Rabu, 29 Jun 2016

DRAMA TELEVISYEN TEMPATAN GALAK PENONTON KHUSUSNYA ORANG MELAYU BENCI DIRI SENDIRI DAN KERAJAAN DAN RAJA-RAJA SECARA HALUSDAN BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA.


Oleh Mansor Puteh


Ini bukan satu tulisan ringan tentang tahab pencapaian penerbitan dan penyiaran drama televisyen yang saban hari disiar oleh RTM, TV3 dan Astro; ia adalah satu analisa yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa.



Dan ia ada kaitan rapat dengan pergolakan dalam pemikiran penonton dan pemikiran Melayu yang kini begitu asyik dengan bidang politik kekampungan yang tidak malu untuk meluahkan perasaan dan pemikiran yang kalut dengan membabitkan isiu sosial, kebudayaan dan ekonomi yang semuanya disatukan dalam bidang politik kampungan mereka.

Akhirnya apa yang membuat ramai Melayu menjadi keliru dalam semua bidang yang mereka curahkan dalam pandangan serong terhadap pentadbiran negara dan proses demokrasi berparlimen dan kegiatan berkempen dan mengundi adalah dibentuk oleh apa yang mereka saban hari menonton di televisyen khususnya dari siri drama televisyen dan telemovie yang mengutarakan perasaan benci.

Ia adalah pandangan yang terus-terang, bukan sekadar mahu melihat kegilaan dari medium televisyen yang masih menghantui ramai, dengan kegemilangan palsu yang tertera menjadi teras sebab kenapa penerbitan drama Melayu khususnya terus dilakukan dan disiar, tanpa ada sebarang usaha oleh mana-mana pihak di setesen televisyen berkenaan untuk mengkaji akan keberkesanannya atau lebih dari itu, kepada usaha untuk merosakkan minda penonton Melayu dan masyarakat Melayu amnya.
Sudahlah hampir semua filem tempatan yang telah diterbit sekian lama tidak lebih dari filem Hollywood Palsu atau Pseudo-Hollywood films atau lebih teruk lagi filem Hong Kong Palsu atau Fake Hong Kong films, siri drama dan telemovie Melayu hampir semuanya adalah jenis yang memberi gejala buruk kepada pemikiran penonton Melayu dan masyarakat Melayu amnya.

Tidak ada sebuah drama televisyen yang menggalakkan secara tidak langsung perasaan bersyukur dengan kemajuan yang telah diberi dan diadakan oleh pihak tertentu.

Malah semua babak atau lokasi dalam drama televisyen adalah sekitar ruang tetamu rumah banglo besar, dalam bilik tidur, dalam kereta mewah dan dalam pejabat dan pejabat pengarah syarikat, dengan banyak watak asyik-asyik bercakap tentang syarikat mereka dan bagaimana mereka boleh tipu orang itu dan orang lain untuk rampas kuasa syarikkat.

Dan plot hampir semua drama televisyen adalah jenis cinta tiga segi, yang diguna oleh semua filem Hindustan atau Bollywood, yang menggalakan kemungkaran kepada orang yang berugama Islam sebab ia menggalakkan perhubungan diantara bukan muhrim dan perbualan yang boleh dianggap sebagai tidak menepati cara orang Islam berhubung.

Malangnya, pendedahan seperti ini tidak pernah diluahkan oleh mana-mana ustaz dan ustazah dan juga pakar psikologi maupun ahli kumpulan pemikir (think tank) dan ahli parlimen dipihak kerajaan jauh sekali pembangkang.

Malah, pembangkanglah yang mendapat banyak faedah dan keuntungan dari penerbitan dan penyiaran siri-siri drama dan telemovie Melayu seperti yang disiar oleh RTM, TV3 dan Astro.

Olehsebab itu pembangkang, yang tidak ada pakar dalam bidang penerbitan drama televisyen atau filem sebab mereka tidak ada kabinet bayangannya, tidak terfikir untuk mahu bangitkan perkara ini dalam parlimen.

Malah tidak sesiapapun yang pernah mahu menjadikan penerbitan drama televisyen dan filem sebagai bahan perbicangan dan perdebatan dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara, sebab tidak seorang yang ada didalamnya pakar dalam bidang yang amat khusus ini.
Dan kesannya ialah penonton dan masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh gejala negative setiap hari sejak beberapa dekad dahulu khususnya sejak stesen televisyen swasta ditubuhkan, yang mana banyak siri drama dan telemovie yang telah diterbit itu dibuat oleh mereka yang tidak ada sebarang kepakaran dalam bidang penulisan, pengarah dan penerbitan yang mana mendapat sokongan dan galakan oleh pihak setesen televisyen yang turut tidak ada sebarang kepakaran dalam bidang ini sehinggakan mereka tidak tahu bagaimana hendak pilih tajuk sesuai untuk sesebuah drama televisyen.

Itulah sebabnya kenapa hampir semua drama televisyen yang telah disiarkan mempunyai perkataan cinta, kasih dan sayang didalamnya seperti Diaspora Cinta, Setulis Cinta, Satu Cinta, Cinta Gondola di Venice dan sebagainya termasuk pengunaan bahasa Melayu Teruk seperti Mr Tanda Soal dan lain-lain

Gambar dari penerbitan drama televisyen yang disiarkan dalam dekad 1980an dan 1990an dahulu oleh TV3 dan RTM, seperti Basikal Ku, Kadir dan Kim, Sri Panggung, Pulang dan Anak Ketujuh tidak mempunyai elemen negatif dan buruk untuk penonton; ia mempunyai banyak iktibar dan pengajaran untuk mereka.

Dan ia adalah beberapa drama televisyen awal yang saya sendiri telah arah atau tulis skripnya untuk pengarah lain terbit seperti Adman Salleh untuk TV3.

Malangnya drama-drama seperti ini tidak diterbit dan disiar oleh stesen televisyen termasuk RTM dan TV3 atau Astro, sebab mereka tidak mempunyai pakar dalam bidang ini dengan pegawai dalam bidang penerbitan drama tidak diberi pendidikan diperingkat sarjana di universiti luar negara maupun di Aswara untuk mereka sedar tentang apa sebabnya drama televisyen mahu diterbit dan disiar.

Kalau tidak apa yang berlaku ialah siri-siri drama televisyen yang disiar saban hari itu akan menyebabkan penonton dan masyarakat Melayu dipupuk dengan nilai negatif, sehinggakan ia telah menyebabkan ramai orang Melayu benci sesama sendri.

Malah lebih dari itu perasaan benci dan salahkan pihak berkuasa (dalam lain-lain perkataan: Kerajaan!) berlaku olehsebab mereka telah digalakkan oleh siri drama televisyen yang gemar menampilkan watak-watak marah, benci dan benggis yang tidak boleh berfikir secara waras dan mengambil tindakan dengan penuh adab.

Watak-watak dalam hampir semua drama dan telemovie adalah jenis yang tidak berbudaya atau berugama. Ini memang jenis watak yang dramatik sebab mereka boleh luahkan perasaan yang memuncak sehinggakan mereka tidak segan silu memaki emak dan bapak mereka serta datuk dan nenek mereka sendiri.

Saya kebetulan terlihat sebuah drama televisyen yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta pada Hari Raya Haji beberapa tahun lalu yang saya anggap sebagai sebuah penerbitan drama yang paling teruk. Saya terkejut melihat seorang watak lelaki dalam drama ini yang balik ke rumah emak dan bapaknya di sebuah kampung, dan terus bertekak dengan kedua emak-bapaknya seperti mereka itu binatang.

Memang untuk seorang pelakon yang memain watak lelaki berang dan bodoh seperti itu memang bagus untuk pelakon itu meluahkan dialog yang penuh dengan perkataan kesan; ia juga mudah untuk dilakonkan berbanding dengan watak yang halus yang suka pendam perasaan.

Tetapi apa yang saya dapat lihat dalam watak dan babak ini tidak lain dari usaha untuk membuat penonton dikalangan yang muda untuk tidak malu dan segan untuk memaki emak dan bapak mereka sendiri. Lebih teruk dari itu ialah apabila dalam analisa serius bidang lakonan dan drama televisyen ataupun pentas dan juga filem, watak-watak emak dan bapak boleh dianggap atau mewakilli pihak yang berkuasa, seperti pemerintah atau Kerajaan dan juga Raja-Raja.

Tidak ada langsung babak-babak dimana adanya kemajuan seperti dalam gerabak LRT dan monorel dan suasan yang menunjukkan ada semangat kemanusiaan seperti watak menderma darah atau buat bakti.

Jadi tidak ada guna untuk pihak-pihak yang cintakan keamanan dan ketenteraman salahhkan sesiapa yang kini mempunyai pemikiran serong terhadap pihak berkuasa sebab mereka telah dipupuk oleh stesen televisyen tempatan sendiri untuk benci bangsa dan juga ugama sendiri dan kerajaan dan raja-raja sejak dulu lagi dan kesannya dapat dilihat sekarang.

Dan segala pergolakan dan keluhan yang diutarakan dalam mana-mana forum termasuk ceramah di kampung maupun di laman sosial semuanya boleh dikatakan berpunca dari proses pembentukan pemikiran dan sikap yang dipupuk oleh jenis drama televisyen yang mereka semua telah didedahkan sejak kecil lagi dan kesannya dapat dilihat sekarang.





Tiada ulasan: