Ahad, 6 September 2015

LAMA-KELAMAAN SEKOLAH VERNAKULAR MANDARIN DAN TAMIL AKAN JUGA DITUTUP ATAS DESAKAN MEREKA SENDIRI…

BILA EKONOMI MELAYU MELONJAK DAN JUMLAH PENDUDUK CINA DAN TAMIL BERKURANGAN.


                                               
(Nota: Ini bukan satu perbincangan yang dibuat secara melulu; ia dibuat dengan penuh keperhatinan mengambil kira fakta dan kemungkinan besar ia boleh berlaku dimasa-masa hadapan dan perubahan demografi yang berlaku.


Masyarakat Cina dan India atau Tamil di Malaysia harus sedar tentang hakikat ini bahawa kedudukan mereka hanyalah kukuh sekiranya jumlah Melayu di Malaysia masih kecil dan ia berbelah kepada beberapa fahaman politik yang menyebabkan mereka kelihatan lemah dan tidak bertenaga.

Tetapi keadaan ini akan berubah sejak dulu dan apabila jumlah ini meningkat dan apabila Melayu mula sedar dan mahu bersatu, maka Cina dan juga Tamil juga harus tukar pendirian mereka dan kedudukan sekolah mereka juga akan tergugat.

Ia tidak boleh dijadikan percatuan dalam politik dan pilihanraya lagi.

Dahulu semua pelajar-pelajar sekolah Cina menyanyikn lagu kebangsaan Negara Ku setiap pagi, tetapi sekarang mereka tidak melakukannya sebab mereka sudah dapat tahab sekolah jenis kebangsaan dari sekolah bebas, jadi buat apa perlu pelajar mereka menyanyikan lagu tersebut?)

* * * * * * *

Satu lagi soalan yang boleh mereka tanya kepada diri mereka sendiri ialah: Bolehkah parti politik Cina dan India lupus dari bumi Malaysia?

Dulu hanya ada sekolah bebas atau ‘independent Chinese schools’ yang dibenarkan oleh kerajaan olehsebab orang Cina dulu kata mereka boleh biayai sekolah seperti ini dan tidak perlukan dana dari kerajaan.

Sebabnya ialah kalau mereka tidak berkata seperti itu sekolah Mandarin tidak akan dibenarkan semasa orang Cina mahu tuntut kerakyatan.

Tetapi lama-kelamaan bila kuasa politik Cina meningkat dan Melayu sudah berani dan tidak malu beri muka, isiu tentang sekolah Mandarin sudah dijadikan perhitungan semasa pilihanraya.

Dan sekarang ini sekolah bebas sudah mendapat taraf sekolah jenis kebangsaan tetapi jiwanya masih boleh dipertikaikan. Ia tidak layak dianggap seperti itu.

Mana ada negara lain yang menerima sekolah bukan kebangsaan sama taraf dengannya? Di Amerika, England? Tidak ada. Hanya di Malaysia sahaja.

Jadi masyarakat Cina masih mahu tuntut dari kerajaan dana seberapa banyak yang mereka boleh pada setiap pilihanraya, dan mendapatnya.

Tetapi sehingga bilakah mereka boleh buat tuntutan itu dan sehingga bilakah sekolah Mandarin dan juga Tamil akan terus berada di Malaysia?

Bila jumlah penduduk Cina dan Tamil berkurangan dan tidak ada sebab untuk sekolah seperti ini untuk terus wujud.

Jadi sekolah-sekolah ini akan jadi pusat perniagaan Cina dan India.

Malahan semua parti politik Cina dan India juga akan terpaksa ditutup kalau jumlah Melayu di Malaysia bertambah besar dimasa-masa akan datang dan Melayu menjadi lebih matang tentang hak mereka serta dapat guna kuasa undi mereka dengan baik.

Dan apa yang akan jadi kepada parti Cina dan India? Ia akan jadi kelab sosial Cina dan India untuk pemimpin mereka pergi bermain mahjong dan selombong.  

Selagi Melayu berpecah ikut aliran politik dan kesempitan ajaran ugama sendiri yang diapi-apikan oleh sekumpulan kecil mereka yang mengaku lebih arif tentang ugama tetapi kelihatan seperti bebal, selagi itu, kaum lain akan rasa diri mereka gagah dan boleh tuntut itu dan tuntut ini sehinggakan mahu paksa Melayu gadai maruah.

Melayu di dalam kerajaan dan pembangkang akan rasa diri mereka tertekan dan terpaksa ikut tuntutan mereka itu sebab mereka fikirkan undi dari Cina dan juga India itu penting.

Ia penting buat sekarang ini. Tetapi apakah ia juga penting buat masa hadapan?

Saya mahu bayangkan suatu masa di hadapan apabila Melayu sudah sedar dan Melayu sudah bersatu, dan pada masa itu Melayu tidak perlukan undi Cina dan India, jadi kedudukan Melayu sama seperti Cina di Singapura yang berjumlah besar sehinggakan tidak terdapat parti politik Melayu dan India yang boleh gugat kedudukan mereka.

Memang ada parti Melayu di Singapura tetapi ia lemah dan tidak berdayasaing dengan parti lain; dan Melayu juga tidak berapa sokong dengannya.

Ini yang menghairankan sebab jumlah peratusan Melayu di Singapura dikatakan empat-belas peratus dan mereka diletakkan diserata negeri yang boleh beri mereka sesuatu kekuatan dan kelebihan dan menjadi ‘kingmakers’ si penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Dan sesiapa mahu menang, parti mereka harus ikut rentak dan kehendak Melayu seperti yang berlaku di Malaysia apabila pengundi Cina dan India boleh buat tuntutan olehsebab mereka pengundi penentu.

Di Singapura ini tidak berlaku olehsebab Melayu di situ tidak bersatu.

Mungkin mereka dapat mengambil tindakan secara sendirian dan ini telah menyebabkan pembangkan menang enam kawasan berbanding dengan dua dalam pilihanraya umum sebelum itu.

Dan jumlah undi yang berjaya dirai oleh Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) berkurangan olehsebab undi Melayu tidak diberi kepada mereka.

Mungkin kalau parti pembangkang dapat buat sesuatu yang mendadak untuk memberi sedikit kelebihan kepada pengundi Melayu di sana, dengan memberi sedikit janji itu dan ini, tentu pengundi Melayu akan tertarik dan mahu sokong mereka.

PAP tidak menguntungkan Melayu, fikir ramai, tetapi mereka tidak ada suara yang kuat untuk membuat tuntutan itu dan tuntutan ini seperti orang Cina dan India di Malaysia yang walaupun mempunyai suara kecil tetapi ia kuat dan bergema.

Itulah yang menyebabkan sekolah Cina dan Tamil di Malaysia terus kekal sehingga kini dan berkembang sehingga yang terdapat sekarang.

Tetapi sampai bila kedudukan sekolah-sekolah seperti ini akan berterusan?

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila tahab pencapaian ekonomi kaum Cina khususnya merundum apabila kuasa pembeli Melayu disalurkan kepada perniagaan Melayu dalam semua bidang dan apabila Melayu dengan sendiri ambil tindakan untuk mengasingkian perniagaan mereka olehsebab sokongan yang telah diberi kepada mereka oleh pembeli Melayu yang telah membuat kedudukan ekonomi mereka kukuh dan dengan itu mereka sudah mula mahu tarik suara dan hamun orang lain yang telah memberi mereka segala kekayaan dan kemakmuran walaupun pada asalnya mereka hidup melarat datang ke Tanah Melayu sehelai-sepinggang diusir oleh negara sendiri olehsebab keboloran yang mereka alami di sana.

Malah boleh dikatakan kebanyakan mereka sekarang yang menyokong pembangkan dari kalangan orang Cina adalah mereka yang mempunyai latarbelakang sekolah Cina dan yang tinggal sesama sendiri dan tidak bergaul dengan orang Melayu atau India, termasuk pemimpin Cina dan India yang mempunyai profil tertentu.

Jadi buat apa kerajaan perlu beri lebih perhatian kepada sekolah vernakular yang melahirkan orang yang tidak akan berpuas hati walaupu segala-galanya sudahpun diberi?

‘Apa lagi yang Cina mahukan, tanya Utusan Malaysia, sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum ketiga-belas Mac, 2013 berlangsung.



Tiada ulasan: