…DAN
MACAM MANA PEMBANGKANG MENYIBUKKAN DIRI MEREKA CARI PASAL SEBAB MEREKA TIDAK
BOLEH BUAT APA-APA UNTUK PENGUNDI MEREKA.
Oleh
Mansor Puteh
Dan
pembentangan belanjawan pembangkan 2016 yang tidak mengkagumkan sebab ia tidak
boleh diguna dan dilaksanakan, selain dari sebuah manifesto untuk pilihanraya
ke-empat-belas nanti.
Mantan
peguam negara Gani Patal mengumumkan bahawa terdapat 87,000 pemilik kenderaan
diantara ratusan ribu yang lain yang telah dikenakan saman, tetapi mereka tidak
dapat dikenalpasti olehsebab nombor pendaftaran kenderaan mereka telah
dirosakkan.
Ini sebuah
jumlah yang besar. Dan masalah ini jelas dan ketara.
Tetapi
pembangkang diam membisu; tidak pula mereka mahu kecam pejabat peguam negara
atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak tertentu lain yang telah gagal
untuk memberkas pesalah trafik tersebut.
Dan
pembangkang tidak pula mahu beri cadangan tentang bagaimana masalah ini boleh
diatasi, supaya pemilik kenderaan tidak boleh merosakkan nombor pendaftaran
mereka.
Pembangkang
diam membisu dalam hal ini.
Dan
pembangkang juga diam membisu dengan keadaan di Selangor dan negeri-negeri lain
yang kotor dengan sampah dibuang di tepi jalan dan di merata tempat.
Dan
tidak pula mereka mahu marah pemilik kenderaan yang merosakkan nombor
pendaftaran mereka atau mereka yang gemar membuat kotor dengan membuang sampah
di merata tempat, dan juga kenapa banyak lubang besi penutup di jalan sering
dicuri.
Mereka
juga tidak mahu herdek mereka yang membuat jenayah.
Pembangkang
sebenarnya tidak mahu bawa perkara seperti ini dan nampak sangat mereka seperti
tidak berani tegur orang yang buat kesalahan trafik dan jenayah kecil lain.
Nampak
sangat pembangkang hanya berani membangkang atau mengkritik tentang perkara
yang boleh menguntungkan mereka seperti penyelewengan yang mempunyai drama yang
mendapat liputan media di muka depan.
Sebenarnya,
di Malaysia tidak ada pembangkang. Yang ada cuma orang yang suka mengkritik.
Oleh
sebab itu ramai tertarik dengan mereka sebab gelagat mereka seperti orang yang
tidak ada pendidikan dan tidak ada maruah yang membuat orang seperti mereka
rasa selesa untuk sokong.
Tak
susah jadi pembangkang kalau setakat mahu membangkang.
Yang
bodohnya tentang kerajaan dan pemimpin kerajaan ialah mereka tidak tahu
mencengkam ahli pembangkang dengan menjemput mereka duduk semeja dan dalam
forum sama dan minta mereka tunjuk kepandaian mereka untuk beri pandangan dan
cadangan untuk menyelesaikan masalah seperti yang dibangkit di atas.
Pembangkang
sudah pasti tidak berani duduk semeja dengan kerajaan sebab mereka tidak mahu
penjenayah seperti itu diberkas dan orang buang sampah di merata tempat
dikenakan tindakan.
Kalau
mereka mahu, sudah pasti mereka akan ambil tindakan lama dahulu dan juga telah
bincangkan dalam mana-mana mesyuarat agong mereka.
Ini
semua membuktikan bahawa pembangkang tidak ada sebab untuk mahu tadbir negara;
mereka telah juga gagal untuk mentadbir negeri-negeri yang mereka berjaya tawan
iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Sebabnya
ialah mereka tidak ada pengelaman mentadbir negeri-negeri dan jauh sekali
negara.
Mereka
hanya telah berminat untuk mengkritik isiu dan beberapa perakara yang menjadi
tumpuan mereka dan mereka tidak ada rancangan menyeluruh untuk mengubah segala
struktur kerajaan negeri dan pusat untuk ia menjadi lebih teratur dan bersih.
Di
Selangor, Pakatan Rakyat yang kini sudah tiada, tidak dapat berbuat apa;
menteri besarnya terperap di Shahalam dan ahli exco negeri juga tidak diterima
oleh rakyat Selangor sendiri dengan cara pentadbiran dan pemikiran pegawai
kanan sama seperti dahulu.
Jadi apa
perlu pengundi pilih pembangkan untuk ambilalih tampuk kerajaan negeri ini?
Sama juga di Pulau Pinang dan Kelantan dimana parti pembangkang gagal berbuat sesuatu yang unik dan baharu yang tidak pernah wujud dahulu.
Mereka
dipilih olehsebab pengundi mahu humban calon dari Barisan Nasional yang mereka
tidak suka atau rasa muak dengan gelagat mereka.
Jadi
apakah sebenarnya tindakan pembangkan selepas pilihanraya?
Ia tidak
lain untuk menyibukkan diri mereka sendiri dan olehsebab mereka sendiri tidak
dapat berbuat apa-apa untuk pengundi di kawasan mereka dan juga di
negeri-negeri yang mereka telah tawan seperti Selangor dan Pulau Pinang, maka
mereka berusaha cari pasal dengan Umno dan Barisan Nasional.
Tetapi
oleh sebab orang dalam Umno dan Barisan tidak pandai dan penyokong tegar mereka
dalam NGO Umno dan Barisan juga bebal, mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk
menangkis dakyah pembangkang.
Malah
Umno dan Barisan terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang timbul isiu
pilihan mereka dengan pihak media yang sama tolol terpaksa jadi baruah kepada
pembangkan walaupun ada diantara mereka terdiri dari media kerajaan dan Umno
atau Barisan sendiri.
Dan
menteri berkenaan khususnya di kementerian kokunikasi dan multimedia (KIKMM)
dan lain-lain juga tidak dapat mentafsir tindak-tanduk pembangkang maka dia
juga tidak dapat ambil tindakan mengatasi tindak-tanduk pembangkang dan juga
terikut-ikut dan sama menari dengan pembangkang.
Semua
masalah yang ditimbulkan oleh pembangkan boleh ditangkis dengan mudah tetapi
olehsebab pemimpin Umno dan Barisan bebal maka mereka tidak tahu cara yang
mudah yang boleh diguna untuk mengatasi masalah ini termasuk masalah yang
dibawa oleh Mahathir, Mahyiddin dan Shafie dan lain-lain, terdiri dari orang
Umno dan Barisan yang keciwa.
Sebenarnya
Malaysia
tidak ada pembangkang; yang ada hanya orang yang keciwa dengan Umno dan MCA
sahaja yang terpaksa berpindah ke PKR, DAP dan juga PAS.
Dan
tidak ada gunanya untuk Umno dan Barisan membariskan pembangkang dalam satu
baris dengan mereka sedangkan pemimpin pembangkang tidak ada tulang belakang
dalam bidang politik dan kemanusiaan dan tidak pernah berjasa kepada negara dan
mana-mana isiu yang mereka ambil dan mahu jadi jaguh semata-mata menunjukkan
yang mereka itu terhad tahab pemikirannya, termasuk menjadi jaguh kepada orang
perseorangan yang menghadapi masalah kepolisian.
Sedangkan Umno dan Barisan telah berbuat bermacam-macam untuk rakyat-jelata berbagai kaum yang media Umno dan Barisan sendiri tidak gempar-gempurkan.
Sekarang
masalah sudah berlanjutan dan Umno dan Barisan dan media kepunyaan mereka masih
tidak tahu bagaimana boleh mengatasinya supaya pembangkang boleh disingkir dan
pengaruh Mahathir, Mahyiddin dan Shafie, kalau adapun, boleh dilenyapkan.
Ini yang
mereka tidak mahu berlaku tetapi ia boleh dilakukan dengan mudah, tanpa
mencetuskan perbalahan baharu untuk mereka dan pembangkang ambil kesempatan.
Dan
zaman Mahathir, Lim Kit Siang dan Hadi Awang juga boleh dihapuskan dengan
begitu mudah tetapi malangnya pakar dalam bidang psikologi dan kebudayaan tidak
tahu bagaimana ia boleh dilakukan sehingga kini, sehingga Umno dan Barisan
hampir lumpuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan