Gambar
dan rencana oleh Mansor Puteh
Tiba-tiba
satu hari saya teringat Astoria di Daerah Queens, salah sebuah dari lima buah daerah di Bandaraya New
York , dan buat keputusan untuk balik ke sana untuk melihat. Sayapun sudah
sembilan-belas tahun tidak balik ke Astoria ,
New York City dan Amerika.
Dan saya
mahu menjelajah di Amerika menaikki bas Greyhound dari Bandaraya ini ke Los
Angles dan balik, dengan bersinggah diberapa tempat sepanjang jalan dan
menziarahi rakan-rakan dari Rohingya yang telah lama menetap di Kuala Lumpur
dan kini dipindahkan oleh UNHCR ke Salt Lake City dan Los Angeles.
Seorang
rakan saya bernama Aziz juga dari Rohingya baharu sahaja dihantar ke Texas di
Amerika bersama keluarga mereka setelah menetap di Malaysia hampir dua-puluh tahun.
Anak sulungnya, Azizah mendapat enam A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
faseh berbahasa Rohingya, Melayu dan Inggeris dan diberi kerja sebagai
jurubahasa di UNHCR sama juga dengan bapanya yang sering diminta menjadi
jurubahasa di mahkamah untuk kes melibatkan orang Rohingya yang tidak faseh
berbahasa Melayu.
Saya
sempat berjumpa dengan Farouk dan Salim juga dari Rohingya di Salt Lake City
dan mereka bawa saya berkunjung ke masjid terbesar di bandaraya ini yang
rata-rata berugama Mormon, sejenis mahzab Kristen yang membenarkan poligami.
Dalam
penerbangan pertama saya ke Lapangan terbang Kennedy di New York dalam bulan Ogos, 1978 dulu, saya
seorang sahaja orang yang bukan kulit putih atau hitam.
Tetapi kali ini, dalam pesawat satu atau dua orang sahaja orang berkulit putih yang berada di dalamnya.
Tetapi kali ini, dalam pesawat satu atau dua orang sahaja orang berkulit putih yang berada di dalamnya.
Amerika
sudah bertukar; dan pertukarannya amat ketara, dan saya dapat bandingkannya.
Dulu di
Bandaraya New York cuma ada beberapa buah masjid sahaja dan merupakan bangunan
kedai kecil yang disewa dan untuk sembahyang Hari Raya, persatuan Islam di sini
terpaksa menyewa dewan di Hotel Waldorf-Astoria, yang merupakan hotel yang
biasanya didiami oleh pembesar negara kalau mereka datang ke sini, termasuk
Tunku Abdul Rahman yang pergi ke Amerika dalam tahun 1963 dengan diraikan oleh
Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson di Rumah Putih.
Dan
sekarang ini saya diberitahu di Bandaraya New York sahaja terdapat 500 buah
masjid; dan kebanyakannya dibuka oleh masyarakat Bangladesh, yang boleh dilihat
di mana-mana, bukan sahaja di bandaraya ini tetapi di seluruh Amerika dan
seorang saya sempat bertemu bekerja disebuah kedai cenderamata di Hollywood.
Ya,
orang Bangladesh bukan
sahaja ramai berada di Malaysia
tetapi mereka berada di Amerika , England , Portugal dan diseluruh dunia.
Bandaraya
Luton di England kini sebuah bandaraya Bangladesh dan Brick Lane di London
boleh dianggap sebagai Bandar Bangla atau ‘Bangla City’ dengan sebuah masjid
berdiri tegap yang dulunya sebuah gereja lama.
Di Lisbon ada satu perkampungan orang
Di
Hollywood saya rasa hairan melihat papan iklan yang menulis nama Aziz Ansari.
Saya mendapati beliau adalah orang India-Muslim rakyat Amerika yang bekerja
sebagai pelawak. Dan kalau nama beliau terpampang dalam papan iklan di atas
bumbung sebuah bangunan di Hollywood , sudah
pasti beliau terkenal diseluruuh Amerika.
Dan di
Maryland, masyarakat Indonesia
telah membuka sebuah masjid yang dulunya sebuah gereja.
Dulu,
kalau saya mahu mencari makan bila berada di luar rumah, saya akan berhati-hati
dan penat mencari kedai yang menjual makanan halal, tetapi sekarang restoran
dan kedai menjual makanan halal dapat dilihat dimana-mana.
Malahan
juga di Chinatown, New York terdapat ramai orang Bangladesh bekerja dan saya
juga terserempak dua orang dari Malaysia dan sempat bercakap dengan mereka
dalam Bahasa Melayu untuk menunjukkan yang mereka benar dari Malaysia dan tidak
mengaku sahaja.
Amerika
sudah banyak berubah dan perubahan ini masih belum ketara dalam bidang
kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan serta filem dan televisyen dan media
yang masih menampilkan mereka dari kaum Yahudi sahaja.
Dan media antarabangsa juga sedaya-upaya mahu gambarkan masyarakat
Yang
digempar-gempurkan adalah cetusan kemarahan segelingir masyarakat tempatan yang
dulunya pendatang atau imigran ke Amerika tetapi yang sukar untuk menerima
hakikat bahawa bukan sahaja Amerika dan Eropah sudah berubah tetapi seluruh
dunia sudah berubah.
Malangnya
negara Islam dan juga Malaysia
tidak tergerak untuk beli saham atau studio lama di Hollywood untuk menerbit
filem-filem untuk pasaran dunia bagi merubah fikiran masyarakat di Amerika dan
dunia.
Sebuah
syarikat Jepun beli sebuah studio dan syarakat rakaman muzik dan selepas itu
banyak barangan dari Jepun dapat diterima oleh masyarakat Amerika sehinggakan
kereta buatan mereka sendiri tidak laku.
Mereka
pandai; tidak berminat untuk menempek dan marahkan Amerika kerana telah
hancurkan Hiroshima dan Nagasaki dengan mengguna bom atom pada 6 dan 9 Ogos,
1946 yang menyebabkan Jepun kalah dalam Peperangan Dunia Kedua yang mana telah
menampakkan negara ini meluaskan kuasa politik mereka ke banyak negara di Asia
dan kalau kemaraan mereka tidak dibendung sekarang in Jepun sudah menjadi kuasa
dunia sama atau lebih kuat dan hebat dan berpengaruh dari Amerika dan sudah
pasti bahasa Jepun diguna oleh ramai orang yang bukan keturunan Jepun sendiri
untuk perhubungan seharian.
Jadi apa
yang dipaparkan dalam media Amerika dan dunia tentang masyarakat Islam di
Amerika sebenarnya tidak menyeluruh dan terpilih, untuk menunjukkan tidak ada
sebarang persefahaman dianatara mereka dan rakyat tempatan.
Lama-kelamaan
peratusan orang Islam di Amerika akan meningkat sehinggakan mereka akan dapat
bersaing dengan orang tempatan khususnya dikalangan orang Yahudi-Zionis yang
masih mengusai Amerika dan dengan itu, seluruh dunia dengan pengaruh Zionis dan
Israel yang hanya boleh dikendur dan lemahkan di masa-masa akan datang.
Jadi apa
yang membuat saya tertarik dengan lawatan dan penggembaraan saya ke Amerika
setelah begitu lama meninggalkannya ialah perubahan yang saya dapat lihat
dengan mata sendiri dan dengan pemandangan dan suasana yang saya dapat rasakan
sepanjang perjalanan.
Dan sekarang ini saya harap akan dapat kembali ke Amerika untuk mengenali dengan lebih dekat betapa perubahan itu boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang kini menumpukan perhatian mereka ke negara ini dan bagaimana mereka yang berada di sana dapat memainkan peranan yang lebih baik dan penting bagi mewujudkan perhubungan yang lebih erat diantara bukan sahaja Amerika tetapi barat dengan Malaysia dan juga Dunia Islam seluruhnya.
Dan sekarang ini saya harap akan dapat kembali ke Amerika untuk mengenali dengan lebih dekat betapa perubahan itu boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang kini menumpukan perhatian mereka ke negara ini dan bagaimana mereka yang berada di sana dapat memainkan peranan yang lebih baik dan penting bagi mewujudkan perhubungan yang lebih erat diantara bukan sahaja Amerika tetapi barat dengan Malaysia dan juga Dunia Islam seluruhnya.
Dan saya mahu melakukannya dengan menanjur sebuah penggembaraan yang dikenali dengan nama, ‘Eating-Wind…Across
Kami
akan menjelajah dari Bandaraya Los Angeles ke New York
dan balik dalam masa enam minggu dan bersinggah di mana sahaja kami suka dan
rakam apa sahaja vidio yang dirasakan sesuai untuk menghasilkan satu siri
kembara dengan judul, ‘Eating-Wind…Across America : Malaysia-America
Friendship Tour’ sama seperti nama penggembaraan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan