Isnin, 30 November 2015

26,262,720 DETIK SELEPAS MERDEKA... Sebuah cerpen oleh Mansor bin Puteh




Aku menjadi asyik mengguna alat pengira elektrik untuk menghitung untuk meluangkan masa. Leka dibuatnya sementara aku mengelamun mengenangkan tentang bermacam-macam perkara. Siapa aku? Tak penting. Aku terfikir semasa detik Kemerdekaan ke-lima-puluh bermula dengan ramai orang berkerumun di Dataran Merdeka. Di sana datuk-nenek aku berkumpul melaongkan ‘Merdeka! Merdeka!’ bersama pemimpin negara.


"Siapa sangka negara kita sudah melalui lebih 26 juta minit dalam hayatnya? Dan lihat sahajalah di sekelilling kita. Tidakkah kita semua mahu rasa bangga" Aku bertanyakan seorang rakan, sebaya dengan aku sejak di sekolah dulu. Kami sedarjah sejak darjah satu sehingga ke kolej swasta. Nampaknya aku dan dia tidak akan berpisah sehingga kami dewasa dan menjadi nenek agaknya.
Kenapa tidak?, tanya aku, dengan cara ini kita akan dapat mengira betapa bertuahnya kita dapat hidup dalam sebuah negara yang aman sekian lama. Sebab setiap minit itu berharga, seperti butir permata. Aku dapatkan alat pengira elektronik dan campur 26,262,720 dengan 60 saat dan dapati: 1,575,632,000 saat semuanya.
"Begitu lama sungguh kita sudah tempuhi sebagai sebuah negara?" tanya seorang rakan sebaya dengan aku, seperti dia sendiri tidak percayanya. "Tak apa-apa," tambahnya, "Aku cuma terkejut dengan jumlah sebesar itu. Tidak sangka negara kita sudah begitu dewasa dan tegap serta tampan lagi. Kalaulah dia jejaka, sudah pasti aku akan tergoda dengan dia."
Bayangkan satu perpuluhan tiga billion bintang bertaburan di angkasa, setiapnya menyinari cahaya indah kepada kita," kata aku. "Kitapun cuma 25 tahun, setengah usia negara kita. Setiap hari kita meningkat 86,000 saat," kata seorang rakan sambil dia baca angka yang tertulis dalam alat pengira elektronik yang aku sedang pegang.
* * * * * * *
Kami berdua menaikki LRT untuk pergi ke Kuala Lumpur, sebab mahu panjat Menara Kuala Lumpur sekali lagi. Di sini kami dapat ketenangan. Dan di sini juga kami dapat melihat dengan mata sendiri betapa indahnya alam semesta, dengan bangunan pencakar langit bertaburan seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menakjubkan.
"Kau masih ingatkah kali terakhir kita ke sini?" tanya aku untuk menukar tajuk, sebab aku takut ada orang perhatikan kami berdua, tertawa seperti orang gila di tempat awam. Mujur ketika itu lebih ramai pelancong luar negara dari orang tempatan, jadi aku sudah pasti mereka tidak tahu apakah yang kami berdua perkatakan.
"Ya, bersama Junainah, sebelum dia pulang ke Amerika. Pergi ke Amerika. Kenapa?" jawab rakan aku. “Junainah suka sekali bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dengan menaikki kereta atau LRT. Dia gemar melihat pembangunan yang begitu pesat. Setiap kali kami berbuat demikian, katanya, wajah Kuala Lumpur berubah. Dan kalau dia bercuti ke luar negara dan pulang dua atau tiga minggu kemudian, dia rasa janggal melihat bandaraya ini sudah berubah sehingga dia tidak sedar yang dia sudah kembali ke sini.”
"Kalian semua rasa bertuah," kata Junainah pada suatu hari. "Kau akan terus tinggal di sini, sementara aku akan pulang ke Amerika tidak lama lagi.
"Ah, Amerika tu bukannya jauh sangat, Junainah," kata aku satelah keadaan reda. Aku sengaja berkata demikian sebab memang kenyataan jarak diantara Amerika dan Malaysia, bukan lagi jauh seperti dahulu. Dan dalam 24 jam kita sudah boleh tiba dengan menaikki pesawat.
“Dan kita boleh terus berhubung dengan emel, cadang Kastini, sambil kami berempat makan satay dan cendol di sebuah gerai di Kampung Baru. "Hari-hari nanti akan aku kacau kau dengan menghantar emel yang bukan-bukan.”
"Apa kata kita ke Pasar Seni?" cadang aku.
Jadi kami berempatpun pergi ke sana tanpa lengah lagi dengan menaikki LRT dari Stesyen Kampung Baru dan dalam beberapa minit kami sudah tiba di Stesyen Mesjid Jamek dan berjalan ke Pasar Seni.
'`Sebabnya aku tau," sampuk rakan aku. "Sebab kau dapat tengok persembahan tradisional."
Aku berkenalan dengan Junainah sejak kami menuntut di sekolah menengah lagi. Ketika itu dia baru sahaja datang ke negara kita bersama ibu bapanya dari Amerika, yang tidak lama kemudian masuk Islam dan anak mereka bernama Jenny bertukar nama ke Junainah. Dan dia tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu, tapi atas tekad dan kesungguhannya dia akhirnya mampu bercakap dalam Bahasa Melayu dengan baik walaupun dengan cara Baku. Lidahnya masih keras, jelasnya, berseluruh; atau kurang makan sambal. Tambahan pula ibu bapanya tinggal berhampiran dengan rumah kami di Petaling Jaya.
"Oh! Ya…minggu depan, aku dijemput untuk bercakap tentang negara kau. Rakan-rakan “Sudah agak lama aku tidak dapat sebarang emel dari Junainah," aku beritau rakan aku, apabila dia datang ke meja aku di pejabat sibuk agaknya," jawabnya. "Mungkin dia tidak berada di New York. Mungkin dia bercuti?"
"Mungkin dia sudah lupakan kita. Sudah enam bulan dia pulang. Mungkin dia sudah punya ramai rakan sebaya dengannya di universiti, dan dia tidak perlukan kita lagi," tambah aku.
"Mustahil dia boleh lupakan kita," tegas rakan aku.
"Mungkin aku terkasar bahasa padanya."
"Kenapa kau tak hantar emel lagi. Sekarang di New York sudah pukul 10 malam. Kalau sini 10 pagi, di sana 10 malam. Perbezaan waktu diantara KL dan NYC 12 jam, bukan?" cadang rakan aku.
Aku anggok. Akupun buka peti surat dalam komputer dan petik ke alamat emel Junainah dan tunggu. Rakan aku perhati. 'Maaf," jawab aku ringkas. Fikiran aku terganggu ketika itu, dan aku tidak dapat berfikir dan berkata dengan betul. Mungkin aku amat merindui Junainah, sebab kami sudah berpisah lebih enam bulan. Rasanya seperti dua-tiga tahun, atau lebih. 
Seorang rakan dan aku berdua duduk di situ tidak tahu apa yang hendak dibuatkan. Setelah lama, akupun buka peti surat dalam komputer dengan memetik suis tertentu, dan narnpaknya ada surat yang masuk dalam kotak ‘inbox'. Aku tercenggang. -Aku toleh ke arah rakan aku. Dia juga rasa resah. Mungkin Junainah menjawab surat aku, kata hati kecil aku. Aku tunggu dengan penuh debaran, takut-takut tersalah. Mungkin surat karut yang dihantar oleh sesiapa yang mahu menjual majalah atau barang-barang yang aku tidak perlukan atau 'junk mail', ‘mel sarap’. Ini sering berlaku.
Ya, dalam beberapa saat, surat itu telah masuk ke dalam kotak `inbox' komputer aku. Akupun segera petik suis dan surat itu terpampang di monitor. Ya, benar, ia adalah surat jawapan dari Junainah.
* * * * * * *
Junainah sekarang berada di luar New York. Dia membuat kajian di Boston selama beberapa minggu, sebab di sana ada banyak universiti terkemuka seperti MIT, Boston Universiti, Harvard dan lain-lain, termasuk perpustakaan Presiden Kennedy di Dorchester Point. Dia mahu tumpukan perhatian terhadap penyelikannya, dan tidak mempunya masa luang untuk membuka emelnya.
Aku dan rakan aku rasa lega sebab akhirnya dapat berhubung dengan Junainah sekali lagi. Dia sihat walafiat. Itu yang penting buat aku dan rakan aku. Dan kami terus baca suratnya. Ia ringkas: "Maafkan aku wahai kawan aku semua di Kuala Lumpur. Aku baru saja pulang dari membuat pengajian di Boston dan Cambridge. Aku baru saja masuk ke dalam bilik asrama aku di New York. Ya, sebelum aku terlupa... Aku beri ucapan depan penuntut di universiti aku tentang Malaysia, dan mereka rasa kagum. Aku sempat berpantun beberapa kerat. Dan, aku akan pulang ke Kuala Lumpur tak lama lagi, untuk buat pengajian di perpustakaan di situ.
"Apa yang penting," tegas Junainah ialah Malaysia mempunyai pemimpin yang berwibawa dan rakyat yang faham dengan usaha kerajaan. Mereka tidak menghalang kemajuan dan mereka turut bertungkus-lumus untuk melihat pembangunan berlaku."
"Sekarang ini nama Malaysia terkenal seluruh dunia, dan rakyatnya berani menempuh nama dalam semua bidang."
Lebih penting dari itu, tegas Junainah, ramai rakyat berbilang kaum di Malaysia hidup dalam suasana aman dan damai, dengan semangat muhibbah.
* * * * * * *
Pada suatu malam aku bermimpi. Aku mimpikan. Junainah pulang ke Malaysia. Dia ketuk pintu dan aku buka dengan menyangkakan rakan aku yang datang tanpa diberitau terlebih dahulu, seperti lazim mereka lakukan. Tetapi alangkah terkejutnya aku apabila aku terlihat Junainah berdiri di luar. Dia memakai baju kurung, seperti biasa dan tersenyum lebar tercegat di situ. Aku turut terpaku. Aku rasa seperti `bermimpi'. Ya, memang aku sedang bermimpi ketika itu, tetapi, aku rasakan yang aku `bermimpi dalam mimpi'.
Junainah rasa gembira dapat pulang ke Kuala Lumpur, ke negara Malaysia, dan bertemu dengan aku. Dan aku juga rasa demikian. "Kau tahu, betapa bertuahnya kalian semua menjadi rakyat negara ini - Malaysia, yang begitu aman dan damai," kata Junainah apabila kami sudah masuk ke dalam rumah aku, sambil kami makan masakan pedas yang telah dimasak oleh emak aku, sebelum dia pergi ke pejabat. "Kau semua bertuah, tetapi kenapa ramai rakyat di negara ini seperti tidak mahu terima hakikat ini? Ada banyak yang harus kamu semua boleh rasa penuh kesyukuran, tetapi kamu seperti tidak mahu menerimanya, dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang biasa. Aku hairan. Sebagai seorang rakyat negara asing, aku rasa hairan. Kau bertuah dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur serta membangun dengan begitu pesat."
"Apa yang tak ada di negara kamu? Semuanya ada. Malah ada beberapa perkara, negara kau terdepan berbanding dengan negara-negara maju sekarang."
"Mungkin sebab kau dari Barat, dapat melihatnya, berbanding dengan kau yang tidak dapat membandingkannya."
Aku beritau rakan aku dan Kastini apabila kami bertemu keesokan harinya tentang mimpi aku semalam. Mereka geleng kepala. Mereka sangkakan aku amat merindui Junainah sehingga termimpikan dia.
"Aku tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Junainah," kata rakan aku. "Maksud aku, apa yang dikatakan oleh Junainah dalam mimpi kau tu. Ada banyak kebenarannya."
"Ya, kenapa tidak?" sampuk rakan aku. "Akupun bila kenangkan apa yang dikatakan oleh Junainah, maksud aku dalam mimpi kau tu, aku rasa kita, maksud aku, kita sebagai rakyat negara ini, Malaysia, kurang mahu berterima kasih dan rasa bersyukur dengan apa yang kita telah capai sehingga kini."
Aku biarkan bunyi jam dinding membunyikan detik untuk setiap saat yang berlalu. Aku menjadi asyik mendengarnya sambil terus membiarkannya lenakan aku sehingga tertidur…


Tamat:

Tiada ulasan: