APA
MASALAH DAN SEBABNYA DAN PERLUKAH ANGGOTA BERPAKAIAN SERAGAM DIKENAKAN UJIAN
HELAH ATAU ‘LIE DETECTOR TEST’?
Oleh
Mansor Puteh
Anggota
polis dan pegawai pakaian seragam dan jenayah, kena-mengena. Siapa yang kena,
dan siapa yang terkena?
Anggota
berpakaian seragam benteras jenayah. Tetapi kadang-kadang ada yang terpedaya
dengan kuasa yang mereka ada dan peluang yang terdedah di hadapan mereka
sehinggakan ada segelintir mereka yang terjebak dengan jenayah.
Ini
bukan satu tuduhan melulu. Ia adalah fakta. Ini berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi
di seluruh dunia, membabitkan anggota biasa dan yang agak tinggi.
Dan anggota
polis termasuk inspektor dan pegawai kanan polis pernah dituduh terlibat dengan
jenayah dengan beberapa orang yang akhirnya dihukum di mahkamah.
Dan
tidak menghairankan kalau anak-anak anggota polis juga terlibat dengan jenayah.
Kenapa
ini boleh berlaku? Jumlahnya kecil.
Yang
peliknya ialah bapanya anggota polis, tetapi anak mereka ada yang tidak
hiraukan tentang undang-undang.
Dulu
masalah seperti ini tidak berlaku tetapi sekarang ini ia berlaku, walaupun
jumlahnya kecil.
Tujuan
artikel ini ditulis adalah khusus untuk mengkaji tentang aspek psikologi dan
bukan untuk menuduh anggota polis terlibat dengan perbuatan jenayah.
Dan
berapa anggota Jabatan Kastam juga yang dikatakan terlibat dengan jenayah?
Dan
bagaimanapula mereka di Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ?
Kenapa
ia boleh berlaku?
Mungkin sistem yang ada tidak lengkap yang tidak boleh mengelakkan mana-mana anggotanya dari terdedah dengan jenayah.
Mungkin sistem yang ada tidak lengkap yang tidak boleh mengelakkan mana-mana anggotanya dari terdedah dengan jenayah.
Saya
lihat seorang lelaki agak dewasa bermain mercun. Dia berkumpulan oleh sebab itu
dia berani buat jahat.
Kalau
dia sendirian, dia pasti tidak akan bercakap dengan kuat jauh sekali mahu main
mercun di khalayak awam dan rasa megah dan gembira sebab dia boleh
melakukannya.
Seorang lain beritau saya, budak itu adalah anak seorang anggota polis jawatan rendah, mungkin polis konstabel. Bila ditegur, dia menjadi berang dan lepaskan beberapa mercun lain.
Dia
tidak hiraukan yang dia berada di kawasan kediaman dan waktu pula sudah malam
dan dalam bulan Ramadan al-Mubarak.
Mereka
bakar mercun untuk menghalau hantu seperti yang dilakukan oleh orang Cina, dalam
bulan mulia seperti ini yang dicemar dengan bunyi bising dan bau busuk dari
asap mercun dan perbuatan buruk dari pemuda Melayu yang berkumpulan duduk
beberapa jam sambil minum air segelas.
Dan seorang lagi beritau kedainya dirompak. Bila dia berkas pemuda Melayu yang mencuri, dan apabila polis datang, dia kata dengan kuat, ‘Bapa saya sarjen!’
Siapa
yang menyuruh dia bercakap seperti itu? Dan sejak bilakah dia sedar bapanya
seorang anggota polis dan dia juga tahu undang-undang apa yang dia boleh
tentang dengan menyebut perkataan pendek seperti itu?
Dan saya
diberitau oleh sebab itu pemuda itu tidak diambil sebarang tindakan dengan
pemuda itu diberkas sementara dan dilepaskan begitu sahaja, dan dia akan ulang
perbuatan seperti itu dan kalau terpaksa akan mengulang berkata perkataan yang
sama juga.
Tetapi perkara yang boleh dibincangkan di sini ialah apakah sistem di kaunter JPJ, Puspakom, Jabatan Kastam di sempadan dan jabatan lain termasuk Polis cukup baik sehinggakan ia tidak memberi sebarang ruang untuk mana-mana anggota mereka yang mahu mendapat ganjaran dari pekerjaannya?
Saya
diberitau untuk sesiapa yang mahu lepaskan kenderaan potong dari Puspakom ada
caranya. Dan untuk tukar hakmilik kenderaan di JPJ dengan cepat, juga ada
caranya.
Tetapi
kenapa ada anggota pihak berkuasa yang mahu berbuat demikian? Dan kenapa
anggota kastam dan polis disempadan juga mahu berbuat demikian?
Mereka kononnya orang Islam. Mereka kononya profesional. Mereka kononnya mahu jaga kepentingan negara.
Mereka kononnya orang Islam. Mereka kononya profesional. Mereka kononnya mahu jaga kepentingan negara.
Tetapi
berapa ramai orang asing yang telah berjaya masuk ke dalam negara dan keluar
dengan mudah.
Seorang beritau saya dia bayar hanya RM50 untuk pergi ke Singapura dengan menyorok dalam lori, dan balik dengan membayar dengan harga sama.
Dan orang
Dari situ mereka dibawa di dalam sebuah kereta untuk pergi ke
Begitu
mudah untuk masuk ke dalam negara dan juga keluar.
Seorang pemudaMyanmar balik
ke negaranya bercuti tiga bulan dengan mengguna lorong tikus, iaitu
menyeberangi sempadan Siam
dan kemudian naik bas ke Myanmar .
Dia kemudian pulang ke Malaysia
mengikut jalan sama.
Seorang pemuda
Tetapi
yang peliknya juga ialah kenapa ada anak anggota polis berpangkat rendah
biarkan anak mereka terlibat dengan jenayah walaupun jenis jenayah yang mereka
lakukan adalah mencuri barang-barang untuk dijual?
Tidakkah
mereka yang mendidik anak-anak mereka untuk menghormati undang-undang sama
dengan mereka yang dilatih untuk menghormati dan juga menguatkuasa
undang-undang?
Saya
masih ingat dulu anak-anak anggota polis yang gemar menjaga kebersihan dan
sepatu mereka sering berkilat. Mereka mengilatkan sepatu kulit hitam bapa
mereka dan mereka turut berpakaian kemas.
Mereka
juga tidak terlibat dengan jenayah dan guna nama bapa mereka kalau mereka
didapati terlibat dengan jenayah kecil.
Saya
bertemu dengan beberapa pendatang dari Rohingya yang telah lama menetap sebagai
pelarian di Malaysia
yang kini telah dipindahkan ke Amerika.
Mereka
berkata bahawa di Amerika anggota polis tidak menunjuk perangai bengis; mereka
juga tidak minta RM500 untuk ‘lepaskan’ mana-mana orang asing dan mereka tidak
tahan mana-mana orang awam tanpa sebab tertentu.
Mereka
menceritakan pengelaman semasa menetap di beberapa tempat di Malaysia selama
lebih sepuluh tahun.
Mereka
bawa orang Rohingya itu dalam kereta dan rampas talipon dan wang yang mereka
ada sebelum suruh mereka keluar dari kereta.
Mungkin
satu cara yang paling berkesan ialah untuk pihak berkenaan mengenakan atau
mengadakan ujian helah atau ‘lie detector’ kepada anggota mereka untuk
mengenalpasti kalau mereka ada terlibat dengan jenayah seperti menerima rasuah
dan sebagainya.
Inilah cara
yang paling berkesan yang boleh diadakan. Dan anggota berkenaan usah kuatir
sebab kalau mereka tidak terlibat dengan jenayah, mereka tidak perlu risau.
Dengan adanya
ujian seperti ini yang diiktiraf oleh pihak berkenaan di Amerika dan di
negara-negara lain, sudah pasti anggota berkenaan di Malaysia akan rasa cemas
kalau-kalau apa yang mereka mahu sorokkan itu boleh didedahkan oleh mereka
sendiri dari ujian ini.
Bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan