Ramai orang pergi melancong dan hanya
tahu mengambil gambar di tempat menarik di negara yang dilawati; ramai yang
hanya tahu membeli-belah barangan tempatan dan bersiar-siar.
Saya tidak pergi melancong tetapi menggembara ke negara luar, dan ambil ratusan malah ribuan gambar serta vidio.
Lebih dari itu saya mahu tahu dengan
lebih rapat suasana dan masyarakat di sana
dan lebih-lebih lagi sejarah kegemilangan mereka.
Saya rasa gembira dapat ke
Tetapi berbeza dengan orang lain,
saya dapat menghasilkan sebuah novel berjudul, ‘Kampung Ayer , Brunei ’
dan kemudian dijadikan sebuah skrip filem dengan judul yang sama dalam Bahasa
Melayus atau ‘The Brunei Man’ dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa,
kalau ia dapat diterbitkan.
* * * * * * *
Banyak telah ditulis dan diperkatakan
tentang Negara Brunei Darusallam. Dan tentu negara dalam benua Asean ini amat
menarik perhatian orang luar, khususnya orang Melayu dan Islam keseluruhannya.
Jadi, tidak hairanlah kalau saya turut menunggu peluang untuk melawat ke negara
ini.
Akhir sekali, cita-cita saya untuk
melawati negara ini buat pertama kali menjadi kenyataan dalam bulan Mac lalu apabila saya sempat bersinggah selama
dua-belas jam di negara ini dalam rangka lawatan ke Negeri Cina.
Oleh sebab pesawat yang saya naikki
itu pesawat Diraja Brunei ,
maka tidak hairanlah kalau ia membuat pendaratan di Bandar
Seri Begawan untuk menukar ke pesawat lain yang
boleh bawa saya ke Beijing ,
ibukota Negeri Cina.
Pertamanya iaiah ia terletak di
Tenggara Asia , jadi tanaman dan pokok-pokok
serta kayu-kayannya mirip yanq terdapat di negara lain di benua Asean sendiri.
Keduanya, ialah, penduduknya pada
keseluruhannya terdiri dari orang Melayu dan Islam menjadi ugama rasminya.
Ketiga, terdapat banyak mesjid-mesjid
yang indah dan merarik terletak dibanyak tempat, jadi, walaupun saya pertma
kali berada di Brunei ,
saya, tidaklah rasa asing. Tambahan pula penduduknya faseh berbahasa Melayu,
iaitu bahasa rasmi negara ini, walaupun di peringkat biasa, penduduk di sini
mengguna loghat tempatan dan terdapat banyak perkataan-perkataan yang tidak
pernah saya, sebagai orang Melayu Malaysia dengarnya.
Namun demikian, kalau dilihat diparas
rasmi, Bahasa Melayu standard digunakan. Malah, boleh dikatakan Brunei lebih mendekati Malaysia jika dibandingkan dengan Indonesia . Ini
dapat dilihat dengan terdapat rancangan-rancangan televisyen Malaysia , buku-buku, majalah dan artis-artis
dari Malaysia yang amat
disenangi di Brunei
ini.
Jadi, tidak hairanlah kalau saya kata
bahawa datang ke Bunei ini tidak sama seperti pergi melawat ke sebuah negara
asing, khususnya oleh rakyat Malaysia
berketuruna Melayu. Perasaan ini dapat juga dirasa, apabila saya melawati Indonesia .
Mungkin juga rakyat Brunei yang berkunjung ke Malaysia dan Indonesia akan dapat merasakaan
perhubungan yang erat diantara rakyat negara-negara berkenaan.
Ini bukan sahaja disebabkan terdapat
perhubungan diperingkat ugama, bahasa dan bahasa serumpun yang samu, bahkan
dari segi nilai hidup dan budaya.
Cuma yang dapat membuat kita rasa
kelainan apabila berada di Brunei
ini ialah apabila kita lihat di alam sekelilling Brunei yang lebih tertip dan
tenteram.
Berbanding dengan Kuala
Lumpur atau di bandar-bandar utama lain diseluruh Malaysia di
mana terdapat banyak kereta yang berpusu-pusu menuju ke satu arah tertentu dan
beribu-ribu orang awam di pasaraya atau pusat membeli-belah dan tempat awam,
tetapi di Bunei ini nampaknya ini kurang berlaku.
Memang Brunei sebuah negara yang mempunyai
tanah yang luas berbanding dengan jumlah penduduk yang ag.ak kecil,
maka tidak hairanlah kalau kita lihat ibukota negara ini iaitu Bandar Seri
Begawan lega dengan bangunan-bangunan merebak dan tidak terkumpul disatu
kawasan pusat dengan bangunan mencakar hingga ke langit.
Dan jalan raya moden di Brunei tidak
mengalakkan pemandu memandu kereta dengan pantas berbanding dengan jalan raya
di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia di
mana pemandu sering memecut dengan pantas sehingga berlakunya pelanggaran yang
ngeri yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
Tambahan pula di Brunei jalan
rayanya sering ditanamkan dengan pokok-pokok di kiri-kanan jalan, dan ini
bukan sahaja membuat pemandangan selesa, bahkan menyerikan suasana.
Malah boleh dikatakan Bandar Seri Begawan dan seluruh Brunei lebih mirip sebuah taman
yang luas dengan tanaman dan pokok bunga dijaga dengan rapi untuk mengindahkan
seluruh negeri.
Mungkin juga pusat perusahaanan di Brunei ini
tidak terletak di tengah bandar, maka tidaklah berlakunya pencemaran udara
seperti yang terdapat di bandar-bandar utama dunia lain.
Tambahan pula kesemua kenderaan
adalah jenis yang baru dan dijaga dengan baik, jadi pencemaran asap dari
kenderaan tidak berlaku.
Ini semuanya membuatkan negeri Brunei ini indah
jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang tidak dapat mengawal
tahab pencemarannya dan jumlah kenderaannya.
Saya anggap bahawa lawatan singkat ke
Brunei
selama dua-belas jam itu sebagai suatu pengelaman yang luarbiasa. Jika
dibandingkan dengan lawatn lain saya ke duya-puluh-lapan buah negara
lain. Saya boleh merasakan berada di Brunei
ini seperti berada di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi atau Republik
Islam Iran
yang mana tahab penghayatan rakyat dan pemerintah terhadap ugama Islam adalah tinngi.
Jadi, kebetulan juga bila saya
berada di Tehran dalam bulan Februari 1994 dulu, Sultan Brunei, Sultan
Hassannal Bolkiah turut membuat lawatan rasmi ke negara itu.
Jadi, banyaklah bendera Brunei dikibarkan di seluruh ibu kota Tehran untuk mengalu-alukan
keberangkatan tiba Sultan Brunei
ke negara ini. Dan terlihatlah juga wajah tuanku dalam acara dalam televisyen Iran selama beberapa hari sultan itu berada di Iran .
Walaupun kunjungan saya ke Brunei
begitu singkat, tetapi oleh sebab perancangan yang rapi oleh pihak syarikat
pelancongan dengan dibantu oleh pihak Brunei sendiri, maka sayapun berpeluang
untuk berkunjung ke banyak tempat di sekitar Bandar Seri Begawan dan di kawasan
sekilarnya, dengan lawatan paling jauh iaitu Taman Jerudong yang dibuat pada
waktu malam apabila lampu-lampu dipasangkan dan permainan bercorak hiburan
taman diadakan secara percuma untuk pengunjung.
Say,a diberitau bahawa
taman hiburan ini belum siap seluruhnya dan cuma dua peringkatnya sahaja teiah
disiapkan. Jadi, tidaklah dapat sesiapa, bayangkan betapa menariknya taman
hiburan ini jika ia disiapkan kelak seluruhnya dalam beberapa tahun akan
datang. Tentu sekali ia boleh menjadi
taman hiburan yang paling menarik seluruh Tenggara Asia. Apatah lagi ia
percuma.
Mungkin juga taman hiburan ini boleh
menjadi daya penarik pengunjung atau pelancung dari Tengara Asia dan Benua Asia
sendiri untuk mengunjung ke Brunei untuk menikmati hiburan di taman ini secara
percuma, jika dibandingkan dengan taman hiburan di Hong Kong, Tokyo atau
Amerika atau negeri Perancis yang mengenakan tiket yang mahal.
Dengan penerbangan oleh pesawat
diraja Brunei kini yang
menjangkau ke seluruh dunia, maka tidak hairanlah kalau Brunei dan
tempat-tempat menariknya dapat menarik lebih ramai orang luar untuk mengunjung
ke negara ini.
Tentu ada sesuatu yang lain yang
terdapat di Brunei ini yang
tidak terdapat di negara-negara jiran seperti Singapura, atau Malaysia
sekalipun, yang mana orang luar dapat rasakan.
Cuma satu perkara harus ditekankan di
sini ialah di Bandar Seri Begasan tidak terdapat banyak hotel atau hotel dengan
kadar sederhana untuk membolehkan pelancong biasa dengan kadar yang rendah,
jika dibandingkan dengan hotel-hotel bertaraf dunia, yang terdapat kini yang
mengenakan kadar yang tinngi.
Mungkin orang luar berfikir dua atau
tiga kali untuk datang ke Brunei
oleh sebab kemudahan penginapan di sini tidak sesuai dengan kadar termampu
untuk pelancong biasa.
Bagaimanapun, saya yakin Bandar Seri Begawan akan
sekian hari meningkatkan dari segi kemudahan bagi pelancong biasa dan sederhana
dan boleh menerima lebih ramai pelancong luar negeri dimasa-masa akan datang.
Dan sudah tentu lebih banyak
tempat-tempat bersejarah yang menarik dapat disediakan oleh pihak berkenaan
untuk pelawat asing melihat dan mengkaji sejarahnya.
Sudah tentu mesjid-mesjid indah
seperti Mesjid Sultan Hassanal Bolkiah dan Mesjid Sultan Ali Omar Sharifuddin
yang megah itu sudahpun dikenali di seluruh dunia. Malah pemandangan Bandar Seri Begawan tidak
lengkap tanpa Mesjid-mesjid berkenaan.
Saya penuh yakin bahawa di masa-masa
akan datang Bandar Seri Begawan boleh menerima pengunjung-pengunjung dari
seluruh dunia khususnyu dari Dunia Melayu dan
Dunia Islam sebab mereka lebih serasi berada di negara ini sebab
suasananya tidak dicemar dan tidak pula kehidupan masyarakat Brunei kebaratan
dan penuh kepura-puraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan