Rabu, 4 November 2015

SINEMA MELAYU LAMA DI JALAN AMPAS, DAN SINEMA MALAYSIA BAHARU YANG TAK MUNCUL-MUNCUL. KENAPA? SALAH SIAPA? MANA OSCARNYA?

Oleh Mansor Puteh

Pemandangan di 8 Jalan Ampas di Singapura sekarang amat berbeza. Suasananya kini tidak seperti dahulu bila ia adalah pusat tumpuan penerbitan filem untuk seluruh negara; dan juga untuk orang kunjung kalau mereka datang dalam rombongan dari seluruh negara ke Singapura.


Kini suasananya sudah berubah; dan ia kelihatan lesu tanpa sebarang kegiatan berlaku. Malah ia juga terletak di tengah-tengah kawasan perumahan dengan bangunan apartmen tinggi dan Boon Teck Road, yang mana merupakan tempat dimana ramai pelakon dan pengarah filem Melayu lama menetap dalam rumah deret.

Di sinilah dimana terletaknya studio Shaw Brothers' Malay Film Productions dahulu yang terbiar tetapi pihak berkuasa di sana masih memengekalkannya.

Dan pemerintah di Singapura dan pemilik hartanah ini tidak pula mempunyai sebarang hasrat untuk meruntuhkan bangunan yang ada yang telah dibiarkan begitu rupa selama studio ini ditutup dalam tahun 1965 atau 1969 sebaik sahaja Singapura disingkir dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965.

Ada yang berkata bahawa perdana menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew minta untuk studio filem Melayu dipindahkan ke Kuala Lumpur sebab ia tidak mempunyai peranan lagi di Singapura yang kini mempunyai kebanyakan orang Cina berbanding dengan tempatnya dalam Tanah Melayu dan ia masih boleh menjadi pusat penerbitan filem untuk seluruh negara walaupun Melayu di Singapura kecil jumlahnya.

Silap Tunku Abdul Rahman yang singkirkan Singapura dari Tanah Melayu atau Malaysia; sebab Tunku tidak sedar jumlah Cina di Singapura boleh dikecilkan dengan kemasukkan banyak Melayu ke sana dan mengambilnya dari Indonesia.

Sekiranya Tunku tidak singkirkan Singapura, Malaysia sekarang boleh menjadi sebuah negara yang berbeza dari dulu dengan Singapura merupakan salah sebuah negeri dalam Malaysia sama seperti negeri-negeri lain.

Namun Kuan Yew masih mengharappkan agar Singapura dapat masuk semula ke dalam Malaysia dan bayangkan kalau negerinya gagal, dalam masa lima-puluh tahun Singapura akan merayu untuk diterima balik.

Bagaimanapun ini tidak berlaku olehsebab Singapura boleh majukan negara mereka sendiri dan rakyat Singapura juga tidak mahu tuntut untuk masuk ke Malaysia.

Saya ke sana pertama kali 1963 dan kebetulan melihat Saloma menyanyi lagu Darah Muda dalam sebuah babak dalam kabaret atau kelab malam dalam filem dengan judul sama judul lagu itu.

Dan kali kedua saya ke sana ialah dalam bulan Disember, 2011 bersama Zainuddin Maidin, Zaini Hassan dan Rosle Ramli untuk bertemu dengan mantan menteri Singapura kabinet pertama Lee kuan Yew iaitu, Othman Wok.

Malangnya Sinema Melayu Lama yang telah berjaya menyatukan semua kaum tidak dapat dimajukan apabila ia berpindah ke Malaysia.

Itulah sebabnya kenapa perhubungan antara kaum di Malaysia sekarang agak renggang.

Malangnya kementerian berkenaan dan pemimpin Melayu tidak sedar tentang pentingnya bidang perfileman untuk mahu majukannya dengan betul dengan melantik mereka yang pakar dalam bidang ini dan tidak hanya menubuhkan Finas dan harap ia boleh berjaya.

Finas telah ditubuhkan dalam tahun 1981 tetapi sehingga sekarang mana Oscarnya? Mana filem Melayu yang hebat? Siapa pengarah Melayu yang paling terdidik dalam negara?
Ratusan juta telah diuntukkan kepada Finas sehingga kini. Hasilnya?

Mujur pembangkang yang ada bebal tak dapat renung ke arah Finas...mereka asyik dengan kontroversi muka depan akhbar... itu sahaja yang mereka buat...baca suratkhabar dan tengok apa skandal yang mereka boleh terus cemarkan...

Sungguh hebat adik-beradik Shaw, iaitu Run Run dan Run Me Siou yang datang ari Shanghai di Negeri Cina yang berminat dengan pembuatan filem Melayu yang menyebabkan suatu kegiatan penerbitan yang rancak dan berkesan dan hasilnya dapat dirasakan sehingga sekarang.

Tanpa kedua mereka yang kemudiannya menukar nama keluarga ke Shaw olehsebab nama ‘Siou’ tidak baik didengar dalam bahasa Hokkien yang bermakna ‘Gila’, telah memberi peluang kepada ramai orang Melayu khususnya terlibat dalam bidang penerbitan filem.

Malangnya, kegiatan mereka telah dipindahkan ke Hong Kong apabila studio mereka di Jalan Ampas ditutup dalam tahun 1969 dan ini dikuti oleh studio Cathay-Keris yang dimilikki oleh Loke Wan Tho beberapa tahun kemudian.

Studio Merdeka yang dibuka oleh Shaw Brothers di Hulu Kelang, Selangor di Malaysia berjaya menerbit beberapa buah filem tetapi ia tidak dapat bertahan dan akhirnya terkubur.

Yang menyedihkannya ialah Malaysia telah gagal untuk melihat pentingnya sebuah sinema yang telah diwujudkan tetapi yang tidak dapat dikambangkan sehinggalah ke sekarang.

Penubuhan Finas hanya ala kadar; dan pegawai yang telah diberi amanah pula tidak dapat melakukan sebarang pembangunan untuk memajukan perusahaan filem ke tahab yang lebih tinggi.

Ini disebabkan kesemua mereka tidak ada kelayakan khusus dalam bidang pengurusan sinema.

Jadi selama tiga-puluh-satu tahun Finas ditubuhkan, ia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya Finas telah menghalang kemajuan perusahaan filem olehsebab pegawai kanannya tidak tahu buat kerja; mereka telah tukarkan Finas untuk menjadi agensi  pelancongan peribadi mereka.

Dan mereka yang sering melantong ke sana-sini kononnya untuk menyertai pesta dan pasaran filem yang mana mereka tidak dapat melibatkan diri secara rapat untuk berjaya belajar darinya, dengan pengelaman dibawa balik untuk diguna oleh Finas sebagai dasar.

Finas gagal. Dan tidak seorangpun yang dapat menilai betapa teruk kegagalannya. Mujur pihak pembangkang yang bising dan melenting tentang perkara lain tidak dapat berbuat apa-apa sebab mereka tidak ada sesiapa yang pakar dalam bidang perfileman maupun kesenian.

Jadi macam mana mereka kata mereka layak untuk tadbir negara? Mereka telah juga gagal untuk majukan Selangor dan negeri-negeri lain yang mereka telah tawan selama ini.

Pemimpin mereka dan pendesak lain berfikiran sempit; mereka tidak dapat lihat betapa pentingnya untuk Malaysia mempunyai sebuah perusahaan filem, dan untuk dibentukan sebuah Sinema Malaysia Baharu yang boleh beri peluang pekerjaan kepada ramai anak muda dan menjana ekonomi serta memperluaskan pengaruh kebudayaan dan kesenian serta ekonomi negara. 

Jadi apa gunanya untuk kerajaan tubuhkan Finas dalam tahun 1981 dahulu? Ia hanya untuk suka-suka sahaja.

Malangnya kerajaan sendiri khususnya menteri yang berkenaan juga tidak tahu bagaimana Finas boleh dimajukan dan digunakan untuk mendatangkan kebaikan untuk ugama, bangsa dan negara.

Dan pemimpin NGO dalam bidang kesenian dan kebudayaan juga tidak tahu apa yang Finas boleh buat untuk kegiatan mereka.

Jadi akhirnya, Finas telah dibiar untuk tidak berkembang dan pegawai kanannya boleh terus berlagak penting walaupun mereka tidak ada sebarang pencapaian yang dapat dilaporkan kepada kementerian berkenaan dan kerajaan.

Mereka peduli apa? Mereka hanya mahu kerja dan pencen dan lupakan Finas dan perusahaan filem yang mereka pernah terlibat sebagai penjawat di agensi perfileman itu.

Saying sekali dua adik-beradik Cina dari Shanghai, Negeri Cina telah datang dari jauh dan majukan sebuah perusahaan filem tanpa mempunyai hasrat yang jelas dan memajukan sebuah perusahaan filem Malaya Lama, tetapi pemimpin Melayu sendiri tidak dapat memajukannya sehingga sekarang.

Sebabnya ialah mereka telah beri Finas kepada orang yang bodoh dan tidak berkelayakan untuk mentadbirnya.


Tiada ulasan: