Isnin, 27 Julai 2015

ADAKAH PARTI PAS SEMALAYSIA ATAU PAS BENAR-BENAR SEBUAH ‘PARTI POLITIK ISLAM’?

…APA ITU PARTI POLITIK ISLAM? …PERJUANGAN YANG SIA-SIA ORANG YANG KONONNYA MENGAKU DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG ALIM, TETAPI TIDAK TAHU BAHAWA PARTI POLITIK ISLAM ITU TIDAK WUJUD DALAM BENTUK YANG MEREKA TELAH TUNJUKKAN SELAMA INI.
Oleh Mansor Puteh


Adalah bagus kalau Parti PAS dikuburkan dengan orang Melayu tidak mengendahkannya, sebab selama ia wujud, Orang Melayu di Malaysia telah berpecah gara-gara beberapa pemimpin mereka yang berdegil tidak dapat terima hakikat bahawa parti politik ini tidak boleh berjaya, walaupun ia sudah wujud begitu lama.


Ia hanya berguna kepada parti DAP dan tidak salah kalau ramai orang kata PAS bagus untuk DAP dan bukan untuk Melayu dan Islam.

Dan DAP hanya boleh dapat lebih banyak kerusi dalam parlimen dan dewan undangan negeri selagi Melayu berpecah.

DAP pula boleh dianggap bukanlah parti berbilang kaum sebab mereka guna bahasa Mandarin dalam banyak acara rasmi mereka dan bukan bahasa kebangsaan atau Bahasa Melayu.

Memang mereka masih ada beberapa orang Melayu dan India yang menyokongnya.

Ternyata sekali bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS itu bukanlah satu parti politik Islam.

Sebab sehingga kini parti ini tidak mengemukakan apa sebab dan bagaimana sesebuah parti Islam itu boleh diwujudkan dan apakah syarat-syaratnya?

Siapa yang mengarah orang Islam untuk tubuh parti seperti itu?

Dan cara pemimpin dan penyokong PAS memperjuangkan slogan dan tindakan mereka, orang boleh lihat ia tidak berbeza dengan parti lain yang bukan-Islam.

Dan mestikah sesebuah parti Islam itu turut terlibat dengan cara berpolitik yang dikatakan bukan-Islam, atau lebih tepat lagi cara barat yang tidak berlandaskan Islam dalam semua segi termasuk cara berceramah dan berkempen?

PAS sudah wujud begitu lama hampir sama dengan Umno tetapi ia masih tidak dapat menambat hati ramai pengundi Melayu dan terpaksa dapatkan sokongan dari orang yang tentang penderiannya, iaitu dari Parti DAP yang nyata-nyata mahu sistem politik Islam dan Hukum Hudud tidak dilaksanakan di Malaysia.

Jadi orang Melayu masih ada yang terpedaya dengan dakyah PAS yang beria-ia kata mereka masih dan tetap mahukan sistem politik Islam dilaksanakan walaupun mereka harus sedar bahawa impian mereka itu tidak akan dilaksanakan sampai bila-bilapun.

Masih ada ramai orang Melayu yang mahu mengharapkan sesuatu keajaiban dan lihat PAS kuasai negara, walaupun ini adalah sesuatu yang mustahil berlaku sebab mereka tidak pernah meletakkan ramai calon dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini dan tidak mungkin akan melakukannya walaupun mereka tinggalkan Pakatan Rakyat.

Yang anihnya ialah yang memberi PAS tembelang ialah DAP dan penyokongnya.

Dengan sendiri PAS tidak boleh ke mana-mana kecuali di Kelantan. Dan Kelantan pernah jatuh ke Umno dan ia masih ada peluang untuk mengusir PAS dari Kelantan iaitu kalau pengundi PAS di negeri ini sedar diri dan tahu apa itu PAS sebenarnya.

PAS boleh dikatakan gagal di Kelantan untuk membangunkan negeri ini sehinggakan ramai anak negeri terpaksa pergi ke negeri-negeri lain untuk mencari nafkah khususnya dengan membuka gerai makanan.

Nampaknya itu sahaja kerja yang ramai orang Kelantan dapat melakukan sebab kebanyakan mereka masih tidak ada pendidikan tinggi untuk membolehkian mereka dapat kerja lain.

Dan dengan musyidul am PAS Nik Aziz sudah kembali ke rahmatullah dan orang Kelantan sendiri dapat lihat dengan mata sendiri bahawa beliau boleh dianggap gagal untuk melihat Malaysia menerima segala hasratnya sehingga beliau meninggal dunia, kesan PAS dalam kehidupan orang Kelantan dan penyokongnya di negeri-negeri lain di Malaysia akan menunjukkan kekurangan.

Penggantinya, Abdul Hadi Awang boleh dikatakan tidak setaraf dengan Nik Aziz dan dia juga tidak pernah menunjukkan tahab kepimpinan yang tinggi sekadar boleh beri ucapan berdekah-dekah kepada khalayak yang belum sedar yang apa yang dia katakan selama ini tidak menyentuhkan banyak perkara.

Abdul Hadi bukanlah orang yang boleh dianggap sebagai orang Melayu yang penting di Malaysia.

Dia tidak pernah keluarkan saranan untuk majukan bangsa dan ugama di Malaysia dan tidak pernah pula diberi pengiktirafan sebagai seorang alim di luar negera, sama seperti Nik Aziz yang langsung diendahkan di negara Melayu lain seperti Indonesia dan Brunei.

Malah rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakayt keturunan Cina, khususnya Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng juga tidak pernah bergaul dengan kaum atau pemimpin politik keturunan Cina di Indonesia, Siam dan negara-negara lain di Tenggara Asia atau Nusantara Melayu.

Sebenarnya keinginan DAP mahu rebut sebanyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri atau DUN adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Cina di Malaysia dan juga di Tenggara Asia.

Namun di Singapura juga mereka kehadiran dan kewujudan parti mereka tidak dihargai, walaupun parti ini boleh dianggap sebagai cebisan dari parti pemimpin di Singapura iaitu PAP atau People’s Action Party yang diketuai oleh Lee Kuan Yew yang baharu sahaja meninggal dunia.

PAS sebenarnya tidak ada perjuangan yang sah; apa yang mereka mahukan ialah untuk menentang kepimpinan Melayu dari kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang bahasa Inggeris.

Dan sejak dulu lagi kumpulan mereka yang belajar di negara-negara Arab dan sekolah kampong yang tidak faseh berbahasa Inggeris mahu bentukan negara ini, dan mereka telah juga gagal untuk merampas kemerdekaan dari Inggeris dengan mengguna cara mereka.

Perikatan dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang belajar di Universiti Cambridge di England adalah orangnya yang telah berjaya melakukannya dengan tidak memberi kesengsaraan kepada rakyat jelata.

Dan kejayaan ini menjadi tamparan hebat kepada pemimpin politik dikalangan ulamak lain yang hanya dapat melihat dari tepi dengan tiada seorang dari mereka yang ada tangan dalam usaha ini.

Malangnya PAS hanya boleh terus berjuang untuk memperjuangkan dasar dan pegagangan mereka dengan tidak terlibat dengan proses politik dan pilihanraya sebab ternyata selama ini mereka tidak mendapat kesan dan sokongan padu dari pengundi Melayu.

Kalau PAS beria-ia atau bersungguh-sungguh mahu jadikan Malaysia sebuah ‘negara Islam’ ia harus guna kekerasan.

Ini sahaja cara yang mereka ada, tetapi mereka sedar mereka juga tidak akan dapat sokongan dari orang Melayu termasuk dari penyokong kuat mereka sendiri.

Akhirnya PAS hanya boleh jadi duri dalam daging untuk Bangsa Melayu dan bantu DAP dapat lebih banyak sokongan dan juga kerusi dalam parlimen dan DUN seperti yang telah berlaku pada dua pilihanraya umum yang lalu.

PAS masih tidak mahu hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Jadi apa lagi yang mereka mahukan?

Sehingga kini mereka masih tidak mengamalkan cara Islam dalam pentadbiran parti mereka dan juga dapat dilihat dari penilaian yang boleh dibuat dari cara mereka menentang kerajaan dan juga dari akhbar rasmi mereka, Harakah, yang tidak menunjukkan yang mereka mengamalkan nilai Islam atau kewartawanan Islam, dengan mempunyai dasar penyuntingan berat sebelah.








Tiada ulasan: