Ahad, 16 Ogos 2015

BAYANGKAN KALAU KERAJAAN TIDAK TUBUH ITM ATAU UiTM, LEBIH SETENGAH JUTA ORANG MELAYU YANG KINI BERJAYA AKAN MELARAT JUAL GORENG PISANG DAN MANDI DALAM SUNGAI DAN PEMBELOT BANGSA!

Oleh Mansor Puteh


Betulkah UiTM merupakan sistem universiti terbesar di Malaysia dan seluruh dunia yang mempunyai jumlah pelajar terbanyak?

Inilah jumlah graduan ITM dan UiTM seperti yang kita sering dengar, dari setengah juta hingga ke enam ratus ribu orang.

Ia satu jumlah yang besar. Dan ia terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera lain yang kini mempunyai kepakaran dan pendidikan dalam pelbagai bidang yang kesemuanya diserap ke dalam sektor swasta.

Tidak ramai yang bekerja di sektor awam dan ada yang bekerja sebagai pensyarah.

Yang pentingnya di sini ialah dengan jumlah ini tahab pencapaian ekonomi dan tempat Melayu dan Bumiputera dapat dimartabatkan.

Tanpa ITM dan UiTM, kemungkinan besar tahab pencapaian ekonomi Melayu hari ini akan merosot sehinggakan kuasa asing dapat menguasainya, dan Melayu akan dihumban ke dalam hutan dan terperok di kampung sendiri, tempat dimana emak dan bapa mereka dulu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang membajak sawah dan menoreh getah…dengan mengayoh basikal tanpa tahu dunia luar.

Dan dengan seorang anak mereka yang berjaya masuk ke ITM dan UiTM seluruh keluarga mereka berubah, lebih-lebih lagi kalau anak mereka itu juga berjaya dalam pendidikannya dan mendapat pekerjaan yang baik di Kuala Lumpur.

Itulah sebabnya kenapa terdapat banyak rumah Melayu lama menjadi usang dan ditinggalkan sehingga condong dan rebah ke tanah terletak di kawasan dimana mereka dahulu tinggal, sebab mereka telah berpindah ke Kuala Lumpur atau ke bandaraya lain di seluruh negara dan tidak lagi menjadi petani.

Dan tanah sawah dan ladang getah juga terbiar. Mana ada lagi kawasan sawah di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Melaka ikut jalan lama sekarang? Tidak ada. Semua kawasan sawah yang dulu kini telah menjadi pusat perniagaan dan bandar baharu.

Dan ramai anak kecil atau anak Melayu golongan sekarang tidak kenal dengan kehidupan di kampung atau pernah lihat tiak dan lintah yang terdapat banyak di sawah dulu.

Jadi kalau kerajaan tidak tubuhkan Institut Teknologi (ITM) di Shahalam, tentu sekali kawasan di sekelillingnya kini masih sebuah ladang kelapa sawit.

Ia tercetus dari akal-fikiran pemimpin Melayu dulu khususnya mereka dalam Umno dan bukan dari PAS, parti Islam kononnya tetapi yang mereka boleh melakukan ialah untuk memecah-belahkan kaum.

Pemimpin mereka bangga beri lebih kerusi parlimen dan dewan undangan negeri kepada bangsa asing.

PAS tidak berjaya bangunkan Kelantan jauh sekali Malaysia kalau mereka berjaya mentadbirnya.

Dan Shahalam akan terus menjadi kawasan ladang kelapa sawit sehingga sekarang. Perlu apa kawasan ini dibangunkan?

Dan bukit dimana kampus induk ITM mungkin akan dibangunkan sebuah hotel atau mungkin Istana Bukit Kayangan sebab ia terletak di paras yang lebih tinggi berbanding dengan bukit dimana istana tersebut terletak sekarang.

Dan kemungkinan besar juga Shahalam sekarang tidak seperti yang ada dan hanya sebuah kawasan perusahaan tanpa ramai orang menetapnya, yang kebanyakannya terdiri dari pensyarah dan petugas ITM dan puluhan ribu penuntut yang datang dari seluruh negara untuk belajar di sini.

ITM kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara atau UiTM.

Ia sudah melahirkan setengah juga hingga enam ratus ribu graduan dalam banyak bidang; dengan ada yang telah menjadi berjaya dalam bidang tertentu.

Dan ramai juga graduan ITM dan UiTM telah melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat sarjana di luar negara.

Dan tidak dinafikan bahawa ITM dan UiTM telah melahirkan banyak pakar-pakar yang hebat. Tetapi diantara ratusan ribu graduan yang berjaya dilahirkan terdapat juga segelintir mereka yang dilahirkan sebagai pakar dan juga pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri.

Mereka tidak berhati perut dan tidak berterima kasih dan mahu kecam kerajaan. Entah kenapa mereka sanggup berpaling tadah dan mempunyai sikap sedemikian sedangkan mereka itu adalah graduan kelahiran universiti ini.

Tanpa ITM dan UiTM mereka sudah pasti tidak akan berjaya.

Dan kemungkinan besar mereka akan melarat sepanjang hayat buat kerja biasa.

Yang jelas sekali ialah kebanyakan orang yang telah berjaya belajar di ITM atau UiTM sekarang terdiri dari Melayu yang dari keluarga yang kurang pendapatan atau miskin dan daif.

Mereka bernasib baik ada ITM dan dapat melanjurkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah ataupun sijil yang membolehkan mereka mahu dan mendapat pekerjaan yang lumayan.

Ada segelintir mendapat pekerjaan di syarikat Cina.

Tetapi ramai dapat pekejaan di agensi kerajaan dan syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC.

Jadi bayangkan kalau mereka semua itu tidak dapat masuk ke ITM atau sekarang UiTM apa pekerjaan yang mereka boleh dapat?

Kalau mereka pendidikan ditahab tingkatan enam, mereka hanya boleh dapat pekerjaan sebagai kerani tetapi kalau tamat pengajian di tingkatan lima, mereka terpaksa menjaja di pasar malam atau buat kerja sendiri. Itu sahaja.

Tanpa ITM atau UiTM kebanyakan mereka akan melarat sehingga sekarang.

Berapa ramai graduan ITM dan UiTM mempunyai sikap bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang beri mereka pendidikan?

Ternyata ada segelintir kecil yang belot dan tidak tahu berterima kasih; mereka bangga dengan kejayaan yang mereka perolehi dengan bekerja dengan syarikat Cina tetapi tidak sedar yang memberi mereka pendidikan adalah ITM dan UiTM.

Tanpa pendidikan ini mereka tidak mungkin akan dapat pekerjaan yang mereka telah dapat.

Apa agaknya yang menyebabkan mereka itu rasa marah dengan Melayu mereka sendiri? Mereka kecam Umno dan kerajaan pusat negeri dan sokong pembangkang yang langsung tidak beri mereka apa-apa, jauh sekali pendidikan dan kelayakan.

Mereka sokong Anwar Ibrahim. Tetapi apa yang Anwar telah beri kepada mereka? Tidak ada apa.

Anwar kini bermastautin di Sungai Buloh terkena sengatnya sendiri bila dia kalah kes di mahkamah, tidak boleh berbuat apa-apa dan pernah berbuat apa-apa untuk Melayu selepas dia tinggal atau dipaksa tinggalkan Umno dan Barisan Nasional.

Bayangkan kalau tidak ada PAS dan tidak ada Anwar, Melayu akan lebih bersatu dan Melayu akan terus maju dalam semua bidang.

Mereka tidak tahu bagaimana ITM dan UiTM dapat terus dikembangkan.

Dan setakat ini kerajaan juga tidak tahu bagaimana mereka boleh terus kembangkan UiTM sekarang selain dari membuka kampus cawangan di seluruh negara untuk menjadi sebuah sistem universiti terbesar di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia melebihi sistem universiti di Amerika iaitu Universiti California yang mempunyai kampus di beberapa bandaraya utama di negeri California.


UiTM sudah mampu dan layak untuk membuka cawangan antarabangsanya di Indonesia setidak-tidaknya atau di sebuah negara Arab ataupun di Amerika. Kenapa tidak boleh? 

Tiada ulasan: