala dengan memulakan perbuatan ini sejak mereka dalam Tingkatan
Enam lagi, jadi mereka tidak begitu ghairah untuk melihat dokumentari seperti
ini diterbit untuk menonjolkan penderma darah terbanyak di negara.
Saya
diberitahu bahawa penderma darah malu publisiti; mereka tidak gemar untuk
tonjolkan diri sendiri.
Adakah
itu benar? Adakah mereka merasa bersalah untuk menderma darah seperti yang
mereka telah melakukan berdekad-dekad lama, seperti ia satu perbuatan yang
mendatangkan dosa?
Atau
apakah mereka hanya gembira untuk membelek cenderamata yang mereka diberi oleh
PDN dalam bentuk cawan-cawan, pen mata-bulat, kemeja-tee, pin talileher,
kalendar dan payung yang mereka telah diberi selama mereka menderma darah lebih
daripada tiga-puluh untuk empat-puluh tahun?
Adalah
juga malang bahawa mereka tidak diberi pingat gangsa, perak dan emas yang
dijanjikan kepada mereka, apabila mereka telah didermakan untuk dua-puluh,
empat-puluh lapan-puluh kali, satu amalan yang telah dibatalkan oleh pihak
berkuasa lama dulu.
Jika seseorang
itu hanya menandatangani borang untuk menawarkan organ mereka, apabila mereka meninggal
dunia boleh tersenyum secara meluas untuk media dan mendapat publisiti meluas,
untuk menunjukkan bagaimana berkeperimanusiaannya mereka, maka sesungguhnya
penderma darah boleh juga diberi ruang untuk menonjolkan diri mereka supaya
mereka tidak dianggap sebagai angka sahaja dan penderma yang tidak berwajah dan
bernama.
Apa yang
menariknya ialah saya mendapati penderma darah terbanyak di Malaysia terdiri
daripada orang-orang yang telah menderma darah untuk lebih daripada lima ratus
kali, dan mereka semua terdiri dari semua kaum dan orang kebanyakannya sahaja.
Tiada
apa yang luar biasa tentang mereka. Mereka datang ke PDN untuk menderma darah
secara senyap-senyap dan tinggalkannya secara senyap-senyap.
Sebenarnya
ialah orang yang kerap menderma darah dan penderma darah terbanyak di Malaysia kebanyakannya
bukan terdiri dari mereka para profesional atau mereka yang mendapat pendidikan
tinggi di luar negara, atau yang terlibat dalam NGO dan agensi-agensi kemanusiaan
lain.
Saya
juga tidak melihat sebarang ahli sokan negara yang menderma darah secara tetap.
Tidak
ada juga tokoh terkemuka dalam semua bidang yang menderma darah. Tidak ada seorang
ahli parlimen termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti-parti
politik yang menderma darah secara berkala.
Saya tergelak
bila melihat seorang personaliti agama yang berkata bahawa menderma darah
adalah amalan yang baik; namun, beliau sendiri tidak pernah pernah menderma
darah dalam hidupnya.
Memang
dalam banyak hal; lebih mudah untuk sesiapa sahaja untuk memberitahu orang lain
bagaimana mereka boleh berbuat kebaikan dan amal, tetapi ia tidaklah begitu
mudah untuk mereka itu sendiri untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan