Oleh
Mansor Puteh
(Nota: Perkara
berkaitan dengan sekolah vernakular Mandarin dan Tamil dan sekolah kebangsaan
sehingga kini tidak lagi dibincang dengan bijak dan menyeluruh. Biar saya yang
mulakan perbincangan dan polemik tentangnya di sini.
Banyak
individu Cina masih rasa marah sebab mereka rasa mereka telah tidak diberi
peluang berjaya.
Tetapi ada ramai lagi orang Cina yang berjaya dan tidak bercakap apa-apa untuk melafazkan kesyukuran kepada orang Melayu dan
Malangnya
suara-suara marah dari orang Cina hanya datang dari sekelompok orang yang
keciwa sebab mereka rasa mereka juga boleh berjaya seperti Lim Goh Tong dan
Vincent Tan dan tokoh usahawan Cina lain termasuk Robert Kwok dan lain-lain.
Jadi
keluhan mereka itu adalah keluhan peribadi yang langsung tidak melambangkan
kedudukan Cina yang sebenarnya yang mana menampakkan masyarakat Cina umumnya
yang telah diberi segala peluang untuk berjaya.
Tentu ada segelintir yang gagal, dengan orang yang kurang berjaya fikir mereka mesti berjaya kalau tidak Cina seluruhnya tidak dianggap sebagai berjaya.)
Saya
terserempak dengan seorang pemuda Cina menampal pelekat pada harta awam di
Balakong sebuah kawasan yang dulunya Cina tetapi kini sudah jadi kawasan
Bangladesh dan Myanmar serta Indonesia, dan ditengah-tengah jalanraya yang agak
sibuk tidak lama dahulu.
Ia bukan
suatu pemandangan yang luarbiasa; terdapat ramai pemuda Cina seperti dia yang
buat kerja sama yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam panas
teruk.
Yang
hairannya ialah kenapa dia dan orang seperti dia tidak diberkas dan didakwa
mengotorkan kawasan dan merosakkan harta awam?
Mereka
juga boleh dituduh boleh memberi susah dan mendatangkan bahaya kepada orang
awam bila mereka merosakkan papantanda awam dan harta awam lain dengan menampal
pelekat dan poster sehingga menyembunyikan tulisan yang ada padanya.
Pemuda
Cina itu tidak kisah ada orang tengok dan mungkin rakam gambar atau video sebab
dia tahu pihak berkuasa tidak akan menangkapnya, jauh sekali mahu ambil
tindakan di mahkamah.
Dia
kelihatan begitu yakin dengan kerja yang dia buat dengan mendapat upah yang
lumayan; kalau tidak sudah pasti dia tidak akan sanggup membuat kerja itu yang
mendedahkan dirinya dalam keadaan yang tidak selesa.
Olehsebab
itu wajahnya juga kini sudah kelihatan gelap berbanding dengan pemuda Cina lain
yang bekerja di pejabat.
Dalam
beg encangnya ada lagi pelekat atau poster yang dia diberi untuk gantung atau
tanpal.
Setahu saya pemuda Cina yang buat kerja seperti itu akan tampal beberapa keping pelekat atau poster ditempat dimana majikannya akan lalu dan lihat dan selebihnya mereka akan buang atau koyak.
Pihak
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak peduli; mereka tidak ada kemampuan untuk
ambil tindakan sehinggakan seluruh kawasan Balakong menjadi kotor dengan adanya
pelekat salah ini.
Dan
selain dari apa yang tertera dalam gambar-gambar ini, apa yang orang lain boleh
lihat dan kaji?
Tentu semua orang tidak tahu bagaimana mereka boleh menilai gambar-gambar ini.
Jawapanya
ialah: Gambar ini menunjukkan seorang pemuda CINA. Dan dari latarbelakangnya
tidak sukar untuk agak dengan betul dia belajar di SEKOLAH CINA.
Tidak
salah untuk mereka belajar di sekolah vernakular, tetapi yang salahnya ialah
kenapa dia mahu terlibat dengan kegiatan seperti menampal pelekat salah di
seluruh kawasan?
Dan dia
boleh mendapat RM80 sehari. Jadi buat apa kerja sebagai kerani atau pemandu
dispatch atau peon atau masuk polis dan tentera?
Untuk
perempuan Cina pula mereka boleh bekerja di kedai sebagai jurugunting dan
sebagainya dan di kaunter kedai telekomunikasi seperti di Plaza Low Yat dan
lain-lain tempat.
Jawapnya
ialah: Apa pekerjaan lain yang dia boleh buat?
Dia gagal sekolah diperingkat rendah dan dia tidak boleh mendapat pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta.
Jadi dia sanggup masuk dan terpaksa masuk ke dalam SEKTOR JENAYAH, walaupun ia jenayah ringan. Mungkin dia budak Cina yang bermoral.
Rakan-rakan
sekaumnya yang tidak bermoral akan tejebak dalam kegiatan jenayah yang lebih
teruk seperti menjual DVD salah (saya tidak pakai perkataan haram) dan jenayah
yang melibatkan nyawa dan sebagainya.
Jadi
salahnya ialah SEKOLAH VERNAKULAR yang beri pendidikan kepada mereka yang boleh
maju dalam pendidikan dan seterusnya masuk ke SEKOLAH KEBANGSAAN.
Untuk
mereka yang gagal, mereka tidak akan mempunyai pekerjaan baik (saya tidak guna
perkataan sah).
Inilah
yang orang mesti baca dalam kombo empat gambar yang dipaparkan, sebagai
kegagalan SEKOLAH VERNAKULAR yang pemimpin politik dan masyarakat Cina enggan
terima hakikatnya.
Saya
harap pengajian menyeluruh dapat diadakan tentang perkara-perkara yang
dibangkitkan untuk melihatnya dari sejarah, politik, psikologi, sosiologi dan
ekonomi, supaya masyarakat Cina di masa hadapan tahu sekolah mana yang boleh
beri mereka masa depan dan sekolah mana yang akan paksa mereka bekerja seperti
pemuda yang melekat pelekat salah di tempat salah dalam kombo gambar itu.
Kenapa
sehingga kini tidak ada sebarang pengajian yang telah dilakukan tentang perkara
ini khususnya tentang keberkesanan dan kehebatan sekoleh vernakular Mandarin
dan Tamil?
Tidakkah
penyelidikan seperti ini amat penting untuk rakyat semua kaum tahu tentang
kedudukan sebenarnya sekolah vernakular berbanding dengan sekolah kebangsaan,
supaya ibubapa Cina dan Tamil tahu keadaan sebenarnya dan dapat membuat pilihan
sendiri tanpa diganggu oleh sentimen dan emosi.
Mereka
sudah tentu dapat lihat orang Cina dan Tamil yang belajar di sekolah vernakular
semasa mereka dewasa dan gagal diperingkat sekolah menengah dengan masadepan
mereka yang langsung tidak menggalakkan.
Dan
mereka akan hidup terhempit dengan perasaan yang mereka sukar untuk bergaul
dengan orang lain khsusnya Bangsa Melayu yang mengelillingi mereka sekarang.
Tentu
ada pakar Cina dan juga Melayu yang boleh membuatnya. Tetapi mereka enggan.
Dan pemimpin parti MCA dan DAP serta Gerakan juga tidak berminat untuk suruh pakar buat pengajian seperti ini untuk ijazah kedoktoran mereka.
Sebabnya ialah mereka takut dengan keputusan yang boleh diperolehi dari pengajian seperti itu yang boleh menunjukkan ramai anak Cina dan Tamil yang mempunyai latarbelakang sekolah vernakular gagal.
Mereka
yang berjaya adalah olehsebab mereka akhirnya beria-ia mahu masuk ke sekolah
kebangsaan dan kemudian ke universiti tempatan dengan menerima pendidikan dalam
Bahasa Melayu.
Segelintir
dari mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.
Dan
olehsebab itu juga segelintir mereka yang gagal sekolah yang layak mendapat
pekerjaan di sektor awam atau swasta; itupun kalau bapa mereka yang mempunyai
syarikat yang boleh terima mereka.
Tetapi
kedai runcit yang dulunya dikuasai oleh Cina kini sudah berkurangan dengan
kedai yang ada mempunyai pekerja dari kalangan Melayu atau asing iaitu Bangladesh dan
sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan