Oleh
Mansor Puteh
Saya
pertama kali ke Bali dalam bulan Mei, 1974 semasa masih lagi muda tetapi sudah
berani pergi menggembara seorang diri, sebatang kara, walaupun hanya ke Indonesia .
Saya
terbang dengan MAS dari Lapangan terbang Subang dan langsung ke Jakarta . Dan dalam
perjalanan saya dibawa ke bilik juruterbang atau kokpit untuk melihat
pemandangan di luar dari sana ;
ia menyebabkan juruterbang rasa cemas sebab saya memakai pakaian askar yang
saya dapat dari abang saya.
Perjalanan
tidak sampai dua jam.
Dan setibanya di Lapangan terbang Halim Perdanakasuma, saya dapatkan teksi untuk ke Pusat Pelajar Malaysia (PPM) di Jalan Budikemuliaan yang terletak di pusat kota tidak jauh dari Istana Merdeka, kediaman rasmi presiden Indonesia dan Monas atau Monumen Nasional dan di simpang Jalan T H Thamrin.
Dari
Jakarta saya ambil bas dan keretapi untuk ke Bogor, Bandung, Jogjakarta,
Surabaya di Pulau Jawa dan ke Denpasar dan akhirnya Ubud di Pulau Bali.
Saya
menetap di Ubud dua-belas hari dan berpatah balik ikut jalan sama dengan
kenderaan sama hingga ke Jakarta
untuk ambil penerbangan pulang ke Subang.
Dan saya
akan dapatkan tempat penginapan di PPM yang memberi sewa bilik atau katil
dengan harga yang murah. Dan di sini juga saya boleh bergaul dengan
pelajar-pelajar dari Malaysia
di bandaraya tersebut atau di tempat lain.
Mereka
semua fikirkan saya juga pelajar Malaysia di Indonesia yang belajar di
bandaraya lain yang kini berada di bandaraya mereka.
Mereka
rasa hairan dan terkejut melihat ada seorang pemuda dari Malaysia yang berani mahu menggembara di Indonesia
seorang diri.
Indonesia
selamat; mereka sepatutnya sedar tentang keadaan di sini dan walaupun ia tidak
lama selepas Konfrantasi tamat, perhubungan diantara orang Melayu di sini dan
di Malaysia tidak terjejas dengan pergolakan politik awal dengan ramai di
Indonesia yang mahu ganyang Malaysia dan ada juga sekumpulan di Malaysia yang
mahu ganyang Indonesia dengan komando dari Indonesia cuba menceroboh tanah
Malaysia dengan mendarat di Johor dan Melaka dan diberkas.
Tetapi
selama saya berada di Indonesia
ketika itu tidak seorangpun yang timbulkan perkara ini.
Ia
adalah ketika dimana nilai Rupiah tinggi dan saya hanya dapat 175 Rupiah untuk
satu ringgit ketika itu.
Tapi saya boleh beli sebiji pisang dengan harga 20 Rupiah di pasar dan makan tidak lebih 200 rupiah di gerai dan warung.
Sekarang
nilai Rupiah sudah jatuh sehingga lebihkurang tiga ribu rupiah untuk satu
ringgit.
Saya
tidak begitu tahu bahawa orang di Bali ketika itu rata-rata berugama Hindu,
tetapi Hindu Bali seperti yang diberitahu kepada saya; dan ia tidak begitu sama
dengan kepercayaan Hindu yang kita tahu.
Lama
kemudian setelah balik ke Malaysia
baharu saya sedar bahawa mereka walaupun berugama Hindu Bali gemar makan daging
babi.
Dan saya
juga terbaca sedikit tentang sejarah Bali dan bagaimana ia tempat dimana ramai
orang yang berugama lain dari mereka di pulau lain seluruh Indonesia yang
rata-rata berugama Islam kecuali mereka di pulau kecil dan terpencil yang
mempunyai kepercayaan sendiri atau berugama Kristen.
* * * * * * *
Islam
datang ke Tanah Melayu di Nusantara Melayu lama dahulu; ramai tertarik
dengannya mula dengan raja-raja Hindu yang menganut ugama ini dengan diikuti
oleh pegawai istana dan kebesaran lain dan kemudian itu rakyat-jelata turut
terima Islam.
Dan
Islam berkembang dengan pesat ke seluruh Nusantara Melayu seperti yang dapat
dilihat sekarang khususnya di Indonesia
dimana keluasan tanahnya begitu besar namun Islam masih dapat diterima oleh
mereka dipelusuk rantau.
Namun
ada sekelompok orang di Tanah Jawa yang tolak Islam.
Mereka
lari ke sebuah pulau kecil dan sepi dan tinggal di sana dimana mereka mula kehidupan lamanya
sebagai penganut Hindu Lama, sehinggalah sekarang.
Pulau
Bali adalah tempat dimana mereka berugama Hindu Lama menetap sekarang. Namun
jumlah mereka kian mengecil berbanding dengan jumlah masyarakat Islam yang telah
datang berduyun-duyun dari Tanah Jawa, Sumatera, Lombok dan sebagainya
sehinggakan pulau ini akan hilang jatidiri asalnya sebagai Pulau Dewata untuk
mereka berugama Hindu Lama atau Hindu Bali.
Dan kalau sesiapa orang Melayu di Malaysia yang mahu lihat bagaimana nenek-moyang mereka yang dulu berugama Hindu Lama hidup, datanglah ke Pulau Bali, Pulau Dewata…
Saya
sempat ke Bali beberapa kali.
Dan untuk mereka yang mahu bandingkan Hindu Bali seperti yang disebut di sini, ia tidak begitu sama dengan kepercayaan Hindu seperti yang diamal oleh penganutnya di
Hindu
Bali menerima pengaruh dari pelbagai unsur masuk Buddhis dan sebagainya…dengan
acara tersendiri yang diperkenalkan oleh pemimpin ugama mereka lama dahulu.
Sebagai
contoh, mereka tidak menyambut hari Thaipusam atau Deepavali seperti yang
disambut oleh orang Hindu di Malaysia.
Di Bali
hari yang mereka raikan ialah Hari Nyepi yang berlaku dalam bulan April setiap
tahun. Pada hari ini semua orang di Bali tidak
kira orang tempatan atau pelawat mesti duduk di dalam rumah mereka sendiri dan
mereka tidak dibenarkan keluar.
Pelancong
yang baharu mendarat di Bandara Ngurah Rai akan dibawa terus dari sini ke hotel
atau tempat penginapan mereka dimana mereka mesti duduk dengan senyap.
Dan
semua rumah dan bangunan tidak dibenar pasangkan lampu pada waktu malam atau
berbuat bising.
Saya
diberitahu bahawa pada hari ini, orang Bali
percaya ada hantu yang berlega-legar di atas bumi dan ia mahu mencari tempat
untuk tinggal. Dan kalau dia lihat ada kehidupan disesebuah tempat dia akan
singgah dan duduk di situ dan datangkan malapetaka kepada mereka semua.
Olehsebab
orang di Bali menyepi, maka hantu itu akan
terus terbang dan pergi ke tempat lain. Ini kepercayaan mereka…
Tetapi
ramai orang pelancong mahu datang ke Bali
untuk menyepi bukan seperti yang dilakukan oleh orang di sini pada Hari Nyepi
tetapi untuk mencari hiburan. Mereka suka datang ke Pantai Kuta sebab di sini
mereka boleh tanggalkan pakaian mereka.
Malah
ramai orang Bali sendiri tidak segan
menanggalkan pakaian mereka untuk mandi di sungai atau tasik.
Tetapi
sekarang perbuatan seperti ini kurang dilakukan sebab banyak kawasan tepi
sungai dan tasik kini sudah dibangunkan dan orang Bali
sudah juga mempunyai air dari paip langsung ke rumah masing-masing.
Ditambah
pula dengan proses transmigrasi dimana terdapat ramai orang Indonesia dari Jawa
dan Sumatera dan Lombok yang kini menetap di Bali, maka cirri-ciri Bali sudah
bercampur dengan cirri-ciri dan pengaruh lain.
Bali
mungkin tidak menjadi tempat tumpuan untuk orang Melayu dari Malaysia sebab
mereka tidak tahu latarbelakang sejarahnya yang ada kaitan rapat dengan sejarah
awal mereka semasa nenek-moyang mereka masih menganuti kepercayaan Hindu lama
dahulu.
1 ulasan:
Saki-baki penganut Hindu yang masih wujud..sejak kedatangan Islam
Catat Ulasan