Khamis, 24 Disember 2015

FILEM MELAYU BERJIWA JEPUN BERJUDUL ‘NOTA’ DAPAT DANA RM1.8 JUTA DARI FINAS TETAPI HANYA MAMPU KUTIP RM30,000 DI PAWAGAM???

HEBAT BETUL ‘NOTA’, SEBUAH FILEM TENTANG PAKAR BEDAH MELAYU MAHU BUNUH DIRI DAN BERKAHLWAT….
Oleh Mansor Puteh

Ratusan juta ringgit telah diperuntukkan kepada Finas sejak agensi filem ini ditubuhkan dalam tahun 1981 tetapi mana Oscarnya? Mana perushaaan filem baharu Malaysia yang mahu dibentuknya?


Hampir semua filem yang mendapat dana khas dari Finas tidak menjadi; tidak sebuah yang dijemput ke pesta filem antarabangsa dan menang anugerah. Kenapa?


Ini beberapa soalan yang saya mahu tuju kepada FInas dan penerbit filem 'Nota' dan harap mereka akan beri jawapan.

* * * * * *

Finas dikatakan telah menaja RM1.8 juta untuk penerbitan filem berjudul 'Nota' karya Yasuhiro Tanaka dan isteri Cina-Malaysia bernama Bea Tanaka.

Yasu Tanaka orang Jepun belajar bidang penulisan skrip di Amerika dan juga beri ceramah dan bengkel penulisan skrip untuk Finas.

Filem 'Nota' karyanya mendapat sumbangan dari Finas sebanyak RM1.8 juta.

Dan yang menjadi masalah ialah filem ini mengisahkan tentang pakar bedah Melayu yang dilakonkan oleh Hans Isaac yang membawa teman wanitanya yang belum berkahwin dengannya yang dimainkan oleh Maya Karin, ke sebuah pusat peranginan di Hutan Bako di Sarawak.

Belum berkahwin, bermaka berkalwat dan di pusat peranginan itu Hans melamar Maya untuk jadi isterinya.

Dan filem ini berlaku sepuluh tahun selepas mereka berkahwin dan Hans menjadi pakar bedah (jadi sepuluh tahun dahulu mungkin dia doktor atau doktor perubatan sahaja), dan isterinya masih gagal melahirkan anak.

Dan Hans menulis sekeping nota yang menyatakan dia mahu bunuh diri.

Isterinya terlihat dengan nota itu dan rasa cemas. Bagaimanapun isterinya rasa marah apabila terdengar perbualan talipon diantara suaminya dengan seorang gadis di Kuala Lumpur yang menyatakan yang gadis itu sudah mengandung.

Isterinya ambil keputusan untuk bunuh suaminya dengan menolaknya dari atas bukit bila dia berdiri di situ.

Dan isterinya juga bunuh pemandu bot yang dimainkian oleh Alahyarham Ramli Hassan dengan memukulnya dengan pendayung bot.

Begitu mudah seorang wanita yang tidak kelihatan seperti isteri seorang pakar bedah Melayu yang sanggup bunuh suaminya dan pemandu bot.

Yang menjadi persolan di sini ialah apakah Finas tidak sedar filem ini melanggar hukum syarak?

Ia mengenai lelaki Melayu dan teman wanitanya berkhalwat dan akhirnya memaksa isterinya menjadi pembunuh.

FIlem ini sebenarnya kelihatan seperti sebuah telemovie atau filem untuk televisyen dengan tiga watak utama dan lokasi sedia ada.

Ia tidak nampak seperti menelan perbelanjaan RM1.8 juta.

Persoalan kedua ialah kenapa seorang pengarah keturunan Jepun diberi dana sebanyak itu oleh Finas, sedangkan bidangnya adalah penulisan skrip dan bukan pengarahan filem, walaupun isterinya rakyat Malaysia?

Akhirnya ialah: Filem ini ditayang di 41 pawagam dan dikatakan telah mengutip RM30,000 sahaja.

Jadi apakah Finas layak menilai cadangan skrip yang dihantar kepada mereka sedangkan filem ini gagal dipasaran termasuk beberapa buah filem lain yang telah mendapat dana dan pinjaman dari Finas dan kementerian berkenaan sedangkan pengarah filem Melayu yang lebih berkebolehan gagal mendapat sebarang bantuan kewangan dari Finas?

Dan kenapa sebuah filem lain yang menelan perbelanjaan RM18 juta yang masih belum dapat diedar dipawagam walaupun ia dikatakan telah diedar di Indonesia dimana ia tidak mendapat sambutan?

* * * * * * *

Tapi tak salah pula penerbit filem ini yang mendapat dana sebenar itu sebab mereka dapat habuan dari cadangan yang mereka hantar.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah: Kenapa mereka dapat dana sebesar itu memandangkan skrip yang dihantar dan diluluskan adalah sebuah karya yang kotor yang memaparkan nilai bertentangan dengan Islam dan masyarakat Melayu yang diutarakan dalam filem ini.

Lainlah kalau filem ini tentang masyarakat Jepun dan bukan-Islam. Mereka boleh buat apa sahaja.

Dan kenapa filem arahan orang Jepun diberi keutamaan dan tidak orang tempatan?

Apakah orang Jepun itu hebat? Kalau dia hebat kenapa negaranya sendiri tidak beri dana untuk dia buat filem itu?

Lainlah pula kalau skripnya hebat dan mempunyai nilai Jepun dan sejarah Jepun yang ada kaitan rapat dengan sejarah dan masyarakat kita.

Lainlah kalau filem ini boleh mendapat peluang untuk dipasarkan di Jepun dan diberi pengiktirafan dalam pesta filem di negaranya.

Ini tidak berlaku. Dan nampaknya promosi untuk filem ini hambar dan hampir tidak ada.

Jadi nampaknya, ‘Nota’ tidak dapat diguna oleh Yasu Tanaka sebagai filem yang dia boleh bangga-banggakan sebab ia tidak diterima oleh mana-mana pesta filem antarabangsa walaupun di Jepun dan ini juga tidak memberinya sebarang kelebihan kalau dia mahu beritahu dan tunjuk kepada sesiapa yang dia seorang pengarah filem yang berkaliber dan hebat.

Ini malang sekali sebab peluang untuk menerbit dan mengarah sebuah skrip yang dia sendiri tulis sudah pasti suatu peluang yang bermakna kalau dia dapat mengarapnya dengan baik yang boleh melonjak namanya dalam bidang penerbitan filem di Malaysia dan juga di luar negara.

Malangnya ini tidak berlaku. Sebaliknya filem ‘Nota’ ini telah mencemuhkan kredibiliti dan keupayaannya sebagai penulis skrip dan pengarah filem.

Dan Finas dan mereka yang telah memberi Yasu dana yang membolehkan beliau terbit filem ini juga tidak boleh rasa bangga yang mereka telah mendapat faedah darinya untuk mereka guna sebagai contoh yang baik untuk orang lain yang berminat untuk mendapat dana dari mereka banding dengan cadangan-cadangan yang mereka ada untuk memohon dana seperti yang telah diberi kepada Yasu.

Siapa yang untung dengan penerbitan filem ini? Tentu sekali penerbit dan pengarahnya. Tetapi ia setakat mendapat dana dan mempunyai sebuah filem yang tidak seberapa yang tidak boleh meningkatkan tahab pengarah dan meluaskan pengaruhnya dalam pembangunan perusahaan filem Malaysia sekarang.

Dan Finas dan mereka yang telah beri dana kepada mereka juga tidak boleh guna filem ini sebagai contoh yang baik.

Filem ‘Nota’ sepatutnya tidak diterbit dan diberi sokongan dari Finas sebab ia tidak memaparkan kedudukan sebenar pemikiran Melayu, lebih-lebih lagi pakar bedah Melayu yang sanggup ambil keputusan untuk bunuh dirinya.

Filem ini boleh diterbit dalam bahasa Jepun dengan watak-watak Jepun dengan berlatarbelakangkan Jepun dan bukan tentang Melayu dan berlatarbelakangkan Malaysia.

Mungkin kalau filem ini sebuah filem Jepun ia boleh mendapat sanjungan sebab mereka mempunyai budaya hara-kiri dan seppuku sebab malu…walaupun dalam keadaan ini yang membuat pakar bedah Jepun itu malu mestilah dengan sebab yang munasabah dengan dia dikaitkan dengan pahlawan silam Jepun yang telah melakukannya ratusan tahun lalu.


Kalau ini telah dilakukan saya percaya filem ini boleh diterima oleh ramai penonton di Jepun dan di barat sama seperti dengan filem ‘Ballad of Narayama’ yang menang anugerah utama di Pesta Filem Cannes dalam tahun 1982 dahulu.  

Tiada ulasan: