…DAN
AJARAN SUNNAH WAL-JAMMAH YANG SEPATUT DAN KONONNYA DIAMAL PENGANUTNYA.
Oleh
Mansor Puteh
Mana
pegawai jabatan ugama di Malaysia ?
Tidakkah mereka sedar tentang kemungkaran yang berlaku terang-terang?
Pegawai
mereka hanya ambil tindakan terhadap pasangan bukan muhrim yang berkhalwat
secara tersorok-sorok, tetapi mereka pejamkan mata kepada perbuatan yang sama
yang dilakukan secara terang-terang dan dirakam secara terbuka untuk penyiaran
untuk tontonan awam.
Itulah sebabnya
kenapa terdapat banyak perbuatan khalwat dan sumbang dilakukan oleh orang Islam
termasuk mereka yang bukan muhrim dan juga pasangan yang sudah bernikah, yang
menunggang motosikal kecil mereka ke mana-mana sambil berpeluk-pelukan.
Pemandangan seperti ini tidak dapat dilihat di negara-negara Arab dan Islam lain, jauh sekali di
Tetapi ternyata orang
Tetapi di Malaysialah dimana terdapat ramai orang Islam yang membuat kemungkaran secara terbuka dan tersorok, tetapi ia tidak diberkas dan dilarang secara terang-terang dengan diadakan undang-undang tertentu untuk melarang sesiapa dari melakukannya.
Media di
Malaysia juga tidak mengamalkan ajaran Sunnah Wal-Jamaah dengan adanya berita
tentang kemungkaran yang dilakukan di barat dan seluruh dunia sehinggakan
masyarakat seniman terikut-ikut.
Tetapi
bagaimanapun, kita harus mengaku bahawa terdapat ramai orang Iran khususnya
dikalangan wanitanya yang bercador dan berhijjah semasa di negara sendiri,
tetapi apabila mereka pergi ke negara lain, mereka akan tanggal pakaian ini
untuk mendedahkan pakaian senteng mereka, sehingga berlebihan dan menampakkan
bukan sahaja aurat, tetapi dari itu.
Dan
suami serta emak dan bapa mereka juga tidak hiraukan.
Mungkin
kebanyakan orang Iran yang
mampu melancong ke luar negara terdiri dari mereka yang berkemampuan atau
berada, dan ada dikalangan mereka tidak benar-benar mengikuti ajaran Islam,
berbanding dengan sekumpulan kecil yang mengikutnya serta mengamalnya walaupun
mereka berada luar dari Iran .
Dan kita juga sering dengar cerita dan dapat melihat orang lelaki dari negara Arab Saudi yang berpakaian jubah semasa di negara sendiri tetapi apabila mereka pergi ke negara lain yang bukan negara Islam, mereka akan minum arak dan berfoya-foya dengan wanita tempatan.
Jadi
akhirnya, berkhalwat di Malaysia ,
hanya untuk pasangan yang tidak muhrim yang dilakukan secara tersorok.
Dan
ajaran Islam Sunnah Wal-Jamaah seperti yang diamalkan di Malaysia
hanyalah pengakuan sahaja dan tidak diamalkan secara betul dan benar.
Jadi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang membuat hal di dalam bilik hotel, yang biasanya jenis murah yang dilakukan sekali-sekala untuk media.
Tetapi
perbuatan khalwat berlaku secara terang-terang, tetapi tindakan tidak diambil.
Contohnya,
dalam drama televisyen ada pelakon yang tidak muhrim yang berlakun sebagai
kekasih berada di dalam keadaan yang mencurigakan, dan pasangan yang bermain
watak suami-isteri berada dalam bilik tidur dan berbaring serta bercanda, dan
sebgainya…
Tidakkah ini perbuatan khalwat? Apa yang boleh dikatakan khalwat dan perbuatan tidak sopan?
Dan lebih teruk lagi ialah, apabila pasangan anak muda remaja yang menunggan motosikal kecil yang berpeluk-pelukan sepanjang perjalanan. Tidakkah ini khalwat?
Juga, pasangan suami-isteri yang menunggang motosikal dan juga berpelukan di atas motosikal kecil mereka; tidakkah ini perbuatan sumbang yang dilarang oleh Islam?
Tetapi kenapa tindakan tidak diambil oleh mana-mana pihak untuk melarang mereka dari melakukan perbuatan seperti ini?
Kepada
mereka khalwat itu hanya dilakukan oleh pasangan yang tidak muhrim di tempat
terpencil sahaja dan tidak yang dilakukan secara terang-terang di atas pentas,
dalam drama televisyen atau filem dan lebih dari itu di atas motosikal kecil
yang berlaku setiap hari.