UNTUK
MENDAPAT BORANG DAN MELUTUT SEKALI LAGI UNTUK MENGHANTAR BORANG YANG DIISIKAN
DENGAN DOKUMEN LENGKAP….DAN SENATOR MEWAKILLI OKU DALAM DEWAN NEGARA YANG
SENYAP DAN PEMBANGKANG YANG TAK PEDULI.
Oleh
Mansor Puteh
Bunyinya
sedap; kerajaan akan beri bantuan bulanan RM300 atau RM350 untuk OKU setiap
bulan, tetapi untuk mereka yang dianggap layak sahaja.
Saya buat tinjauan dan mendapati untuk seseorang OKU buat permohonan, dia kena datang ke pejabat kebajikan dan dapatkan boring-borang. Dan kemudian dia mesti sediakan beberapa dokumen termasuk mendapat
Bayangkan
orang yang mengguna kerusi roda dan yang buta…
Macam
mana orang boleh buat permohonan untuk dapat bantuan tersebut? Jadi apa
jadahnya suruh mereka dafter dan dapat OKU kalau inipun tak berguna?
Dan yang
lebih teruk sekali ialah orang yang terlantar atas katil: Dia kena rakam gambar
dan hantar bersama borang.
Jadi apa
guna ada senator bagi mewakilli OKU di Dewan Negara?: Dia berkerusi roda.
Dan sebelum ini ada seorang mempunyai ijazah kedoktoran yang buta. Tetapi dia langsung tidak bercakap tentang masalah OKU termasuk senator yang ada sekarang.
Tidak ada guna untuk melantik OKU dikalangan mereka yang buta atau berkerusi roda sebab mereka akan mendapati kesukaran untuk buat penyelidikan dan ke mana-mana. Mereka hanya boleh ditunjuk kepada khalayak sebagai orang yang sah OKU tapi mereka tidak akan beri sebarang faedah kepada masyarakat OKU.
Senator yang ada sekarang, seorang wanita India berkerusi roda dan dia masuk dalam jawatan khas kementerian kebajikan, jadi apa jadahnya perlu dia jadi senator, sebab dia boleh kemukakan semua soalan dan masalah OKU di peringkat kementerian itu sendiri.
Malah sejak dia dilantik senator, dia langsung tidak beri sebarang pendapat dan cadangan yang bernas yang mana menteri dan kementerian atau kerajaan boleh terima.
Dia
hanya maskot untuk OKU sahaja.
Berbalik
kepada OKU yang kena buat permohonan kepada jabatan kebajikan dengan mengisi
boring yang memerlukan berbagai dokumen dan pengesahan dari beberapa pihak:
Apakah jadahnya yang pegawai di jabatan ini mahukan?
Tidakkah dengan mendaftar sebagai OKU di jabatan tersebut dengan mendapat kad OKU yang diberi mereka memadai untuk membuktikan yang mereka adalah OKU?
Apa lagi yang mereka mahukan, selain dari menentukan samada OKU berkenaan terdiri dari orang yang berkemampuan dan tidak layak mendapat bantuan sarahidup atau bulanan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan?
Memang
ramai OKU yang berpendapatan tinggi dan mereka berjaya dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dan mampu hidup berdikari walaupun OKU, seperti senator dalam Dewan
Negara yang mewakilli masyarakat OKU sekarang yang mendapat gaji dan elaun
lumayan sebagai senator.
Memang
ramai OKU lain yang berjaya dalam kerjaya masing-masing buka kedai sendiri dan
mereka juga tidak perlu untuk mendapat sebarang bantuan.
Tetapi jumlah yang besar dari angkat lebih 340,000 OKU yang telah berdaftar dengan jabatan kebajikan tidak mampu untuk menanggung sara hidup mereka sendiri.
Dan
ramai dikalangan OKU buta dan cacat seluruh anggota sejak dilahirkan dan
terlantar atas katil; dan mereka yang sepatutnya diberi keutamaan dan tidak
diperlukan untuk mengisi borang itu dan borang ini sebab mereka jelas OKU yang
parah.
Oleh
sebab itu saya mendapati bahawa syarat yang dikenakan oleh jabatan kebajikan
tidak memadai dan lebih teruk dari itu, terlalu bodoh.
Yang
lebih bodohnya ialah senator mewakilli OKU dan menteri berkenaan.
Sepatutnya
setiap persatuan OKU sudah ada senarai nama ahli mereka dan jabatan kebajikan
juga sudah boleh rujuk kepada senarai ini dan yang mereka sendiri ada dalam
komputer berdasarkan kad OKU yang diberi sehingga kini.
Dan dari ini mereka juga boleh tentukan berapa ramai diantara mereka yang layak diberi bantuan bulanan dan berapa yang tidak.
Kemungkinan
besar ramai OKU yang layak tidak buat permohonan sebab mereka tidak tahu
syaratnya dan tidak mampu untuk pergi ke jabatan kebajikan dan isi borang yang
diberi.
Jadi
peranan dan tanggung jawab siapa untuk memastikan semua OKU yang layak dapat
bantuan tersebut?
Ia
adalah tanggung jawab pegawai jabatan kebajikan dan tidak lain. Mereka tidak
seharusnya tunggu di pejabat untuk OKU datang menyembah mereka.
Mereka
peduli apa siapa OKU yang datang membuat permohonan sebab ia bukan urusan
mereka tetapi urusan OKU itu sendiri.
Itulah
sebabnya kenapa terdapat begitu ramai OKU yang terbiar termasuk mereka yang
ternyata cacat dan tidak ada kemampuan untuk menjaga diri mereka sendiri atau
oleh emak dan bapa mereka sehingga OKU itu menderita dilayan seperti binatang.
Ada OKU
yang dibiarkan berjalan kemana-mana sehingga terlibat dengan kemalangan dan
terjatuh dalam longkang atau sungai dan tenggelam.
Inikah
caranya untuk emak dan bapa mereka mahu tamatkan usia anak OKU mereka dengan
sengaja membiarkan mereka sehingga berlaku sesuatu yang ngeri?
Dan
kenapa senator yang kononnya mewakilli OKU tidak cadangkan kepada kerajaan
untuk mengambil anak atau bayi yang dilahirkan kurang sempurna dengan mereka
dihantar ke hospital dan kemudiannya hantar ke rumah kebajikan sehingga mereka
dewasa dan tahu jaga diri sendiri atau sehingga mereka meninggal?
Ini yang
dilakukan di negara di barat khususnya di England dimana anak atau bayi yang
dilahirkan itu dijaga di rumah kebajikan.
Mereka
mendapati bahawa ibu-bapa bayi itu sudah pasti tidak ada kemampuan dan
pengelaman untuk mengaja anak mereka dan kalau dibiarkan di rumah, sudah pasti
bayi itu akan besar dengan tidak mempunyai sebarang kemahiran hidup yang asas.
Di rumah
kebajikan mereka boleh diberi pendidikan khas dengan beberapa diantara mereka
mampu melanjutkan pelajaran.
Ini yang
malangnya; dengan ada kementerian dan pemimpin yang kononnya bijak dan pandai
dan pembangkang yang lantang bersuara mahu jaga kepentingan semua orang dan
seorang senator mewakilli OKU di Dewan Negara, tetapi masalah asas OKU masih
tidak diatasi.
Jadi apa
gunanya untuk kerajaan mahu beri bantuan kewangan bulanan kepada mereka kalau
ia tidak diberi secara jujur, dan setiap OKU yang mahukan bantuan kewangan itu
didera untuk melutut ke jabatan kebajikan untuk dapat borang dan kemudian
isikan semua borang dan sertakannya dengan dokumen lain yang diperlukan termasuk
gambar mereka yang terlantar atas katil sebelum permohonan mereka dapat
ditimbangkan.
Mana
pembangkang dalam hal ini? Takkan semua mereka di sebelah kiri mahu tumpukan
perhatian kepada isiu yang menarik perhatian awam dan umum dan mendapat liputan
media dan komen dalam media sosial sahaja?
Pembangkang
makan gaji buta?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan