…DAN
MEREKA YANG MAHU MEMIMPIN NGO DAN MENGGENDALIKAN PORTAL INTERNET JUGA HARUS
MEMILIKKI IJAZAH SEPERTI INI. APA SUSAHNYA?
Oleh
Mansor Puteh
Dan
lebih baik kalau mereka memilikki ijazah sarjana mereka dari mana-mana
universiti utama di Amerika berbanding dengan di England supaya mereka boleh
mempunyai lebih kredibiliti bila mahu berhubung dengan pemimpin di Amerika dan
barat.
Sekarang
dengan tanpa mempunyai sebarang kelayakan sesiapa sahaja boleh bertanding dalam
pilihanraya.
Tetapi
peranannya dalam dewan undangan negeri dan parlimen tidak ada. Dia hanya jadi
tungul untuk partinya.
Dan dalam pembangkang ada orang yang tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dan jadi ahli parlimen. Dan dalam tempuh dia jadi ahli parlimen dia hanya bertanya menteri satu kali dan itupun dengan membaca nota yang telah ditulis oleh orang lain.
Dan
banyak pemimpin NGO juga buta-tuli tidak boleh majukan perjuangan mereka
olehsebab mereka bukan pakar sebenar dalam bidang tersebut.
Olehsebab
itu kadar keganasan dan jenayah di Malaysia tidak juga turun dengan
kehadiran mereka.
Ini
disebabkan mereka itu bukan pakar. Ada
diantara mereka sudah beradalam NGO berkenaan seumur hidup. Mereka tidak mahu
berundur. Mereka mahu terus bercakap sama seperti dahulu.
Apa yang
hebatnya dengan mereka?
Kehebatan
mereka dan NGO mereka hanya boleh dilihat dengan penurunan kadar keganasan dan
kemalangan jalanraya dan penipuan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan
motosikal dan kereta, yang kian meningkat.
Jadi
bayangkan berapa orang dalam parlimen di Malaysia sekarang yang layak untuk
jadi ahli parlimen dan dewan undangan negeri kalau undang-undang seperti ini
dilaksanakan di Malaysia?
Ternyata
pihak kerajaan dan juga pembangkan tidak mahu undang-undang seperti ini
dilaksanakan sebab hampir semua orang yang ada dalam parlimen dan DUN tidak
layak.
Kebanyakan
mereka hanya layak untuk menjadi penyokong parti dan tidak ada angan-angan
untuk bertanding dalam pemilihan parti jauh sekali mahu jadi calon pilihanraya
umum, dan lebih jauh sekali mahu bercita-cita untuk menjadi ahli kabinet.
Sekarang
kebanyakan mereka dalam kabinet terdiri dari mereka yang tidak mempunyai kelayakan
cemeralang.
Dan
mereka dalam tampuk kepimpinan parti politik kerajaan maupun pembangkan juga
tidak mempunyai kelayakan cemerlang.
Kalaulah
ada undang-undang dan syarat yang dikenakan kepada mereka untuk mempunyai
ijazah sarjana terlebih dahulu sebelum mereka boleh bertanding dalam
pilihanraya dengan undang-undang ini dilaksanakan lama dahulu, sudah pasti
ramai mereka yang kini giat dalam bidang politik mahu dan sudahpun memperolehi
ijazah tersebut, supaya bidang politik sekarang lebih bermakna berbanding
dengan keadaan sekarang.
Dan
bidang ini juga akan menjadi suatu bidang yang dihormati oleh ramai.
Dan
dalam konteks ini juga semua pemimpin NGO juga seharusnya terdiri dari mereka
yang mempunyai setidak-tidaknya ijazah sarjana dan bukan sesiapa yang boleh
menjadi pemimpin kumpulan seperti ini.
Mereka
yang tidak layak hanya boleh menjadi ahli biasa dan tidak juga boleh memegang
sebarang jawatan.
Kalau di
luar negara ada pemandu teksi yang memilikki ijazah sarjana dan juga kedoktoran
tetapi di Malaysia
orang yang kononnya mahu memerjuangkan hak dan undang-undang sama-rata pula
yang tidak memilikki sebarang pendidikan formal atau ijazah tertentu.
Apa yang
mereka boleh buat dengan pendidikan cetek dan pemikiran yang tidak luas? Mereka
hanya boleh marah, menghempas dan mempunyai sikap benci dan benggis sahaja dan
melenting sebab mereka tidak ada kemampuan untuk bertindak secara waras.
Malah
hampir semua dalam kabinet pusat dan negeri juga tidak layak.
Dan
hampir semua di dalam parti pembangkan juga akan terkangkang sebab mereka tidak
cukup kelayakan.
Dan
tidak sebuah parti pembangkang yang sanggup mengadakan undang-undang atau
syarat seperti ini untuk mereka dalam parti yang beria-ia mahu bertanding
jawatan dalam parti dan jadi calon dalam pilihanraya umum dan sebagainya.
Bolehkah
Malaysia tiba ditahab sama
di Iran
dalam segi ini? Beranikah orang awam di Malaysia desak undang-undang atau
syarat ini diadakan supaya bidang politik tarik mereka yang berpendidikan dan
bukan sampah masyarakat sahaja yang tak pandai bercakap Bahasa Melayu atau
Inggeris?
Sepatutnya
sesiapa yang mahu terlibat dalam bidang politik sudah awal-awal lagi belajar
bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dengan faseh dan boleh berhubung dengan
khalayak berbilang kaum. Kalau mereka boleh bercakap Tamil ini lebih baik.
Tetapi malangnya orang yang boleh bercakap dalam semua bahasa utama di
Saya
kenal seorang India-Muslim yang membuka gerai di Cheras yang boleh bercakap
dalam kesemua bahasa tersebut termasuk Kantonis dan Hokkien.
Dialah
yang lebih layak untuk menjadi pemimpin politik dan NGO. Tetapi malangnya dia
tidak memilikki kelayakan akademik.
Kemungkinan
besar juga dia tidak boleh menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa tersebut kecuali
Tamil dan Melayu dan juga Inggeris.
Dulu Iran tidak
mempunyai syarat seperti ini jadi mereka memperkenalkannya untuk menjadi negara
yang pertama di dunia yang mempunyai syarat untuk mereka yang mahu bertanding
dalam pilihanraya.
Kalau
ada pemimpin utama parti politik kiri dan kanan yang berani sila buat usul ini
kepada tampok kepimpinan mereka. Mereka akan ditertawakan sebabnya ialah hampir
semua di tahab tertinggi kepimpinan parti terdiri dari mereka yang tidak cukup
kelayakan.
Olehsebab itu tindak-tanduk dan kenyataan yang mereka buat serta lojik mereka adalah ditahab yang bawah termasuk yang datang dan ditunjukkan oleh mereka yang sudah begitu lama berada dalam parti masing-masing.
Presiden
Amerika sekarang Barack Hussein Obama mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti
Columbia di Bandaraya New York
dan sarjana di Universiti Harvard.
Malah
hampir semua presiden Amerika mempunyai pendidikan di universiti terulung di
negara tersebut.
Beranikah
rakyat Malaysia
tuntut supaya mereka yang beria-ia mahu masuk dalam bidang politik secara aktif
memiliki ijazah sarjana dahulu?
Sussah
sangatkah untuk sesiapa memilikki ijazah sarjana muda dan kemudiannya sarjana
penuh sekarang?
Tetapi jangan mendapatnya dari universiti internet yang boleh beri apa-apa ijazah dengan mudah dengan mengenakan pembayaran, termasuk ijazah kedoktoran.
Ada
seorang pemuda Cina dikatakan dan mengaku memilikki paling banyak ijazah dalam
pelbagai bidang tetapi dia tidak diiktiraf sebagai sarjana atau ‘scholar’ di
Malaysia mahupun di luar negara.
Ini
mungkin disebabkan yang dia memperolehi ijazah-ijazah tersebut dari universiti
internet dan bukan dengan mengikuti kursus penuh dimana-mana universiti yang
diiktiraf di dalam maupun luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan