…TETAPI
AMERIKA DAN BARAT TIDAK KECAM SOKAN JENIS GUSTI YANG LEBIH MEMPERSENDAKAN KEHIDUPAN
MANUSIA.
Oleh
Mansor Puteh
Dulu
Jakarta mempunyai banyak pengayuh beca roda-tiga, tetapi entah kenapa tidak
lama kemudian ianya telah dilarang digunakan oleh pengayuh yang telah lama
mengayuh beca mereka dan terpaksa pula mengguna bentor atau beca bermotor yang
kononnya lebih mesra penunggang.
Tetapi ia
kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap yang banyak dan membuat bunyi yang
agak bising.
Sekarang
terdapat hanya bajaj yang dibawa masuk dari India dan mereka masih guna nama
bajaj sempena nama jenama kenderaan tersebut.
Tetapi
di Medan masih terdapat beca lama, tetapi di Banda Aceh kini ia sudah diganti
dengan bentor yang membolehkan penunggangnya bawa penumpang ke tempat yang
lebih jauh berbanding dengan pengayuh beca yang tercunggap-cunggap mengayuh
beberapa kilometer.
Saya
terpaksa meminta seorang pengayuh beca yang agak tua dari meneruskan perjalanan
ke stesen bas untuk saya balik ke Dumai, sebab rasa kasihan melihatnya berpeluh
kuyup dan tercunggap-cunggap.
Saya bayarnya 20,000 rupiah yang merupakan satu jumlah yang agak besar lebih dari apa yang dia telah minta sebelum saya setuju menaikki becanya sebab dia kata jaraknya tidak jauh.
Ia agak
jauh.
Saya
akhirnya menyambungkan perjalanan dengan menaikki bas ke stesen sebab saya rasa
tidak sedap untuk membiarkan dia terus mengayuh melihatnya dalam keadaan
tercunggap-cunggap dan berpenuh kuyup.
Kalau
dia kata perjalannya jauh, saya sudah pasti tidak akan mahu menaikki becanya
dan pilih untuk naik bas atau teksi.
Niat
saya untuk naik becanya ialah untuk beri dia sedikit pendapatan.
Tetapi segala-galanya adalah gara-gara orang di barat yang tuntut agar beca ditarik dari jalan di
Yang
anihnya, tidak lama kemudian, beca yang mengguna tenaga manusia diperkenalkan
dibeberapa bandaraya di Amerika dan juga di London .
Orang di
sana tidak kira
lelaki atau perempuan rasa bangga menjadi pengayuh beca.
Dan
mereka rasa bangga mempunyai perkhidmatan pengangkutan mudah dan menarik di
situ dengan mereka yang mengayuhnya rasa bangga dapat sediakan kemudahan
seperti itu khusus untuk pelancong dan juga orang yang mahu ke mana-mana.
Tetapi
beca yang digunakan di New York atau London bukan seperti yang terdapat di Indonesia atau Malaysia ; ia mempunyai reka bentuk
yang lebih canggih.
Sehingga
kini beca seperti ini belum lagi dibawa masuk ke Malaysia
atau Indonesia
sebab ia mungkin begitu mahal.
Lagipun
ia tidak mempunyai reka bentuk tradisional seperti beca yang terdapat di Malaysia dan Indonesia .
Di
Melaka khususnya dimana pengayuh beca di sana
telah menghias beca-beca mereka untuk dijadikan bahan tarikan pelancong yang
berminat untuk menaikkinya untuk bersiar-siar sambil melawat tempat-tempat
bersejarah di sekelilling kota
lama.
Mereka
enggan guna motor untuk menggerakkan beca mereka dan masih kayuh dengan kaki.
Mungkin
perjalanan yang dilalui oleh penagayuh atau penarik beca di Melaka tidak jauh
sekitar kawasan pelancongan dan bersejarah, yang tidak memenatkan.
Dan
mereka mendapat pembayaran yang agak lumayan dari pekerjaan ini yang juga
memberi tarikan kepada pelancong-pelancong dari luar negeri maupun dalam
negeri.
Ini
menyebabkan mereka yang sudah lama mengayuh beca di Melaka enggan tukar
pekerjaan dan ada yang mengantinya dari bapa mereka yang telah meninggal dunia.
Dan di New York atau London
ada juga wanita yang mengayuh beca di sini. Tetapi di sana beca mereka tidak mendapat tarikan
seperti ini dari kalangan pelancong; ia hanya dianggap sebagai satu lagi jenis
pengangkutan awam yang mudah diguna untuk orang.
Tetapi
soalannya di sini ialah: Dimana perginya tokoh hak asasi manusia antarabangsa
yang dulunya mengecam pihak berkuasa di Indonesia
dengan mendesak mereka untuk mengharamkan beca di Jakarta ?
Mereka
yang berkata pengayuhan beca oleh manusia adalah satu penghinaan kepada
kehidupan dan nyawa manusia.
Tetapi
kini di barat, beca pula sudah diperkenalkan sedangkan mereka tidak mempunyai
beca sejak dulu.
Dan
kalau kini mereka sudah mempunyainya, ia adalah tiruan dari beca yang mereka
telah lihat di Malaysia dan Indonesia .
Mahukah
tokoh hak asasi manusia di Amerika dan Britain
kecam mereka yang mengayuh beca di New York
dan London ?
Kenapa
apabila orang Melayu yang mengayuh beca dituduh mereka merendahkan diri mereka
sebagai manusia yang tidak sepatutnya menjadi seperti hamba-abdi kepada manusia
yang lain.
Tetapi
apabila orang di Amerika dan Britain
atau barat yang melakukannya, mereka tidak dilempar tuduhan yang sama.
Orang di
barat mengayuh beca dengan tujuan hamper sama dengan mereka di Malaysia atau Indonesia dan olehsebab ia
pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan dengan mereka juga rata-rata tidak
mempunyai pendidikan.
Dan
kenapa Amerika dan barat tidak pula mahu haramkan sokan gusti dan pelbagai
jenis tinju/gusti seperti tomoi yang dikenali di barat sebagai ‘kickboxing’?
Ia
adalah jenis sokan yang mempersendakan manusia sebab ia menggalakkan orang
bertarung sama seperti pertarungan binatang dan juga burung dan ayam, yang
sudah lama diharamkan di barat.
Pertarungan
diantara manusia dan manusia atas nama sokan juga harus diharamkan tetapi mana
perginya tokoh dan jaguh hak asasi manusia di Amerika dan barat?
Tentu
sekali ada beberapa ahli gusti dan tinju telah meninggal dunia semasa bertarung
dalam gelangang, tetapi ia tidak membuat orang di sana rasa cemas, sebab ada juga orang yang
meninggal semasa bermain bola sepak dan acara sokan lain termasuk berlari
marathon dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan