…DAN
DAVID CAMERON SALAHKAN ORANG YANG BERTINDAK BALAS.
Oleh
Mansor Puteh
Jadi
akhirnya apa yang Geertz Wilders mahukan? Dan sejauhmanakah dia boleh dan mahu
buktikan yang dia amalkan hak kebebasan itu dan ini dengan mencemuh Islam?
Apa yang
dia harap boleh dapat dengan meneruskan tindakannya? Nak jadi jaguh kepada
orang yang kononnya mahu mempertahankan hak-hak itu dan ini, dan siapa yang
melantiknya untuk jaguh seperti itu?
Tidakkah
dia sedar bahawa Perang Salib sudah berlalu dan puak Kristen sudah mengaku
kalah.
Jangan
mengarutlah Geertz! Cukuplah tu! Jangan sampai nyawa orang lain yang tidak
bersalah terancam dari tindakan bodohnya.
Mahukah
atau beranikah dia pergi ke mana-mana negara Arab dan buat sesuatu di sana ? Atau apakah dia
hanya berani bertindak di negaranya sendiri atau di Amerika sahaja?
Hak apa
sebenarnya yang dia mahu majukan? Hak untuk cemuh ugama orang lain?
Bayangkan
kalau ada orang Arab yang juga mahu guna cara yang diguna oleh Geertz dan cemuh
ugama dia, beranikah dia berhadapan dengan keadaan ini?
Tetapi
sehingga kini tidak seorang Arab dan Islam yang mahu mencemuh ugama atau
kepercayaan orang lain walaupun mereka telah lama dihina oleh orang seperti
Geertz yang tidak dihadkan haknya untuk mencemuh ugama orang lain sebab
kononnya undang-undang di negaranya membenarkan dia bersuara dan buat apa yang
dia suka.
Tetapi kenapa mesti ada undang-undang penghinaan atau ‘defamation’ yang melarang seseorang di
Orang
tidak mahu cemuh Geertz sebab dia insan yang begitu kerdil, tidak perlu untuk
dilayan. Tetapi ada orang Arab lain yang mahu beri tekanan kepada orang seperti
dia dengan mengambil tindakan pelik.
Inilah
yang sebenarnya yang berlaku di Tunisia ,
Perancis dan juga Kuwait
baru-baru ini tidak termasuk terhadap Charlie Hebdo awal tahun ini.
Sekali
lagi orang mahu tanya berapa kali dan kerap mereka mahu Islam dengan mengguna
alasan yang mereka hanya mahu amalkan hak mereka? Hak apa? Hak untuk diberi
kebebasan bersuara, berekspresi dan berkumpulan??
Tapi
kenapa mesti guna Islam? Tidakkah mereka boleh guna ugama mereka sendiri atau
emak dan bapa mereka sendiri dan cemuh semuanya itu?
Ternyata
apa yang mereka lakukan itu adalah dengan niat jahat. Mujur jumlah mereka
begitu kecil.
Tetapi mereka boleh mendapat liputan media yang luas.
Dahulu ada beberapa orang yang beria-ia atau cenderung sangat mahu cemuh Islam tetapi beberapa orang dari mereka sudah mengalah atau maut seperti pelukis kartun dan petugas di majalah satira Perancis iaitu Charlie Hebdo..
Kini cuma terdapat seorang sahaja yang masih berdegil mahu cetuskan kemarahan orang Arab dan Islam.
Dia
adalah Geertz Wilders dan namanya bukan yang asing kepada Dunia Arab dan Islam.
Dia adalah ahli politik haluan kiri di Denmark dimana kini terdapat ramai orang Islam,
termasuk pelarian dari Rohingya dan lain-lain yang kebanyakannya berugama Islam
yang ditempatkan ke sana .
Dia dan
rakan-rakannya beria-ia mahu kekang kemasukan orang Islam ke negara mereka.
Tetapi
ia tidak mendapat sokongan dari kebanyakan orang di Denmark .
Cara
yang dia paling suka untuk guna ialah dengan mempersendakan Islam dengan cara
yang paling bodoh dan hodoh iaitu dengan menyiarkan lakaran-lakaran kononnya
Nabi Muhamamd, s.a.w.
Tujuan
atau niatnya, katanya ialah untuk menunjukkan yang dia berhak untuk meluahkan
perasaannya dengan apa carapun.
Dalam
bahasa Inggeris ia adalah untuk menjaga ‘Freedom of Speech, Freedom of
Expression’ dan sebagainya.
Tetapi
dia tidak sedar bahawa hak-hak seperti ini adalah buatan manusia dan ia juga
beri hak sama kepada orang yang bertindak dengan cara yang dia pilih, iaitu
dengan mengguna kekerasan.
Olehsebab
itu tidak hairankan kalau Geertz Wilders mempunyai wajah seperti orang yang
sakit; dia kelihatan tidak normal. Dan tindakan yang dia telah ambil beberapa
kali boleh membuktikan yang dia menghadapi penyakit jiwa.
Dia kata dia mahu buktikan bahawa hak bersuara dan berekspresi itu adalah mutlak tetapi dia hanya mahu cemuh Ugama Islam sahaja.
Tidak ada cara lain yang dia boleh guna untuk buktikan yang dia boleh amalkan hak-hak tersebut?
Tentu ada tetapi dia tidak mahu mencemuh ugamanya sendiri atau ugama lain, kecuali Islam.
Dan dia
pasti mengaku bahawa dia dan semua orang ada hak bersuara dan berekspresi
seperti dia termasuk hak berkumpul atau the right to association and assembly
atau hak untuk berkumpul.
Tidakkah
ini yang puak Taliban dan ISIL mahu lakukan, iaitu untuk diberi hak berkumpulan
dan mengambil tindakan untuk menunjukkan yang mereka juga mengamalkan hak
kebebasan ekspresi dan sebagainya, sama seperti orang lain yang mahu tuntut hak
kebebasan mereka untuk mengecam Islam dan membuat lakaran Nabi, dengan niat
untuk mempersendakan Islam.
Sekarang
orang seperti Geertz yang tidak cukup mahu membuat sesuatu untuk membuat orang
Islam marah; dan dia kini harus sedar bahawa hak yang dia mahu tuntut itu bukan
hak mutlak yang dia sahaja yang boleh tunjuk dan guna dalam apa carapun.
Taliban
dan ISIL juga ada hak yang sama.
Ini
boleh memberi bukti kukuh bahawa hak-hak seperti itu yang direka oleh mereka di
barat bukan sahaja berat sebelah tetapi tidak ada asas dalam mana-mana ugama
termasuk ugama bukan-Islam sendiri.
Tetapi
kenapa Geertz dan orang sepertinya tidak pula mahu mempersendakan tokoh ugama
mereka?
Dan
kenapa dia hanya berani menuntut hak-hak itu di negaranya sendiri dan juga di
Amerika? Kenapa dia tidak menunjukkannya di mana-mana negara Arab?
Dia tahu kalau dia berbuat demikian dia akan diambil tindakan.
Di Siam
beberapa pelancong dari Amerika dan barat telah diambil tindakan oleh pihak
berkuasa di sana
bila mereka didapati merakam gambar di patung Buddha.
David
Cameron harus beri ucapan yang tidak berpihak; dengan mengecam tindakan orang
yang memberinya sedikit sengsara, dan tidak mengecam orang yang memberi
kesengsaraan kepada orang Arab lain.
Dia
hanya pentingkan dirinya sendiri sahaja dan rakyat negaranya, tetapi tidak tahu
mengaja diri orang lain yang bukan sama seperti mereka yang mempunyai nilai
ugama yang lain.
Jadi
ugama mana yang lebih pentingkan kesefahaman – Islam atau ugama yang dianuti
oleh Geertz?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan