…RAMAI YANG
BERTUDUNG TERLIBAT DENGAN JENAYAH TERMASUK MAKSIAT DAN PEMBUNUHAN DENGAN
PENCERAMAH UGAMA TIDAK BINCANG TENTANG PERKARA PENTING.
Oleh
Mansor Puteh
Ini yang
menyedihkan; orang Islam sanggup membayar puluhan ringgit untuk tunaikan fardhu
Haji tetapi tidak mendapat sebarang faedah darinya.
Dan
mereka itu akan terus pergi Haji tetapi akan tetap menipu.
Sebab kalau
sudah menjadi dasar seseorang itu pengotor dan penipu, dia akan terus jadi
seorang yang pengotor dan penipu walaupun dia mengaku dia seorang yang berugama
Islam dan pernah buat umrah beberapa kali dan menunaikan haji beberpa kali. Dia
akan terus menjadi pengotor dan penipu.
Walaupun
dia sudah berpurdah atau memakai sarban dan jubah dengan mempunyai janggut pada
dagu, dia akan terus menjadi seorang yang pengotor dan penipu.
Baharu
tadi saya lihat seorang lelaki bersarban dan berjubah meletakkan keretanya pada
tempat parker OKU di luar sebuah pasaraya.
Dan isterinya pula memakai purda berwarna serba hitam. Dia juga tidak kisah melihat suaminya yang kononnya kuat berugama melakukan penipuan atau mencuri tempat parkir khusus untuk OKU.
Dia dan
suaminya tidak berasa salah. Dia tidak peduli dibawah Hukum Hudud seseorang
yang mencuri itu terpaksa didenda dengan tanganya dipotong dan tidakkah mencuri
tempat parkir itu juga satu jenis pencurian?
Dan
dalam bulan Ramadan yang sedang berlaku pada hari ketiga-belas hari ini, ada
tiga orang Melayu makan di sebuah restoran mamak, dengan seorang wanita itu
memakai tudung.
Mereka
berlagak seperti orang Islam dan mahu tunjuk orang yang mereka adalah orang
yang lebih Islamnya dari orang lain tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah
mereka masih belum tahu menangkis pengaruh syaitan dan iblis yang menyuruh
mereka terus tolak ajaran Islam.
Itulah
sebabnya kenapa mereka tidak rasa salah meletakkan kereta mereka di tempat
parkir OKU atau makan secara terang-terang dalam bulan Ramadan.
Jadi
yang Islamnya hanyalah pakaian mereka sahaja tetapi bukan tabiat dan amalan
seharian.
Mamak
yang mempunyai gerai itu kononnya kuat bersembahyang dengan terdapat parut pada
dahinya tetapi dia benarkan gerai atau restorannya dibuka sepanjang hari dengan
menjual makanan kepada orang Islam dengan banyak membungkusnya tetapi ada yang
makan di situ juga.
Takkan
dengan membaca Syahadah beberapa kali dalam sehari dan patuh kepada Rukun Islam
dan Rukun Islam sudah cukup untuk seseorang Muslim dan Muslimmah itu rasa lega.
Dan ustaz
dan ustazah yang ada petah bercakap tentang perkara biasa untuk mendapat tawa
dan gelak dari khalayak yang berduyun-duyun datang ke ceramahnya setiap hari.
Dia ustaz dan ustazah glamour.
Mereka
tidak berjaya untuk merubah sikap; mereka hanya berjaya menghibur khalayak yang
datang yang kesemuanya sudah lanjut usia dan sepatutnya tahu tentang hokum
halal dan haram tetapi yang masih dengkil dan tidak faham.
Mereka
kelihatan seperti muallaf yang baharu masuk Islam jadi Saudara Baharu.
Tetapi dia
yang bertudung; dia bersarban dan berjubah tetapi ia tidak semestinya dia
adalah orang Islam yang baik.
Dia juga bakar sampah dalam kawasan perumahan. Dia juga rosakkan nombor pendaftaran kenderaannya supaya dia tidak disaman dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan jalan.
Dan dia baharu balik dari Mekah buat kerja haji, tetapi masih berperangai seperti dahulu, menipu tidak tepat pada waktu janji.
Tidak
susah untuk orang menutup aurat dengan sekarang ia sudah menjadi fesyen untuk
menunjukkan orang lain yang dia sudah sedar.
Tetapi
berapa ramai wanita Islam bertudung yang bakar sampah dan buat kerja melanggar
undang-undang dan berapa ramai lelaki bersarban dan berjubah termasuk mereka
yang tidak tinggal sembahyang yang masih tidak tinggal dari menipu?
Tetapi
yang lebih teruk lagi ialah ada wanita Islam yang bertudung yang terlibat
dengan jenayah termasuk maksiat, seperti khalwat dan juga pembunuhan dan
penderaan anak mereka atau anak tiri mereka sendiri.
Macam
mana ini boleh berlaku sedangkan mereka itu bertudung?
Dan ada
orang yang bersarban dan berjubah serta berjanggut juga terlibat dengan
penipuan.
Yang
jelas dan nyata ialah ramai orang Islam dan juga bukan-Islam yang boleh
dianggap sebagai penjenayah yang tidak dituduh dan didakwa; mereka mencuri
tanah di hadapan rumah dan buatnya seperti hak mereka.
Sedangkan
kawasan tanah kaki-lima di situ adalah hak awam.
Mereka
tebang pokok-pokok yang ditanam oleh pemaju untuk menghiasi seluruh kawasan dan
tanam pokok buah dan bunga sendiri.
Yang
paling teruk sekali ialah orang dengan sewenang-wenangnya merampas kawasan
tanah di tepi rumah berderet untuk dijadikan kebun atau tambahan kepada rumah
mereka sedangkan ia adalah juga kawasan awam.
Mana
letaknya tudung dan jubah serta jangut bawah dagu itu? Tak ke mana. Ia hanya
fesyen yang mahu diperagakan kepada khalayak untuk menunjukkan yang mereka itu
patuh kepada ajaran Islam.
Sedangkan apa yang mereka hanya patuh ialah tentang tuntutan berpakaian dan menutup aurat, sedangkan ajaran asas Islam mereka ketepikan.
Sedangkan apa yang mereka hanya patuh ialah tentang tuntutan berpakaian dan menutup aurat, sedangkan ajaran asas Islam mereka ketepikan.
Jadi apa
gunanya untuk mereka pergi buah Haji sedangkan mereka masih seorang penipu?
Adakah
tahab keIslaman seseorang Muslim atau Muslimmah itu terletak pada tudung,
jubah, sarban dan jangut sahaha?
Tidak;
ia hanya fesyen yang menunjukkan seseorang itu berugama Islam.
Tetapi
ia tidak mencerminkan tahab keIslaman seseorang itu, yang mesti dilihat dari
segi amalannya, dan tidak sahaja dengan mengerjakan haji, sembahyang ikut waktu
dan dengan memberi zakat dan patuh kepada Rukun Islam Lima Perkara dan Rukun
Iman Enam perkara sahaja.
Sedangkan
tahab kebersihan dan sikap sendiri tidak terjaga dan mengikuti cara Islam.
Apa guna menjadi seorang berugama Islam kalau terus menipu dan tidak tepat pada janji sendiri dan mencuri tanah awam serta membakar sampah di kawasan perumahan dan tidak tahu meletak kenderaan di tempat parkir?
Ramai
orang bermotosikal kecil tidak patuh kepada undang-undang jalanraya. Mereka
mengaku berugama Islam tetapi biarkan diri mereka longgar dari segi iman dan
membenarkan syaitan dan iblis mempengaruhi mereka yang mahu mereka langgar
undang-undang.
Jadi
setiap hari mereka yang berkenaan itu melakukan dosa yang berulang-ulang setiap
hari.
Sedangkan
pahala yang mereka boleh dapat dalam hari-hari yang sama tidak seberapa.
Jadi apa
faedah yang mereka boleh dapat sebagai orang Islam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan