Ahad, 27 September 2015

ADAKAH KELANTAN NEGERI PETUALANG KEPADA BANGSA MELAYU DAN UGAMA ISLAM – HANYA PANDAI SOKONG PAS UNTUK MEMECAH-BELAHKAN BANGSA SENDIRI DAN UNTUNGKAN ORANG LAIN?



Tidak sesiapa yang dapat melihatnya, tentang bagaimana sebuah negeri Melayu telah menyebabkan Bangsa Melayu di Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku; dimana Orang Melayu rasa seperti penggemis di negara sendiri dengan kaum pendatang diberi segala-galanya yang diminta.


Ya, kaum pendatang adalah orang yang datang dari luar Nusantara Melayu dan mereka akan dianggap sebagai pendatang sampai bila-bila, mahu atau tidak mahu, sama juga olehsebab mereka mahu dikenali sebagai orang dari kaum sendiri walaupun mereka mempunyai kerakyatan sama.

Dan Sultan Kelantan mesti ambil kisah; tabiat rakyat Kelantan amat memalukan khususnya orang yang mengaku hebat tentang Islam, tapi tidak faham kenapa Kelantan dan negeri-negeri Melayu lain setuju untuk bersatu.

Mungkin penasihat Sultan tidak pernah beritahu kepada Sultan Kelantan tentang perkara ini maka Sultan tidak pernah memikirkannya dan pemimpin utama Parti Islam SeMalaysia atau PAS yang harus dipersalahkan.

Dan pakar sejarah dan para ilmuan di Kelantan dan di Malaysia juga harus dipersalahkan sebab tidak seorang dari mereka yang pernah bercakap tentang perkara ini seperti ini.

Saya percaya kalau Sultan Kelantan dahulu lagi telah diberitahu tentang perkara ini, Baginda sudah pasti akan mendapat pandangan yang lebih baik tentang kenapa Kelantan khususnya mundur dan kenapa Bangsa Melayu kini berpecah dengan mudah dikotak-katik seperti yang berlaku sekarang.

Memang ia bukan dalam bidang kuasa mana-mana Raja di Malaysia untuk masuk campur dalam hal politik; tetapi apa yang dibincangkan bukan tentang politik tetapi kewujudan dan kelangsungan Bangsa Melayu dan kemuliaan Ugama Islam yang mana Raja-Raja Melayu ada hak dan kuasa untuk beri pandangan dan cadangan.

Sama juga dengan Raja Siam yang masuk campur dalam hal dalam negara Siam apabila Baginda dapat melihat negaranya menjadi porak-peranda dan seru kepada mana-mana pihak untuk menjaga kedaultan negara mereka.

Dan pemimpin politik yang bertelagah terus berdamai dan Negeri Siam atau Thailand kini boleh dianggap sebagai sudah berada didalam keadaan lebih tenteram dan damai.

Apa untungnya Kelantan dengan adanya PAS? Apa untungnya Islam dan Bangsa Melayu dengan adanya PAS? Tidak ada.

Kalau adapun ia adalah untuk melambatkan proses pembangunan Bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Kalau adapun ia telah menyebabkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia berpecah.

Ini sahaja ‘sumbangan’ PAS kepada negara.

Ini yang amat menghairankan sebab ada orang kata PAS telah berbuat bermacam-macam untuk menyebarkan syair Islam di Malaysia.

Mereka tidak sedar bahawa PAS tidak pernah berjaya melakukannya, dan sehingga kini parti ini tidak boleh berbuat sesuatu ke arah ini dan hanya boleh memecah-belahkan Melayu. Ini sahaja ‘kejayaan’ yang mereka boleh banggakan.

Kelantan sebuah kerajaan bergabung dengan lapan kerajaan Melayu lain untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu.

Tetapi berapa ramai orang Melayu khususnya sekarang yang sedar tentang perkara ini?

Mereka tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa Malaysia terdiri dari pergabungan sembilan kesultanan Melayu lama yang mahu bersatu dengan hasrat untuk memperkukuhkan kedudukan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, supaya kesembilan negeri Melayu itu tidak menjadi negara-negara bebas dan bersendirian.

Ini satu tindakan yang bijak yang dibuat oleh raja-raja Melayu dulu.

Tetapi apakah orang yang hidup di dalamnya sedar tentang hasrat murni ini?

Ramai yang sedar. Tetapi malangnya rakyat Kelantan khusus ulamak mereka tidak. Mereka mahu Melayu berpecah dengan mengguna Islam sebagai ‘batu penghalang’ maksudnya di sini mereka mahu supaya Melayu berpecah dan kukuhkan kedudukan orang lain.

Mereka telah berjaya melakukannya sehingga kini.

Olehsebab Kelantanlah maka Melayu di Malaysia mundur dan yang lebih mundur ialah Melayu di Kelantan itu sendiri.

Masalahnya ialah mereka lebih sokong segelintir orang yang mengaku ulamak tetapi hanya tahu memecah-belahkan Melayu.

Adakah pihak istana di Kelantan sedar tentang perkara ini?

Sejarah ini nampaknya tidak diingat oleh ramai orang Melayu yang dewasa sekarang, khususnya mereka yang gemar berbalah sesama sendiri, termasuk mereka dalam PAS dan penyokong buta-tuli mereka di Kelantan yang bangga dengan Kelantan walaupun mereka tidak sedar Kelantan tidak akan wujud tanpa ia bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu sejak dulu sehingga sekarang.

Malah sehingga sekarangpun negeri ini masih mundur dan boleh dianggap negeri paling mundur di seluruh negara. Negeri Melayu yang paling mundur.

Ini disebabkan rakyat mereka tidak sedar mereka sokong sebuah parti yang kononnya Islam tetapi yang hanya boleh membuat negeri ini terus mundur.

Tujuan sebenarnya kesembilan kerajaan Melayu bergabung ialah dengan niat untuk menyatukan Bangsa Melayu supaya ia tidak berpecah untuk tujuan supaya kesemua negeri Melaka boleh maju bersama.

Ini niat yang kesemua sultan Melayu ada.

Tetapi malangnya, cita-cita ini tidak kesampaian olehsebab proses politik barat ala Amerika yang diperkenalkan kemudian telah merosakkan hasrat ini, khususnya dengan adanya parti kononnya parti politik Islam.

Negeri-negeri Melayu sudah bersatu dengan Sultan-Sultan bersepakat, tetapi Kelantan akhirnya menjadi negeri Melayu yang paling mundur di Malaysia.  

Dan sehingga kini orang Melayu tidak dapat bersatu olehsebab ada orang khususnya dari Kelantan yang rasa bangga dengan diri sendiri; malah terlalu bangga dengan kononnya ilmu tentang Islam yang mereka telah memperolehi dari beberapa universiti di negara Arab dan juga India dan Pakistan.

Mereka rasa mereka lebih bijak; tetapi akhirnya kelakuan dan tindak-tanduk mereka telah menyebabkan Bangsa Melayu di Tanah Melayu sendiri tidak dapat disatukan.

Sultan-Sultan khususnya Sultan Kelantan seharusnya rasa sedih atau murka sebab hasrat baginda itu tidak kesempaian; rakyat Kelantan tidak bijak ambil tindakan untuk menguntungkan Melayu dan mahu meminggirkan negeri Kelantan seningga ia begitu mundur sekarang.

Dan negeri yang telah menyebabkan Bangsa Melayu tidak dapat bersatu ialah Kelantan.

Dan rakyat Kelantan harus dipersalahkan sebab mereka telah memberi sokongan kepada parti berkenaan untuk memecah-belahkan Melayu, sedangkan mereka sedar bahawa hasrat mereka tidak akan kesampaian dengan Melayu rata-rata tolak mereka, kecuali orang dan pengundi Kelantan sahaja.

Jadi apakah Kelantan dan rakyat mereka boleh dianggap sebagai petualang kepada penyatuan Bangsa Melayu di Tanah Melayu sehingga kini?

Kebanyakan orang di Kelantan begitu taksub kepada pemimpin utama PAS sehinggakan mereka tidak dapat melihat keadaan daif yang mereka telah mengalami selama ini tinggal dalam rumah usang dan tercampak ke negeri-negeri lain di Malaysia untuk buat kedai makan sebab mereka tidak dapat peluang untuk majukan diri sendiri dalam bidang pendidikan dan perniagaan; mereka tidak boleh buat kerja lain selain dari membuka rumah makan atau restoran dan gerai di tepi jalan sahaja.

Namun mereka masih tidak sedar apa yang telah membuat mereka berada di dalam keadaan ini.

Dan mereka telah juga diapi-api dan ditakut-takutkan oleh orang yang berkata Kelantan akan hilang nilai dan kebudayaannya kalau mereka tidak undi parti PAS.


Itulah yang menyebabkan Kelantan menjadi negeri yang boleh dianggap sebagai yang paling mundur di Malaysia sekarang. Negeri berjiran dengannya, Terengganu boleh maju walaupun ia berada di kawasan terpencil.

Tiada ulasan: