Ahad, 20 Julai 2014

BERKHALWAT DI ATAS MOTOSIKAL, DALAM DRAMA PENTAS DAN TELEVISYEN DI MALAYSIA

…DAN AJARAN SUNNAH WAL-JAMMAH YANG SEPATUT DAN KONONNYA DIAMAL PENGANUTNYA.
Oleh Mansor Puteh


Mana pegawai jabatan ugama di Malaysia? Tidakkah mereka sedar tentang kemungkaran yang berlaku terang-terang?

Pegawai mereka hanya ambil tindakan terhadap pasangan bukan muhrim yang berkhalwat secara tersorok-sorok, tetapi mereka pejamkan mata kepada perbuatan yang sama yang dilakukan secara terang-terang dan dirakam secara terbuka untuk penyiaran untuk tontonan awam.

Itulah sebabnya kenapa terdapat banyak perbuatan khalwat dan sumbang dilakukan oleh orang Islam termasuk mereka yang bukan muhrim dan juga pasangan yang sudah bernikah, yang menunggang motosikal kecil mereka ke mana-mana sambil berpeluk-pelukan.

Pemandangan seperti ini tidak dapat dilihat di negara-negara Arab dan Islam lain, jauh sekali di Iran dimana mereka dikecam mengamalkan ajaran Syiah dan bukan Sunni.

Tetapi ternyata orang Iran lebih mengamalkan ajaran Islam yang secara lahiriahnya lebih menepati ajaran Islam sebenarnya kecuali kepada beberapa perkara yang mereka dikatakan mengamalnya secara tidak sama dengan penganut Islam mahzah Sunnah Wal-Jamaah seperti yang dikatakan diamal di Malaysia.

Tetapi di Malaysialah dimana terdapat ramai orang Islam yang membuat kemungkaran secara terbuka dan tersorok, tetapi ia tidak diberkas dan dilarang secara terang-terang dengan diadakan undang-undang tertentu untuk melarang sesiapa dari melakukannya.

Media di Malaysia juga tidak mengamalkan ajaran Sunnah Wal-Jamaah dengan adanya berita tentang kemungkaran yang dilakukan di barat dan seluruh dunia sehinggakan masyarakat seniman terikut-ikut.

Tetapi bagaimanapun, kita harus mengaku bahawa terdapat ramai orang Iran khususnya dikalangan wanitanya yang bercador dan berhijjah semasa di negara sendiri, tetapi apabila mereka pergi ke negara lain, mereka akan tanggal pakaian ini untuk mendedahkan pakaian senteng mereka, sehingga berlebihan dan menampakkan bukan sahaja aurat, tetapi dari itu.

Dan suami serta emak dan bapa mereka juga tidak hiraukan.

Mungkin kebanyakan orang Iran yang mampu melancong ke luar negara terdiri dari mereka yang berkemampuan atau berada, dan ada dikalangan mereka tidak benar-benar mengikuti ajaran Islam, berbanding dengan sekumpulan kecil yang mengikutnya serta mengamalnya walaupun mereka berada luar dari Iran.

Dan kita juga sering dengar cerita dan dapat melihat orang lelaki dari negara Arab Saudi yang berpakaian jubah semasa di negara sendiri tetapi apabila mereka pergi ke negara lain yang bukan negara Islam, mereka akan minum arak dan berfoya-foya dengan wanita tempatan.

Jadi akhirnya, berkhalwat di Malaysia, hanya untuk pasangan yang tidak muhrim yang dilakukan secara tersorok.

Dan ajaran Islam Sunnah Wal-Jamaah seperti yang diamalkan di Malaysia hanyalah pengakuan sahaja dan tidak diamalkan secara betul dan benar.

Jadi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang membuat hal di dalam bilik hotel, yang biasanya jenis murah yang dilakukan sekali-sekala untuk media.

Ada juga yang diserbu di dalam semak dan tempat terpencil. Ini sahaja, nampaknya, yang dipanggil khalwat di Malaysia.

Tetapi perbuatan khalwat berlaku secara terang-terang, tetapi tindakan tidak diambil.

Contohnya, dalam drama televisyen ada pelakon yang tidak muhrim yang berlakun sebagai kekasih berada di dalam keadaan yang mencurigakan, dan pasangan yang bermain watak suami-isteri berada dalam bilik tidur dan berbaring serta bercanda, dan sebgainya…

Tidakkah ini perbuatan khalwat? Apa yang boleh dikatakan khalwat dan perbuatan tidak sopan?

Dan lebih teruk lagi ialah, apabila pasangan anak muda remaja yang menunggan motosikal kecil yang berpeluk-pelukan sepanjang perjalanan. Tidakkah ini khalwat?

Juga, pasangan suami-isteri yang menunggang motosikal dan juga berpelukan di atas motosikal kecil mereka; tidakkah ini perbuatan sumbang yang dilarang oleh Islam?

Tetapi kenapa tindakan tidak diambil oleh mana-mana pihak untuk melarang mereka dari melakukan perbuatan seperti ini?

Kepada mereka khalwat itu hanya dilakukan oleh pasangan yang tidak muhrim di tempat terpencil sahaja dan tidak yang dilakukan secara terang-terang di atas pentas, dalam drama televisyen atau filem dan lebih dari itu di atas motosikal kecil yang berlaku setiap hari.




Tiada ulasan: